Sabtu, 4 Disember 2010

Anwar dicabar lepas jawatan ketua pembangkang-umno semakin tenat kena buat kenyataan beginileh umno nie...

December 03, 2010
BERUAS, 3 Dis — Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang selepas parti diterajuinya hilang enam kerusi yang dimenangi sejak pilihan raya umum Mac 2008.
Beliau berkata, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperoleh 30 kerusi semasa plihan raya umum itu manakala rakan sekutunya DAP mendapat 29 manakala Pas dengan kemenangan 23 kerusi dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) satu kerusi.
“Pada masa itu, PKR mempunyai majoriti yang lebih dan wajarlah beliau selaku Penasihat PKR menjadi ketua...tetapi kini parti itu hanya mempunyai 24 kerusi selepas lima Anggota Parlimennya meninggalkan parti dan kehilangan satu kerusi di Hulu Selangor.
“Pakatan itu sepatutnya kini diterajui Lim Kit Siang dan Anwar hendaklah menyerahkan jawatan itu secepat mungkin bagi menunjukkan keikhlasannya kepada pakatan PKR-DAP-Pas tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ceramah perdana Juara Rakyat Umno Bahagian Beruas di Dewan Kampung Banjar hari ini.
Ahmad Maslan berkata, dengan cara itu sahaja Anwar boleh menunjukkan keihklasannya, adil dan setia kepada perjuangan...kalau dia (Anwar) benar-benar ikhlas dalam perjuangannya berikanlah jawatan itu kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Katanya, kenyataan Anwar yang akan melantik Lim sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berkuasa adalah helah politik semata-mata. — Bernama

Kerajaan Selangor tawar diskaun untuk perbaharui pajakan tanah

December 03, 2010
SHAH ALAM, 3 Dis —  Kerajaan negeri Selangor akan memberikan diskaun kepada pemilik tanah berstatus pajakan yang ingin memperbaharui tempoh pegangan pajakan sedia ada, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, kerajaan negeri belum memutuskan jumlah diskaun itu, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan lapan buah komputer oleh syarikat pengeluar cip komputer terkemuka dunia, AMD Global Services kepada empat empat rumah anak yatim di Selangor di sini hari ini.
Mengenai rungutan pemilik tanah di Petaling Jaya bahawa kos melanjutkan tempoh pajakan adalah tinggi, Abdul Khalid berkata nilai pajakan tanah dikira berdasarkan nilai pasaran hartanah semasa.
Diminta mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dua hari lepas bahawa semua kerajaan negeri kini boleh memperbaharui tempoh pegangan baru tidak melebihi 99 tahun, beliau berkata kerajaan Selangor sudah melaksanakan dasar itu.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri kini menggalakkan pemilik tanah pajakan supaya memperbaharuinya lebih awal  dan tidak  perlu menunggu sehingga baki pegangan pajakan mereka hanya tinggal 10 atau 15 tahun sahaja.
Katanya sekarang mereka boleh memperbaharui tempoh pajakan tanah mereka apabila baki pegangan pajakan mereka tinggal 30 tahun.
Kerajaan negeri akan melanjutkan semula pajakan tanah mereka sebanyak 69 tahun  lagi bagi mencukupkan tempoh maksimum pajakan yang dibenarkan iaitu 99 tahun, katanya.
Kebanyakan pemilik tanah di Petaling Jaya mempunyai baki pajakan tanah mereka selama 30 tahun lagi dan kerajaan menggalakkan mereka supaya memperbaharuinya. — Bernama

Protes air Pakatan, GAPS anti-Selangor esok ulangi himpunan ISA 2009?

December 04, 2010
Pemimpin GAPS berarak untuk menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor di Shah Alam petang semalam. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 4 Dis — Pertembungan dua kumpulan yang bercadang menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di sini esok dilihat sebagai ulangan peristiwa himpunan anti-ISA dan pro-ISA yang diadkaan di ibu negara Ogos 2009.  Namun kali ini membabitkan dua kumpulan yang dinamakan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) manakala kumpulan satu lagi adalah kerajaan Selangor yang menganjurkan demonstrasi dan perarakan menentang kenaikan harga air di negeri itu — dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
GAPS, gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pula akan menyerahkan memorandum berhubung penyelewengan yang berlaku di Selangor yang kini di bawah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kedua-dua kumpulan ini boleh dibezakan dari aspek pemakaian yang mana GAPS akan memakai baju berwarna hitam manakala kerajaan Selangor ataupun boleh dikenali sebagai kumpulan antikenaikan harga air akan memakai baju berwarna merah.
Penyelaras kempen antikenaikan harga air Selangor Dr Badrul Amin Bahron ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memastikan semua penyokong yang menyertai perarakan berkelakuan baik dan tidak termakan dengan provokasi yang mungkin akan dilakukan GAPS.
“Kepada penyokong saya minta supaya mereka bersabar, berdisiplin, mengikut arahan dikeluarkan, jangan berkelakuan tidak elok dan jangan termakan dengan provokasi yang dibuat pihak satu lagi.
“Memang tujuan mereka (GAPS) untuk buat provokasi tapi biarlah. Kita buat kerja masing-masing, tapi saya anggap mereka ini salah siaran bila nak serahkan memorandum pada hari yang sama dengan kerajaan negeri.
“Bagi saya lebih baik mereka balik sahaja, tidak perlu buat kacau di sana,” katanya.
Beliau berkata, semua penyokong akan berkumpul di Masjid Negara untuk menunaikan solat Zohor dan solat hajat sebelum berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum yang akan diketuai Khalid.
Tambah Badrul Amin, dijangkakan seramai 20,000 orang terdiri daripada Exco kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jentera parti Pakatan Rakyat, ketua-ketua kampung, mahasiswa dan orang ramai akan menyertai perarakan itu.
“Respons sehingga hari ini amat hebat, kita anggarkan 20,000 orang akan menyertai perarakan ini,” katanya.
Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir dalam kenyataannya hari ini menyeru semua rakyat Selangor untuk bersama-sama mengiringi Khalid untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Bagi PAS Selangor saya ingin menyeru seluruh ahli dan penyokong parti serta rakyat negeri ini agar bersama mengiringi Menteri Besar Selangor dan barisan Exco kerajaan negeri dalam menyerahkan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Ahad ini (esok).
“Penyerahan memorandum secara aman kepada Yang di-Pertuan Agong itu nanti akan merupakan simbol kesepaduan rakyat negeri Selangor dan rakan-rakan di Wilayah Persekutuan dalam menutut agar bekalan air di negeri ini dikembalikan kepada rakyat melalui kerajaan negeri.
“PAS Selangor yakin rombongan secara aman itu akan berjaya melaksanakan tugas mereka dan mengharapakan tidak ada mana-mana pihak yang mencetuskan provokasi atau gangguan sehingga menggagalkan hak bersuara rakyat dalam negara yang mengamalkan demokrasi ini,” katanya.
Beliau berkata respons positif daripada rakyat Selangor akan membuktikan keprihatinan rakyat bahawa mereka mahu agar pengurusan air diserahkan kembali kepada kerajaan negeri pimpinan Khalid.
“Penyerahan semula pengurusan air kepada kerajaan negeri akan menjamin pengurusan yang lebih efisyen di samping terus menikmati 20 meter padu pertama air percuma yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat,” katanya.
Ketika ditanya mengenai permit, Badrul Amin berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada polis tetapi sehingga kini masih tiada jawapan.
“Kita sudah beritahu polis dan juga pegawai istana yang akan menunggu kita untuk menyerahkan memorandum tersebut.
“Selain itu, saya juga minta supaya polis dapat bekerja dengan profesional ketika perarakan ini diadakan,” katanya.
Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin pula berkata, pihaknya masih belum menetapkan waktu perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok.
Langkah itu menurut Hamidzun, adalah untuk mengelakkan pertembungan di antara penyokong GAPS dan penyokong kempen kenaikan harga air di Istana Negara.
“Ini bukan pertempuran. Kita adalah masyarakat yang bertamadun di Malaysia,” katanya yang masih belum menetapkan masa untuk perhimpunan tersebut.
“Saya harap kalau mereka boleh buat pada sebelah pagi, kita buat pada sebelah petang. Kalau mereka buat lepas sembahyang Zohor mungkin kita buat lepas sembahyang Asar. Tapi kalau boleh lagi cepat lagi bagus.
“Yang penting, kita ingin menyampaikan hasrat ini tentang 30 perkara penyelewengan kerajaan Selangor,” katanya. Menurut Hamidzun, GAPS akan berkumpul di Masjid Jamek terlebih dahulu sebelum ke Istana Negara.
“Kita bercadang untuk berkumpul di Masjid Jamek secara aman, mungkin selepas bersolat kita akan buat keputusan menyerahkan memorandum pada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Ketika ditanya mengenai larangan polis supaya tidak mengadakan perhimpunan pada hari itu, Hamidzun berkata, ini adalah negara bebas dan demokrasi sambil menjelaskan hak untuk berkumpul termaktub dalam Perlembagaan.
“Hak untuk berkumpul itu ada, tapi pada masa yang sama kita akan menghormati undang-undang lain. Kita akan berhubung dengan pihak keselamatan dan polis nanti.
“Kita sebenarnya tidak bercadang untuk mengadakan perarakan kerana yang penting memorandum harus disampaikan pada Yang di-Pertuan Agong walau apa cara sekalipun,” katanya.
Sementara itu, polis mengingatkan orang ramai di sekitar Lembah Klang agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana penganjur tidak memiliki permit untuk berbuat demikian.
Justeru, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut.
“Perhimpunan itu akan disertai dua kumpulan yang akan berarak dari Masjid Negara dan Stadium Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan ke Istana Negara.
“Polis juga percaya ada pihak-pihak tertentu terlibat menggalakkan orang ramai menyertainya,” katanya.
Justeru katanya, polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak sepertimana diperuntukkan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 berkenaan perhimpunan tanpa permit.

