Khamis, 11 Jun 2009
Pimpinan BN anggap harta negara macam hak sendiri
Ujar beliau, isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam Scopene, projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), bumbung stadium runtuh di Terengganu dan lain-lain tentunya tidak dapat lari dari amalan rasuah.
"Tak payah kaji, rakyat sudah tahu kerana dengan kos RM270 juta tetapi tidak sampai dua tahun dah merudum (runtuh), takkan (pembinaan itu) ikut spesifikasi?" persoalnya yang turut menegaskan bahawa biarpun pimpinan BN cenderung menafikan, akhirnya akan terbongkar juga.
Katanya, semua wang kerajaan adalah dipungut dari hasil dan cukai rakyat serta sumber negara yang perlu diagihkan untuk kepentingan umum bukannya kepada kelompok tertentu sahaja.
"Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru ini umum berjaya kumpul beratus bilion ringgit cukai. Itu duit rakyatlah tu," tegas Hayati.
Menurut beliau, di Kedah khususnya di Pendang, jalan diturap berhampiran rumah penduduk berdasarkan parti politik pilihan mereka.
"Kalau (orang) BN turap sampai depan tangga rumah, kalau PAS, kereta kita kena ada 'gear lompat'," sindir beliau merujuk jalan yang tidak diturap sepenuhnya selepas melawat Kampung Mahawangsa dan Kampung Sawa Kecil baru-baru ini.
Katanya, BN berbuat demikian seolah-olah wang itu keluar dari kocek mereka dan akibat dari wujudnya perasaan tamak haloba yang tidak mengenal antara amanah dan khianat. - mks. _
sumber: harakahdaily
Nik Aziz ingin lihat Cina Muslim pimpin PAS
Berucap dalam majlis anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang di Kerau, dekat sini beliau berkata, semasa melawat negara China beliau berkesempatan menziarahi makam sahabat nabi di negara berkenaan.
Ini, katanya menandakan Islam lebih dahulu bertapak di negara itu berbanding Malaysia iaitu pada zaman para sahabat lagi.
Tambahnya,di Tanah Melayu yang dibawa pedagang India ke Melaka hanya zaman pemerintahan Parameswara pada tahun 1414 terkemudian ratusan tahun berbanding dengan Islam di China yang dibawa para sahabat.
Katanya, di China juga terdapat ratusan masjid dan umat Islam boleh beribadah di dalamnya sama seperti di negara ini walaupun negara itu Komunis dan negara ini diperintah parti Nasionalis Umno-BN.
Nik Aziz juga menaruh harapan suatu hari nanti Cina Muslim turut memimpin dan menganggotai Dewan Ulama PAS yang kini dikuasai kaum Melayu Islam.
Turut berucap pada majlis berkenaan iaitu Pengerusi KaAdilan Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman dan Teo Kok Siong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Negeri Sembilan.
Sementara itu pada majlis sama Nik Aziz turut diberi penghormatan menyampaikan sumbangan manfaat Takaful kepada lima waris peserta Dana Taqwa-iTQA, PAS Pahang yang meninggal dunia berjumlah lebih RM40,000, dua menerima RM19,000 manakala tiga lagi RM3,000. - mks. _
sumber: harakahdailyNik Aziz ingin lihat Cina Muslim pimpin PAS
Berucap dalam majlis anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang di Kerau, dekat sini beliau berkata, semasa melawat negara China beliau berkesempatan menziarahi makam sahabat nabi di negara berkenaan.
Ini, katanya menandakan Islam lebih dahulu bertapak di negara itu berbanding Malaysia iaitu pada zaman para sahabat lagi.
Tambahnya,di Tanah Melayu yang dibawa pedagang India ke Melaka hanya zaman pemerintahan Parameswara pada tahun 1414 terkemudian ratusan tahun berbanding dengan Islam di China yang dibawa para sahabat.
Katanya, di China juga terdapat ratusan masjid dan umat Islam boleh beribadah di dalamnya sama seperti di negara ini walaupun negara itu Komunis dan negara ini diperintah parti Nasionalis Umno-BN.
Nik Aziz juga menaruh harapan suatu hari nanti Cina Muslim turut memimpin dan menganggotai Dewan Ulama PAS yang kini dikuasai kaum Melayu Islam.
Turut berucap pada majlis berkenaan iaitu Pengerusi KaAdilan Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman dan Teo Kok Siong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Negeri Sembilan.