Pakatan masih percaya PRU-13 2011 meskipun BN potong subsidi, harga naik

December 04, 2010
KUALA LUMPUR, 4 Dis — Pakatan Rakyat (PR) melihat kenaikan harga bahan api dan gula berkuat kuasa hari ini bukan satu petanda pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut bakal diadakan awal tahun depan, tidak akan diadakan sebagaimana dispekulasi banyak pihak.
Sebaliknya, pemimpin Pakatan Rakyat berpendapat langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menunjukkan parti itu sudah selesa dan tidak gentar terhadap kenaikan harga petrol itu.
Perkembangan ini diumumkan kerajaan BN selepas empat hari komponen terasnya Umno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan.
Harga petrol RON95 mengalami kenaikan lima sen seliter manakala gula pula 20 sen sekilogram (kg) mulai tengah malam tadi — kenaikan kali kedua harga produk itu sejak Julai lalu, di bawah dasar pelarasan subsidi diperkenalkan pentadbiran Najib. Turut mengalami kenaikan ialah diesel, naik lima sen kepada RM1.80 seliter.
Ekoran pelarasan itu, RON95 akan dijual RM1.90 seliter. Pelarasan itu juga membawa kepada kenaikan gas petroleum cecair (PLG) kepada RM1.90kg iaitu naik lima sen berbanding sekarang.
Kedua-dua bahan api petrol dan diesel serta LPG dan gula mengalami kenaikan pada Julai lalu apabila dasar pelarasan diperkenalkan dalam usaha kerajaan mahu mengurangkan subsidi.
Petrol RON97 yang tidak disubsidi telah mengalami kenaikan pada 1 November dan 1 Disember lalu, tetapi kerajaan tidak membuat pengumuman atas alasan ia perubahan kerana pengapungan harga.
RON97 tidak mengalami kenaikan kali ini.
“Tidak... tidak... ini tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya umum pun, isunya sekarang adalah kerajaan tiada duit dan perlukan duit.
“Apa yang Najib cakap mengenai ekonomi selama ini menunjukkan pentadbiran beliau gagal, jadi tiada pilihan terpaksa menaikkan harga minyak.
“Bagi saya dasar ekonomi yang dibawa Najib gagal kerana ia gagal memberikan ekonomi yang lebih mampan kepada negara, sebaliknya masalah rakyat yang semakin bertambah,” kata Naib Presiden PKR Tian Chua (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau mendakwa keputusan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 itu semata-mata untuk menampung kos pilihan raya umum.
“Dengan pentadbiran yang gagal ini saya tidak rasa Najib akan menangguhkan pilihan raya yang dijangka diadakan tahun depan.
“Sebenarnya tujuan menaikkan harga minyak ini adalah untuk kumpul duit bagi menampung kos pilihan raya,” katanya.
Malah, Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, kerajaan BN mengambil kesempatan apabila rakyat tidak membantah kenaikan harga petrol RON97 baru-baru ini.
“Selain itu, bagi saya yang sebelum ini kerajaan naikkan petrol RON97 itu cubaan sahaja, nak tengok rakyat marah atau tidak. Rakyat tak marah, jadi kerajaan naikkan pula petrol RON95, malah saya percaya akan lebih banyak barang akan naik selepas ini.
“Boleh kata bila rakyat tidak kisah, BN pun mula ambil kesempatan ini, tapi apa-apa pun pilihan raya umum akan tetap diadakan awal tahun depan,” katanya.
Bagi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula, kenaikan harga petrol RON95 itu membuktikan kerajaan BN sudah selesa di bawah pentadbiran Najib.
“Itu menandakan kerajaan BN sudah selesa, sebab itu mereka naikkan harga minyak.
“Kalau tidak mereka, tidak mungkin akan buat sedemikian... mengenai pilihan raya umum bagi saya ia bergantung kepada kerajaan memerintah seperti di negara kita BN yang berkuasa,” katanya. Ahli Parlimen Marang itu berkata keputusan tentang bila tarikh pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bergantung kepada Najib yang juga Pengerusi BN dan Pengerusi Umno.
“Kalau BN rasa nak buat cepat mereka akan buat, kalau tidak mereka akan terus mendiamkan diri.
 “Lagipun negara kita tidak macam negara yang lain yang mana kalau nak buat pilihan raya pemerintah akan mengumumkan tarikh. tetapi di Malaysia tidak macam itu.
“Jadi isunya sekarang kalau BN rasa sudah selesa mereka akan adakan pilihan raya cepat, kalau tidak kita tunggu sahaja nanti,” kata Hadi.
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook turut memberikan pandangan yang sama apabila mengatakan kenaikan harga petrol RON95 bukan petanda pilihan raya umum tidak akan diadakan pada tahun depan.
“Saya rasa tidak. Ini kerana selepas tiga hingga empat bulan rakyat pasti sudah tidak ingat perkara in, jadi bagi saya ia tidak akan menyebabkan pilihan raya tidak akan diadakan pada tahun depan.
“Faktor utama untuk mengadakan pilihan raya bukan kerana harga minyak, banyak lagi faktor lain yang akan dipertimbangkan BN dalam membuat keputusan itu,” katanya.
Beliau juga berkata, BN sengaja menaikkan harga RON95 secara berperingkat kerana bimbang rakyat akan marah dengan keputusan itu.
“Tapi kalau kita tengok sekarang kerajaan tidak menaikkan minyak secara mendadak sebaliknya ia naik secara berperingkat, mungkin ini adalah strategi yang BN gunakan dalam perkara ini.
“Kerana kerajaan tahu kalau naikkan harga minyak secara mendadak rakyat akan marah serta terasa sebab itu kerajaan naikkan sedikit demi sedikit.
“Lagipun kalau kerajaan terus naikkan harga minyak sehingga 70 sen sudah tentu rakyat akan rasa marah tapi bagaimanapun kenaikan harga minyak ini akan meningkatkan kos rakyat,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.
Dengan pelarasan kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM621.9 juta dari produk petrol RON95, RM213.2 juta (diesel), RM63.5 juta (LPG) dan RM283.5 juta (gula) setiap tahun ataupun RM1.18 bilion.
Pada Julai lalu, kerajaan menjangkakan harga tidak akan naik sehingga akhir tahun ini.

Harga RON 95, gula naik-di mana 1 malaysia laungan umno bn tapi masih mendera rakyat.....



ORANG ramai mengambil kesempatan mengisi minyak sementara harga belum naik di sebuah stesen minyak di Kuantan malam tadi.


KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak lima sen seliter serta lima sen bagi setiap kilogram (kg) bagi gas asli cecair (LPG) berkuat kuasa tengah malam tadi.
Berikutan kenaikan itu, harga petrol RON 95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter manakala LPG RM1.90 satu kg.
Turut diumumkan naik ialah gula sebanyak 20 sen kepada RM2.10 bagi setiap kg.
Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri semalam.

Pengasas WikiLeaks ambil langkah keselamatan



GAMBAR yang dirakamkan semalam di Paris menunjukkan laman WikiLeaks yang menampilkan gambar pengasasnya, Julian Assange.


GENEVA - Laman web pembocor maklumat kabel diplomatik Amerika Syarikat, WikiLeaks berpindah ke sebuah alamat baru di Switzerland semalam selepas perkhidmatan hos Internetnya di Amerika Syarikat (AS) ditutup.
Laman web berkenaan sedang mendedahkan lebih 250,000 maklumat sulit diplomatik AS yang mencetuskan kemarahan Washington.
WikiLeaks kini boleh dilayari di alamat www.wikileaks.ch, laman web yang didaftarkan oleh sebuah parti politik Switzerland.
Perubahan alamat Internet itu dibuat ekoran laman web www.wikileaks.org gagal berfungsi kelmarin akibat disekat sehingga memaksa laman web itu ditutup.
Pada awal bulan lalu, pengasas WikiLeaks, Julian Assange berkata, dia bimbang nyawanya terancam dan mungkin akan mencari perlindungan di Switzerland.
Semalam, beliau turut mendedahkan dalam sesi soal jawab dengan akhbar Guardian bahawa, pasukannya mengambil beberapa langkah bersesuaian ekoran ancaman untuk membunuh mereka.
Menurut agensi berita Switzerland, ATS, WikiLeaks turut menempah satu lagi alamat Internet www.wikileaks.li di Liechtenstein, negara kecil yang terletak di antara Switzerland dan Austria sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada awal minggu ini, laman web penjualan buku di AS, Amazon berhenti menjadi hos WikiLeaks di Internet selepas ia dikritik oleh anggota-anggota Senat Kongres AS termasuk Senator Joe Leiberman.
Kelmarin, media melaporkan bahawa Assange tidak ditangkap di Britain kerana pihak berkuasa Sweden melakukan kesilapan dalam mengisi waran tangkapnya berhubung dakwaan merogol dan mencabul dua wanita di Sweden.
Akhbar The Times menyatakan, polis Britain telah mengenal pasti Assange bersembunyi di satu lokasi di tenggara England tetapi mereka tidak dapat menahannya kerana waran tangkap itu tidak lengkap. - Agensi

Palanivel Presiden MIC ke-8 minggu depan



G. PALANIVEL


KUALA LUMPUR - Datuk G. Palanivel akan mengambil alih kepimpinan MIC daripada Datuk Seri S. Samy Vellu minggu depan, menjadikan beliau presiden kelapan parti berusia 64 tahun itu.
Samy yang meneraju parti itu selama hampir 31 tahun dijadual menyerahkan baton kuasa MIC kepada Palanivel selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada Isnin ini.
"Penyerahan kuasa akan dilakukan sama ada hari Isnin atau pada satu majlis khas pada Selasa," kata sumber dalaman parti kepada Bernama di sini semalam.

Janji Siti Aishah dilanggar



PEGUAM Cik Puan Siti Aishah, T. Gunaseelan (kiri) dan Anthony
Sebastian membaca laporan sebuah akhbar yang menyiarkan kisah bekas Raja Permaisuri Agong itu semalam.


KUALA LUMPUR - Bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana didakwa telah membocorkan maklumat dirinya.
Siti Aishah menamakan Syed Abdullah sebagai defendan pertama manakala ayah Syed Abdullah, Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.
Writ saman bertarikh 2 Disember itu difailkan melalui Tetuan Gunaseelan & Associates di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir.
Mahkamah tersebut kemudian menetapkan 22 Disember ini sebagai tarikh sebutan interparte untuk kes tersebut.
Dalam saman tersebut, Siti Aishah sebagai plaintif memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama dan kedua untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat semasa plaintif menerima 'rawatan' daripada defendan.
Plaintif juga memohon perintah melarang kedua-dua defendan itu daripada menerbitkan sebarang buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog atau laman web mengenai plaintif.
Menurut pernyataan tuntutan, pada Jun 2010 Siti Aishah mendakwa telah meminta bantuan Syed Abdullah untuk menangani masalah emosi yang dihadapinya selepas defendan pertama membuat representasi secara lisan bahawa beliau (Syed Abdullah) boleh mengubati dan menjalankan kaunseling berhubung masalah emosi yang dihadapi oleh bekas Raja Permaisuri Agong itu.