Sementara itu pada majlis sama Nik Aziz turut diberi penghormatan menyampaikan sumbangan manfaat Takaful kepada lima waris peserta Dana Taqwa-iTQA, PAS Pahang yang meninggal dunia berjumlah lebih RM40,000, dua menerima RM19,000 manakala tiga lagi RM3,000. - mks. _
sumber: harakahdailySelasa, 9 Jun 2009
Muktamar PAS ke-55 : Betapa Indahnya Bulan Purnama Itu.
sumber: detikdaily
5 Sebab Sister-In-Islam sayang UMNO, benci PAS
" Sister-In-Islam (SIS) dilaporkan menempelak resolusi terkini yang dibuat oleh PAS yang menggesa agar SIS diharamkan berikutan tindakan-tindakannya yang memprovokasi sensitiviti umat Islam khususnya dalam pendirian tegas SIS bahawa umat Islam patut dibenarkan murtad, Quran perlu dikaji semula agar sesuai dengan konteks masa kini dan kesungguhan SIS dalam Interfaith Council. Di sini dilaporkan 5 sebab mengapa SIS sayang UMNO dan benci PAS.
5 SEBAB SIS SAYANG UMNO DAN BENCI PAS:
1. Najib dan UMNO bersetuju bahawa anak-anak muallaf yang bawah umur tidak boleh masuk Islam apabila si emak atau si bapa masuk islam kerana status agama anak-anak MESTI MENGIKUT status agama ibubapa sewaktu perkahwinan. Usul UMNO ini ditempelak dan ditentang PAS, Ustaz Asri (bekas mufti) dan lain-lain ulamak.
2. UMNO sayang kepimipinan SIS. Semua maklum bahawa kepimpinan SIS diterajui oleh anak-anak kepimpinan UMNO termasuk anak Mahathir dan anak Pak Lah.
3. UMNO kadang-kadang menentang SIS secara hangat-hangat tahi ayam sahaja tetapi penentangan PAS adalah secara berterusan. UMNO menentang SIS ni samalah macam UMNO Johor yang dulu menentang dasar penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains Matematik yang hangat-hangat tahi ayam saja..
4. UMNO sama kepala dengan SIS yang mahu agar hudud tak dilaksanakan. Sebelum dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO lagi KJ sudah menjelaskan pendiriannya yang menentang pelaksanaan undang-undang islam seperti hudud. Yes, sama kepala antara UMNO dan SIS. Silap-silap haribulan, di akhirat nanti bolehlah berjalan berpegangan tangan ke neraka sama-sama. Minta dijauhkan.
5. SiS ni jarang yang menutup aurat dan bertudung. Sama dengan Wanita dan Puteri UMNO. Mungkin feeling sama-sama tak tutup aurat tu menguatkan ukhwah antara mereka.
"
Jangan guna nama Islam jika mahu bertentangan dengan syarak
Ulama Islam sudah letih dengan golongan bernama Islam dan berpersatuan menggunakan perkataan Islam sebaliknya lebih banyak mencari kesalahan dalam Islam daripada bertindak sebagai kumpulan yang menegakkan syariat Islam.
Tidak ada persatuan yang menggunakan nama agama mereka dan bertindak memburukkan serta mencari kesalahan kepada agama mereka sendiri sebalik kumpulan yang meletakkan Islam pada nama pertubahan itu boleh bertindak mencerca dan menghina peraturan Islam.
Islam mempunyai syariatnya tersendiri dan sesuai diterima mengikut arus zaman bagi melahirkan masyarakat, negara serta keluarga dan individu yang harmoni mengikut had dan batas yang ditentukan.
Jika peranan syariat ini tidak diguna pakai ia akan melahirkan manusia seumpama binatang dan ini nyata berbeza serta bertentangan dengan apa yang diperjuangkan pada `zaman pencerahan� iaitu menanam kebencian terhadap peranan agama Kristian bagi mendapatkan kebebasan mutlak.
Sebagai orang Islam mereka sepatutnya mempelajari Islam melalui ulama Islam bukan daripada musuh Islam seperti golongan orientalis.
Dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-55, usul daripada PAS Kawasan Shah Alam menggesa kerajaan mengharamkan SIS jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahlinya.
Gesaan itu terkandung dalam salah satu yang diterima tanpa bahas semalam, di Stadium Melewati, Shah Alam.
Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahlinya.
Sebaliknya kumpulan SIS yang berpendidikan Barat itu mengecam tindakan PAS dan menurut Pengurus Program SIS, Norhayati Karpawi, PAS merupakan sebuah parti politik yang autokratik dan hipokrit dalam perjuangannya.
Siapa yang hipokrit? PAS menggunakan nama Islam untuk memperjuang dan menegakkan syiar dan syariat Islam atau SIS yang menggunakan perkataan Islam pada pertubahan sebaliknya memburuk dan menentang syariat Islam.
Tindakan SIS itu bukan sahaja mencemar nama baik Islam malah boleh merosakkan akidah Islam mereka.