Jumaat, 3 Disember 2010

Kemalangan Aneh Pesawat Di Udara

SANTA FE - Seorang juruterbang Argentina, Dino Moline nyaris maut selepas salah satu sayap pesawat ringannya patah ketika dia melakukan aksi lagak ngeri di udara, lapor sebuah akhbar semalam.

Rakaman video menunjukkan nahas udara itu berlaku ketika Moline beraksi dalam satu pertunjukan udara di sini, baru-baru ini.

Seramai 3,000 penonton melihat insiden itu dengan diselubungi perasaan cemas apabila sayap pesawat pasukan Briged Udara RANS tiba-tiba patah pada ketinggian 500 meter.

Namun, juruterbang itu bernasib baik kerana dia sempat mengaktifkan sistem payung terjun dan keluar dari pesawat itu dengan selamat sebelum ia terhempas.

"Saya selamat, cuma kaki saya yang melecur," katanya selepas nahas udara itu. - Agensi.







Labels:

Isu Nak Dapat Tanah Kerajaan FREE atau MB Zizan yang zalim..!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg22I9rSM2vzPoF6UCqToX9NrJ7DTNs3oo_4lCb-12hIkE3YI9ACTbLAh4hnYY2Qk6sGSSeBSAKnXPFl2FlBjEDheR2andMdbccRuQG__xu4Fp0mOoLl2DZv-hGS1B_WIdWmexOaVo7SREq/s1600/Kg+Kelang+Ketapan.jpgoleh AnakKedahoo7

Tu dia aihhh memang zalim kerajaan Ust Zizan nie.... halau penduduk macam tu jaa... sampai tak bagi masa untuk rundingan langsung... mana cukup bagi masa 2 tahun untuk berbincang... bagi la masa 200 tahun kaa baru cukup...baru ada masa nak berbincang.... bincang siap bagi pampasan pon tak cukup lagik hangpa nak apa... pie la cari rumah sewa kot gurun guaq tuu...kalau tak ada tanah buat la cara tak ada tanah bukan hangpa 13 org saja tak ada tanah...

belambak lagi rakyat lain yg tak ada tanah.. himpon duit beli sendiri laa... asyik nak tanah free jaaaa... gemok la hidup mcm nie...
mai buat rumah depan laman orang lepas tuu suruh pindah tak mau pulak... tuan rumah halau kata zalim tak berperikemanusiaan...lepas tu tuan rumah bagi plak duit suruh pindah jugak tak mau pindah...

lanie hangpa nak apa sebenaqnya nie.. nak dapat FREE...ulang sekali lagi...GEMOK laaa hidup macam nie...kalau hangpa dapat FREE kami yg rakyat lain pon nak jugak mintak tanah FREE macam hangpa dapat....
Laa nie hangpa pie jumpa KEDA suruh depa bagi rumah FREE tuuu... KEDA ada bagi rumah FREE dekat penduduk yg perlukan rumah macam hangpa...

kalau KEDA pun tak bagi kira KEDA dengan KERAJAAN NEGERI zalim lah kot... pada aku KEDA lagi zalim sebab kerja depa buat rumah bagi rumah... KERAJAAN NEGERI depa nak ambik tanah itu semula untuk buat pembangunan dan depa dah bayaq pampasan kat 13 orang tuuu...
Tapi kalau KEDA tak bagi kita boleh kata depa tak zalim sebab mungkin yg 13 org tu tak memenuhi kriteria nak pohon rumah KEDA... jadi yg zalim lanie hangpa sendiri laa dok perkeras pedai nak pertahankan ideologi hangpa tuuu...

lanie pie jumpa PUTERI UMNO laaa suruh depa tolong hangpa...boleh kot cik puteri....

Kerajaan Kedah dibidas usir 13 keluarga isu tanah

SUNGAI PETANI 1 Dis. - Pergerakan Puteri UMNO membidas tindakan kerajaan negeri yang mengambil keputusan terburu-buru mengusir 13 keluarga daripada tanah yang didakwa dimiliki anak syarikat kerajaan negeri, di Kampung Kilang Ketapan, Gurun dekat sini baru-baru ini.
Naib Ketuanya, Shahanim Mohd. Yusof berkata, lebih dikesalkan, kerajaan negeri seolah-olah tidak 'berhati perut' apabila sanggup mengheret kesemua keluarga berkenaan ke mahkamah tanpa melalui sebarang rundingan terlebih dahulu.

Gurun : Penjelasan berkenaan isu penduduk Kg Kilang Ketapan

Pegawai Khas MB perjelas isu penduduk Kg Kilang Ketapan

Ditulis oleh ZULKIFLI YAHAYA

GURUN, 27 November – Dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri dan Permodalan Kedah Berhad (PKB) enggan berunding dengan 13 keluarga yang menduduki tanah PKB secara haram di Kampung Kilang Ketapan, disangkal oleh Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah, Encik Muzaini Azizan.

"CEO PKB, Encik Harun serta pengurusannya dan saya sendiri telah bertemu dengan wakil-wakil penduduk untuk berbincang mengenai isu dua tahun lalu, bagi mencari penyelesaian terbaik untuk membantu penduduk.

"Selepas itu Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mengarahkan PKB membayar pampasan kepada penduduk tertentu yang terbabit, sambil Menteri Besar mengingatkan penduduk supaya menerima kenyataan bahawa mereka telah menduduki tanah PKB secara tidak sah," ujarnya.

Encik Muzaini turut menafikan dakwaan bahawa penduduk telah menduduki tanah tersebut sejak 30 tahun lalu. Menurutnya, pencerobohan di atas tanah PKB hanya bermula sekitar tahun 2006 yang melibatkan 13 keluarga sehingga kini.

Eishhhh Biaq betoi Chegubard..???


Terkini Chegubard akan tinggalkan PKR?

Badrul Hisham Shaharin yang tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) enggan mengulas desas-desus mahu meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan kecewa dengan proses pemilihan yang dikatakan tidak demokratik dan cacat.

“Bab itu (desas-desus mahu meninggalkan parti) saya tak nak komen dulu,” kata Badrul Hisham atau yang dikenali sebagai “Chegubard” menerusi laman sosial Facebooknya.

Badrul Hisham mengambil sikap berdiam diri apabila sesawang Umno-Reform mendakwa beliau akan meninggalkan PKR dalam masa terdekat.

“Saya pilih untuk diam diri dulu status saya dan hubungan politik kepartian,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun Badrul Hisham bercadang untuk memberi respons pagi Isnin ini iaitu sehari selepas himpunan protes ke atas Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan kerajaan pusat mengenai isu kenaikan tarif air.


Ia dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor.

“Isnin (selepas) Subuh kenyataan rasmi akan dibuat, kalau tak tidur lokap (pada) 5 (Disember) malam ha ha ...,” ujar Badrul Hisham lagi.

Badrul Hisham yang juga pengasas dan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - pertubuhan tak berdaftar - turut mengulangi iltizam politik menyokong inisiatif kerajaan negeri Selangor melancarkan perhimpunan aman Ahad ini.

Umno-Reform Selasa lalu melaporkan desas-desus tersebut timbul kononnya ekoran tindakan Badrul Hisham, yang membuat laporan mengenai kepincangan dalam pemilihan PKR baru-baru ini, tidak menghadiri Kongres Nasional Ketujuh Jumaat lalu.

Ia turut melaporkan Badrul Hisham menolak tawaran serta janji politik untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti seperti dirujuk pada ucapan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu sumber memberitahu bahawa bekas Ketua AMK Senator Ezam Mohamad Nor pernah mempelawa Badrul Hisham memandangkan mereka pernah bersama-sama dalam AMK dan pertubuhan bukan kerajaan Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi Malaysia (Gerak).

Namun sumber tersebut memberitahu The Malaysian Insider, jawapan muktamad bergantung pada Badrul Hisham sendiri pada Isnin depan.

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, SAMM telah memutuskan akan bersama dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu himpunan aman bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar.

“Sekurangnya 50 orang ‘marsyal demo’ yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan Bersih, Kesas dan lain-lain.

“Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Badrul Hisahm berkata, SAMM juga menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas.

“Ini juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri,” katanya lagi - TMI

Kerajaan kaji kemungkinan seragamkan subsidi diesel untuk elak penyelewengan

December 02, 2010
KUALA LUMPUR, 2 Dis – Kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor.
“Kita bercadang nak lihat semula dari segi sistem subsidi diesel kerana ia berbeza-beza... sekarang ada harga industri, pam minyak, nelayan dan pengangkutan.
“Melalui jawatankuasa bersepadu yang ditubuhkan, kita akan mengkaji secara menyeluruh cadangan untuk penyeragaman harga diesel kerana dengan adanya satu harga tetap, maka pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak akan menyeleweng dengan menjual kepada pihak lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung isu penyelewengan diesel di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh wakil dari beberapa kementerian dan agensi berkaitan bagi membincangkan secara mendalam isu penyelewengan diesel yang semakin berleluasa di negara ini.
Minggu lepas, Kabinet bersetuju agar dua jawatankuasa bersepadu diketuai oleh Ismail Sabri ditubuhkan bagi tujuan penilaian dan pengkajian khusus melibatkan isu pembahagian kuota penerima diesel, sistem penyampaian serta penguatkuasaan.
Ismail Sabri berkata jawatankuasa penilaian dianggotai oleh kementeriannya, Kementerian Kewangan, Kementerian Industri dan Asas Tani serta agensi berkaitan, manakala jawatankuasa penguatkuasaan membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
“Melalui jawatankuasa bersepadu, mudah bagi kita membuat perancangan yang lebih mantap kerana tak semua kementerian dan agensi mempunyai bidang kuasa yang sama.
“Jadi penglibatan semua pihak yang berkenaan dilihat mampu memberi kesan yang lebih menyeluruh dan kita juga akan melebarkan pemantauan kepada seluruh negara kerana sebelum ini kita hanya tumpu kepada kawasan-kawasan yang terlibat terutamanya di bahagian sempadan,” katanya.
Pada masa ini harga diesel bersubsidi mengikut sektor ialah di pam minyak RM1.75, pengangkutan RM1.45, nelayan RM1.25 manakala industri RM2.05.
Berdasarkan rekod KPDNKK sehingga 1 Dis ini, sebanyak 294 kes penyelewengan diesel bersubsidi dikesan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM2.028 juta.
Terbaru pada 25 Nov lepas, 13 individu dari tiga negeri ditahan kerana didakwa terbabit dalam penyelewengan diesel bersubsidi kepada nelayan dan pada masa yang sama sebanyak 21 premis industri di seluruh negara yang membeli diesel bersubsidi turut disiasat.
Kegiatan penyelewengan itu berjaya dibongkar hasil risikan sepanjang lima bulan membabitkan 80 anggota serta pegawai SPRM dan KPDNKK membabitkan empat negeri iaitu Perak, Pahang, Perlis serta Kedah. – Bernama

Najib: PRU-13 ‘boleh jadi awal atau mungkin lewat, biasalah’

December 02, 2010
PHNOM PENH, 2 Dis —Sokongan rakyat kepada Barisan Nasional semakin pulih setelah kerajaan menunaikan janji-janji pilihan rayanya dan komitmen yang diberikan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata tanda-tanda awal juga menunjukkan bahawa rakyat menerima baik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan BN bagi memenuhi kehendak dan harapan mereka.
“Apabila kita kotakan janji-janji pilihan raya dan komitmen kita, kewibawaan kita, dari kaca mata rakyat, sudah meningkat,” katanya dalam ucap utama pada perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) di sini hari ini.
Najib (gambar) , yang juga Pengerusi BN, berkata keputusan sebenar sama ada BN telah memenuhi harapan rakyat akan hanya diketahui daripada keputusan pilihan raya umum akan datang.
Bercakap pada sidang akhbar kemudian apabila ditanya sama ada BN boleh merasa lega sekarang hasil daripada petanda-petanda awal itu, beliau berkata BN tidak boleh berasa lega sekarang, sebaliknya perlu bekerja lebih keras lagi.
Ditanya mengenai pilihan raya umum akan datang berikutan petanda-petanda awal tersebut, Najib berkata: “Itu bukan petanda awal tapi ia (pilihan raya umum) boleh jadi awal, boleh jadi lewat... biasalah.”
Menjawab soalan lain, Najib berkata: “Keputusan muktamad... bila sampai masanya, boleh jadi cepat, boleh jadi lambat. Biasalah.”
Ketika berucap pada perhimpunan agung itu mengenai usaha BN mendapatkan balik sokongan rakyat yang terjejas semasa pilihan raya umum 2008, Perdana Menteri berkata BN perlu menunaikan segala janjinya dan perlu juga dilihat sebagai memenuhi semua keperluan rakyat.
Najib berkata tugas pertamanya apabila mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, adalah untuk melaksanakan komitmen Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan di bawah gagasan 1 Malaysia.
Sejak itu, katanya, kerajaan BN telah membuka Klinik 1Malaysia bagi menyediakan bantuan dan perkhidmatan perubatan percuma kepada rakyat, dan biasiswa 1 Malaysia kepada pelajar cemerlang tanpa mengira bangsa dan agama.
Katanya pelbagai skim dan program untuk meningkatkan mutu kehidupan golongan berpendapatan rendah dan bagi membasmi juga diperkenalkan. — Bernama

BN Akan Tewas PRU-13 Walau Bilapun Parlimen Bubar !! (MESTI BACA!!)