SIS juga tidak berakhlak sebagai orang Islam kerana menghebohkan pendapat beliau yang bertentangan dengan Islam kepada umum bukan merujuk dan meminta pandangan ulama yang arif tentang Islam terlebih dahulu.
Oleh yang demikian sayugialah Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji peranan SIS sama ada ia menguntungkan Islam atau lebih banyak mendatangkan keburukkan kepada Islam manakala ahlinya perlu dipulihkan kembali akidah mereka.
SIS juga mendakwa: �PAS bersifat autokratik dan tidak mendokong prinsip demokrasi yang dilaung-laungkannya selama ini.
"Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara yang diamalkan dalam kerajaan pakatan rakyat," kata Nohayati dalam sebuah media online semalam.
Orang Islam tidak menyekat kebebasan bersuara SIS sebaliknya perkataan Islam pada SIS dan peranan orang Islam dalam pertubahan itu yang membolehkan PAS dan orang Islam menegur dan mengkritik SIS.
Jika SIS tidak mahu ditegur mereka hendaklah didokongi oleh orang bukan Islam dan membuang perkataan Islam pada pertubuhan itu.
Barulah hujah boleh dilawan hujah atau berdebat sekalipun. Jika tidak tiada guna ulama melayan orang Islam atau pertubuhan yang meletakkan perkataaan Islam sebaliknya bersifat menentang syariat Islam.
Sekiranya mereka tetap berdegil mahkamah syariah boleh mendakwa mereka sebagaimana mahkamah pernah mendakwa orang Islam yang mengaku sebagai rasul Melayu, iaitu Kahar Ahmad.
SIS ditubuhkan pada 1990, apabila Dr Aminah Wadud yang pernah menimbulkan kontroversi menjadi imam sembahyang Jumaat dan sekumpulan wanita berfikiran sealiran dengannya menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjuangkan apa yang didakwa tidak adil kepada wanita.
Zainah Anwar menjadi pengasas dan ketua SIS yang berfahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan `Enlightment� di Eropah beberapa kurun yang lalu.
Mufti Perak, Harussani Zakaria dalam satu ceramahnya pernah menyifatkan mereka ini (SIS) telah terkeluar Islam kerana mempertahankan Islam liberal yang mengatakan al-Quran sudah ketinggalan zaman.
Ahli Umno dalam perhimpunan Agungnya pada 2006 pernah mengungkit tentang kumpulan ini yang dikatakan mencabar dan menghina undang-undang Syariah.
Norhayati kemudiannya menghentam pemimpin Umno di Perhimpunan Agung Umno 2006 yang dituduh beliau sengaja mengapi-apikan sentimen dengan niat buruk terhadap kumpulan itu.
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Pulau Pinang pernah menyelar sekeras-kerasnya program 'Musawah' iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran kumpulan ini.
Ia menyifatkan kumpulan SIS sebagai pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia dan program pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan sebagaimana yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar._
sumber: harakahdaily
Penganjuran Muktamar terbaik, media 'updated' - Timbalan Presiden PAS
Menurutnya, ini kerana PAS Selangor telah menyediakan pelbagai kemudahan yang terkini dari semua aspek seperti multimedia, pengurusan dan sebagainya.
"Saya ucapkan terima kasih PAS Selangor yang saya rasakan ini merupakan penganjuran yang terbaik pernah diadakan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas semua perwakilan selesai bermuktamar dan bersalaman dengan pemimpin tertinggi PAS baru-baru ini.
Hadir sama dalam sidang media itu, Pengarah Muktamar yang ke 55 yang juga merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir.
Muktamar yang ke 55 telah diadakan di Stadium Malawati dekat sini yang dapat memuatkan pengunjung sehingga 200,000 orang dalam satu-satu masa.
Sekaligus memberi keselesaan kepada semua perwakilan yang datang dari seluruh negara.
Beliau yang mewakili Presiden PAS, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran Muktamar pada kali ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok berkata, saya ucapkan kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan yang cukup luas.
"Begitu 'updated' sekali sehinggakan orang tidak perlu telefon kita untuk mendapatkan keputusan pemilihan pemimpin tertinggi dalam PAS," katanya.
Pas juga katanya, mengucapkan terima kasih kerana membuat liputan muktamar pada kali ini sejak Muktamar Pemuda lagi pada 3 Mei lalu lagi di Markas PAS, Taman Melewar, Gombak.
"Ucapan terima kasih ini juga dibuat kerana membuat liputan aktiviti kami sehingga saya rasa peristiwa yang menguasai dada akhbar hingga minggu ini ialah Muktamar PAS," katanya. - azm_
sumber: harakahdaily