Oleh: edyesdotcom

"KL, 1 Dis 10: Langkah Umno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan tidak harus dianggap sebagai isyarat muktamad bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat, kata penganalisis dan pemerhati politik.

Penganalisis politik Dr Ong Kian Ming ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, ia bukan petanda bahawa pilihan raya umum akan diadakan awal tahun depan sebagaimana diramalkan kebanyakan pihak.


“Apa yang jelas pilihan raya umum akan diadakan diadakan dalam 18 bulan ini dan keputusan Umno adalah petanda jelas minta jentera Umno bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum... itu saja, ia kita boleh anggap sebagai prosedur operasi standard (SOP) di pihak Umno,” kata beliau.

Bagaimanapun negara akan menyaksikan pilihan raya negeri Sarawak tahun depan memandangkan mandat semasa akan berakhir Julai 2011. Mandat kerajaan persekutuan hanya akan berakhir Mei 2013.

“Ada ruang kecil pada bulan Januari untuk memanggil pilihan raya Sarawak dan jika tidak ia akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina,” kata beliau.

Bagaimanapun pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan Umno menangguhkan pemilihan parti yang dijadual tahun depan bukannya petanda pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun depan seperti yang diramal sesetengah pihak.

Sementara sebelum itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum tergempar sekitar Mac depan ekoran keputusan Umno menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, beliau sebenarnya telah menjangkakan pilihan raya umum lebih awal ekoran perkembangan sejak kebelakangan ini. Pilihan raya umum terakhi diadakan Mac 2008 dan mandat ini hanya akan berakhir Mei 2013.

“Saya telah meramalkan pilihan raya umum awal. Tetapi penangguhan menunjukkan Umno hanya bagus untuk menyerang PKR,” kata Anwar (gambar) kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Anwar juga mendakwa Umno tidak pernah berani mengadakan pemilihan parti kerana tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan perwakilan mereka. Umno sepatutnya mengadakan pemilihan pertama tahun depan selepas pindaan perlembagaan tahun lalu. (AK)


edyes wrote:

MENUNTUT KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK !

Saya tetap optimis mengatakan Barisan Nasional akan tetap tumbang ditangan rakyat walau di bulan mana atau di tahun mana sekalipun pilihanraya ke-13 berlaku !

Kenaikkan minyak RON97 sebanyak 15sen baru-baru ini setelah menaikkan 5sen pada bulan sebelumnya, adalah satu cubaan 'test market' dari kerajaan Barisan Nasional untuk melihat respon daripada rakyat secara keseluruhannya sebelum membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen Malaysia. Sekiranya tiada penentangan yang solid daripada rakyat, itu bermakna BN telah berjaya melangkah setapak lagi untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa sekiranya berlaku pilihanraya umum dalam masa terdekat.

Sedar atau tidak sedar dalam tempoh lebih 50 tahun, inilah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menunjukkan kuasa sebenar melalui satu undi Parlimen untuk setiap seorang dengan hasilnya membina sebuah kerajaan pusat yang berorientasikan rakyat. Siapa rakyat Malaysia yang mahu peluang untuk mendirikan sebuah kerajaan pusat yang baru dilepaskan begitu sahaja?

Rakyat pasti mahukan kemerdekaan yang sebenar apabila memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah, yang menjadi kerajaan pertama selepas Barisan Nasional mendominasi kekayaan negara sebayak 5 dekad lamanya. Jangan jadikan ungkapan "hanya BN sahaja boleh perintah" mendominasi pemikiran anda. Kita ada tuhan!

Kini tiba masa dan peluangnya kekayaan sebenar sebuah negara yang penuh dengan sumber alam diagihkan dengan pendekatan yang lebih mengutamakan rakyat dan mesra kebajikan, berbanding pendekatan umnoputra yang hanya membenarkan segelintir elit melayu menjadi kaya raya dengan meletakkan proksi bangsa lain malah warganegara lain merompak khazanah negara. Pakej jahanam ini termasuklah rompakkan bersenjatakan penguasaan monopoli kapitalis dari segala hasil titik keringat rakyat.

Kita wajar mengubah nasib kehidupan rakyat negara ini dengan terlebih dahulu mengubah kerajaan pusat sedia ada. Mungkin nasib kita jauh lebih baik dari nasib dengan orang lain, di mana kita telah berada di dalam zon taraf kehidupan yang selamat walaupun serba sederhana. Tetapi tidakkah anda mengenang bagaimana nasib anak bangsa kita yang lain? yang asalnya kurang bernasib baik dari mula kehidupannya?

Mungkin ada di antara mereka yang masih merempat di bumi sendiri, lantas merembat demi sesuap nasi. Bagaimana nasibnya nelayan, penoreh, petani, kerani, pekerja restoran makanan segera, pekerja konsesi tol, dan golongan-golongan yang berpendapatan rendah. Apakah kita tidak ada rasa bertanggungjawab sekiranya mereka ini mengemis di bumi sendiri? Harus diingat bahawa mereka yang daif ini adalah saudara sebangsa kita sekalipun bukan saudara berbau bacang.

Jangan kata untuk menyimpan wang, jangan kata habis bulan habis gaji, malah kebanyakkan di antara mereka ini tidak cukup untuk menyara keluarga dengan pendapatan yang serba sederhana di sebalik kuasa pembelian yang rendah kerana harga barangan yang kerap mendadak naik di atas manipulasi harga minyak contohnya, di atas monopoli harga barang umpamanya. Dari sini kita akan lihat betapa mereka akan bekerja lebih masa, bekerja lebih trip, bekerja lebih shif, bekerja siang dan malam, siang di pejabat malam di pasar malam. Suami dan isteri berganding tenaga untuk mendapatkan lebihan wang ringgit yang tidak seberapa demi membesarkan anak-anak dan dengan pendidikan semampu mereka. Mimpilah untuk sekolah berpendidikan percuma!!

Tanpa mereka sedari, bahawa anak-anak mereka sebenarnya punya potensi besar untuk terlibat dengan gegala sosial, berpotensi untuk memenuhi pusat serenti dan berpotensi untuk terlibat dengan jenayah juvana. Kerana apa fenomena ini berlaku? Kerana masa yang sepatutnya ibu bapa bersama keluarga telah ditukar-ganti dengan kerahan mencari pendapatan tambahan! Begitu suntuk untuk bersama anak-anak dan kerana itu juga tempoh masa paling penting untuk anak-anak mendapat perhatian dari kedua ibu bapa telah tergadai di atas kerakusan pemodal kuasa ekonomi berpaksi kapitalis. Ia memang berkaitan, jangan kata ia tidak punya kaitan!

Kehidupan seumpama ini harus diubah! Nasib sesuatu bangsa itu tidak mungkin dapat diubah melainkan ianya bermula dari diri sendiri. Tepuklah dada dan tanya pada hati, apakah hidup ini dikerah untuk memperkayakan golongan-golongan bangsawan bangsat yang semakin kaya hasil daripada keringat kita? Akhirnya kita menggadaikan keluarga demi mereka yang di atas!!

Justeru itu, sematkanlah jiwa itu untuk menyertai gerakan membebaskan negara ini dari cengkaman penggadai maruah bangsa yang kaya raya. Kalahkan golongan yang kaya-raya ini dengan kuasa yang kita ada iaitu kuasa mengundi selain dari mereka! Tafsirkanlah sendiri siapa 'mereka' yang dimaksudkan itu.

Jika setiap dari anda semua menyimpan perasaan untuk melihat kehidupan yang jauh lebih baik yang seharusnya menjadi milik kita tetapi dirompak sehabisnya demi anak cucu mereka, maka saya tegaskan bahawa saya begitu optimistik untuk melihat sebuah kerajaan pusat yang baru dalam masa terdekat (sedekat bubarnya parlimen Malaysia).

Mungkin masa depan untuk saya tidak seberapa dengan bertukarnya kerajaan ini, tetapi masa depan anak saya dan anak bangsa akan lebih terjamin daripada apa yang ada pada hari ini.

RE-FOR-MA-SI !


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
BN Akan Tewas PRU-13 Walau Bilapun Parlimen Bubar !! (MESTI BACA!!)

Unit Amal N.Sembilan mengerah keringat di Kedah

Oleh: amkns

"Gambar-gambar keadaan sebenar rumah-rumah mangsa banjir di Kedah serta misi membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di Kedah oleh pasukan Unit Amal Negeri Sembilan pada 12 ke 14 Nov 2010 pada pautan berikut

JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK

Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8 pg – 11 pg
Tempat : Taman Matahari Height, Senawang
Kupon : RM5 sahaja
 
Objektif : Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Kawasan Rembau, N.Sembilan
 
Hubungi :
Nazri 013-3098775
Izamri 013-2124086
 
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526
"

Pesta Happy New Year 6 Dis 2010 di Seremban

Oleh: rozmal

"Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah dari kami sekeluarga di 
Sukacita dimaklumkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat N.Sembilan 1432H / 2010M akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-
Tarikh : 6  Disember 2010 ( Isnin )
Masa  : 8.00 malam
Tempat: Pusat Dakwah Islamiah, Negeri Sembilan
Penceramah: Ir Dr Muhammad Fuad Yeo bin Abdullah


Umat Islam dijemput hadir beramai-ramai.  
Hikmah Membaca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia
Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya
 
DOA AKHIR TAHUN
Bismillahirrahmanirrahim
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.
 Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.  Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.  Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.  Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah 
DOA AWAL TAHUN
Bismillahirrahmanirrahim  Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.  Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.  Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.  
Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim!  Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.  Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam
 http://waghih.blogspot.com"

Benarkah blogger pro-pembangkang kian lesu?

Oleh: batu-api2

"Saya membaca tulisan Zaini Hassan mengenai pandangan beliau berkenaan kedudukan portal dan blog politik di Malaysia yang bertajuk "Jika bloggers mesra–kerajaan beralih kiblat?".

Beliau menulis pandangan ini setelah beliau membuat persiapan sebagai ahli panel satu forum dalam pertemuan blogger mesra kerajaan di Pertaling Jaya baru-baru ini.

Zaini Hassan mengatakan  revolusi para blogger pasca reformasi 1997/98 ini berupaya memporak-perandakan subjek yang dibawa. Ini tidak pernah berlaku dan tidak ada keupayaan untuk berlaku bagi kewartawanan konvensional. Zaini Hassan memuji persiapan bahan, foto, grafik, olahan yang dilakukan oleh blogger pada masa itu amat baik sukar dilakukan oleh wartawan konvesional walapun mereka tidak dibayar upah.

Saya tidak minat mengulas lebih lanjut kerana saya berpendapat Zaini Hassan masih 'bias' dalam memberi pandangan yang selebihnya dan dia masih menjaga tuan punya periuk nasi, Utusan Malaysia. Kalau tak macam mana dia nak menjadi kolumnis?

Dalam 100 ranking portal dan  blog politik Malaysia bersasaskan Alexa yang ditunjukkan oleh Zaini Hassan sebenarnya masih tidak menunjukka sifat sebenar ranking berkenaan. Anda juga boleh membaca tulisan saya sebelum ini pasal ranking supaya anda boleh faham tentang ranking blog. (Baca di sini)

Kenapa saya kata ranking ini tidak menunjukkan sifat yang sebenar?

Alexa membuat semakan ranking pada blog hampir setiap hari dan kedudukannya boleh berubah setiap masa. Saya melihat ranking blog-blog yang dikatakan mesra-kerajaan berada pada kedudukan yang agak tinggi pada masa ini lebih bersifat semasa dan Zaini Hassan bijak menulis artikel pada ketika kedudukan blog mesra-kerajaan yang agak baik.

Satu faktor yang membantu ranking blog mesra-kerajaan berada di atas dengan lain kata dilayari oleh masyarakat yang dahagakan berita yang benar ialah isu pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010.

Blogger pro-pembangkang seolah-olah cuba 'melari diri' daripada pemberitaan yang benar atau sebenar. Jika blogger ini daripada PKR mungkin menjaga parti atau kalau dia daripada PAS mungkin menjaga hubungan PR.

Isu-isu pertengkaran, perbalahan, kecoh dan isu Zaid Ibrahim telah menjadi isu utama pada ketika itu dan sekarang. Tapi malangnya masyarakat tidak diberikan gambaran yang sebenar apa yang berlaku. Hanya sekadar penafian-penafian yang tidak jelas. Tulisan yang menyokong bersifat mengapu tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh blogger pro-UMNO sebelum ini.

Masyarkat sekarang bukan masyarakat yang bodoh, mereka akan mencari sumber yang benar daripada blog-blog yang mengambar apa yang berlaku. Walaupun blog itu blog UMNO/BN sebab mereka boleh berfikir menolak dakyah dan mengambil intipati yang benar sahaja.

Saya melihat blog-blog yang dikatakan mesra-kerajaan menyediakan video yang lengkap apa yang berlaku di mesyuarat PKR setiap negeri. Sebagai orang yang 'sedar', kita akan menonton apa yang berlaku, kita mungkin tak menerima dakyat keterlaluan pada blog-blog ini yang sesetengahnya macam "orang gila".

Tapi kita sebagai manusia yang berilmu boleh manafsirkan sendiri bahan-bahan yang disediakan sebagaimana kita boleh menafsirkan berita-berita daripada TV dan akhbar.

Saya melihat ini suatu ancaman baru jika blogger pro-pembangkang masih bersifat tidak terbuka dalam hal ini. Kita boleh membetulkan parti jika ada bukti yang sah dan benar. Sebab Islam mengajar kita tentang amar ma'ruf dan nahi mungkar!

Tapi jangan sekali menjadi penyebar fitnah dan pencipta 'persepsi' buruk bagi menjatuhkan mana-mana kepimpinan yang tidak disenangi. Bukan kerja kita menjatuhkan sesiapa itu adalah hak Allah s.w.t. Kita sekadar boleh menegur jika berlaku kesilapan atas dasar itu adalah kewajipan.

Jika blogger pro-pembangkang masih diulit mimpi, saya percaya mereka juga akan ketinggalan dalam hal ini. "Ranking Sebenar" ialah ranking yang memberikan kedudukan sejauh mana blog atau portal itu dominan dalam sebarang isu.

Tak banyak portal dan blog politik yang dominan kedudukannya dalam sebarag isu. Jika anda blogger anda perlu memikirkannya.

BatuApi @ FireStone,
batuapi.firestone@gmail.comhttp://batuapi-firestone.blogspot.com  "

Khamis, 2 Disember 2010

Bank 'perang' tarik pelanggan baru


KEGILAAN berbelanja tanpa memikirkan kemampuan sebenar kewangan menyebabkan pengguna terperangkap dengan hutang kad kredit. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Sebahagian besar bank kini melancarkan perang besar-besaran untuk menarik pelanggan baru selepas berjuta-juta pemegang kredit menghentikan penggunaan kad mereka disebabkan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun untuk setiap kad kredit utama dan RM25 bagi setiap kad kredit tambahan.
Menurut sumber industri, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan berlaku kemerosotan mendadak jumlah kad kredit dalam industri iaitu sebanyak 18 peratus.

Melayu! Dulu Kini Dan Selamanya Ditipu Oleh UMNO bn


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDpkz2B1F6CslHoRpnMpfFZigVWxJNYXM4MMOiOKw5SJ63I40f23s36rTerZvQvFEL7xmgHMqW0oDDry_l4Z4xoq8AQB1KYyYmKXxJO8umXHsP3f5QK-WEEVTV5_6gihv9VfmsZnUDqeeI/s400/penyokongbn.jpg

jangan pertikai hak Melayu
jangan ungkit keistimewaan Melayu
jangan cabar Malayu

Demi mengjaga perut pemimpin Melayu
Melayu makan Melayu memang pelik namanya tetapi ada disebalik nama..
Melayu Dulu Kini Dan Selamanya Memperbodohkan Kaum Sendiri
Siapa Punya Kerja?
Sebuah parti politik yang kononya memperjuangkan hak melayu tetapi sebaliknya menindas dan menipu hak2 kaum sendiri!
nama parti pun mat saleh
siapa yang gubal hak raja-raja?

tanya lah umno!
mereka mesti tahu

PAS aims to win back Terengganu in next polls

December 02, 2010
Hadi says PAS is confident of capturing Terengganu. — File pic
KUALA LUMPUR, Dec 2 — PAS has set its eyes on Umno-controlled Terengganu in the next general election, believing that it can recapture the state that it lost to Barisan Nasional (BN) in 2004. Pakatan Rakyat (PR) lawmakers have predicted that elections will be held as early as the first quarter of next year, while the Najib administration has dismissed such speculation.
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said the Islamist party was confident in wresting Terengganu from BN as the present state government had not brought about any significant changes since BN took over the state administration in 2004.
“We are confident of capturing Terengganu... Umno won over the state with crutches... what developments have there been over there? Only collapsible stadiums,” Hadi told The Malaysian Insider in an exclusive interview.
The Marang MP was confident that PAS would be able to overthrow the present BN state government with a “simple majority”, saying that a two-thirds majority was “not needed” to be given a mandate to rule Terengganu.
“In the last elections, we won Terengganu with eight seats, while although BN won, they did not win with a clean majority. However a two-thirds majority is not so important, a simple majority will be enough,” Hadi added.
The veteran politician claimed that many of the state laws which were gazetted by PAS before 2004 still remained “intact” under the BN state administration, saying that PAS had brought more development to the state than “Umno or BN ever did.”
“Under PAS, over 60,000 land applications were passed when PAS was in control of Terengganu. Umno is only keen on winning, so many of the laws introduced by PAS still remain intact till today,” said Hadi.
The PAS president said party officials had been visiting various constituencies in Terengganu since last year, and response has been favourable.
“We started last year, and will continue this year to see the progress in terms of our elections machinery. There are strengths, there are also weaknesses that need to be improved on. But we are ready for elections with Datuk Halim Abdul Rahman as PAS elections director.
“I myself am going back to Terengganu this weekend to visit the constituencies,” said Hadi, who added that PAS had also been conducting seminars on a state level to further “prepare” members and state leaders for the upcoming general election.
PAS first came to power in Terengganu in 1999, ending BN’s decades’ long rule of the state. The PAS state government of Terengganu was a short-lived one however as BN won back the state in 2004.
Besides Terengganu, Hadi also hinted that PAS would also win more state seats in Johor despite the state being an Umno stronghold.
“This can be done if Malays change their mindset and let PAS become the alternative for Umno and this can happen. We can win and this is not impossible, Malay votes can change and even in Johor today we already have two state seats.
“What is clear is that we will defend Kelantan, Kedah and take back Terengganu... the other states will be mixed seats which will be discussed with other PR parties. Sabah and Sarawak will also be discussed with PR parties,” said Hadi.
Asked whether there was still room for Umno-PAS unity talks, Hadi said that “chapter has been long closed.”
“That chapter has been closed and will not be reopened, that era has passed and Pakatan partners have agreed to move on.
“PAS is an experienced party. Right now, PAS is Umno’s number one competitor. Umno has no will to change, PAS is not willing to be with a party or government that has no political will to change,” said Hadi.

Jurang pendapatan luas tidak bermoral, kata NUBE

December 01, 2010
KUALA LUMPUR, 1 Dis – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menggesa semua syarikat di Malaysia mengkaji jurang pendapatan dengan serius.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung Nube, J. Solomon, berkata usaha merapatkan jurang pendapatan merupakan perkara penting bagi mencapai kemampanan pembangunan ekonomi yang perlu dikaitkan dengan pembangunan sosial rakyat negara ini.
“Mesej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kekayaan harus diagihkan secara saksama memang kena pada masanya dan sentiasa diperjuangkan oleh NUBE.
“Kita menyaksikan jurang pendapatan yang semakin luas dan ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana masyarakat akan memberontak,” tegasnya.
Beliau berkata badan-badan korporat harus memainkan peranan sebagai warga korporat yang baik dalam memastikan pekerja masing-masing diberikan ganjaran yang saksama serta memastikan perbezaan gaji dan bonus tidak terlalu besar antara satu kategori dengan satu kategori pekerjaan yang lain.
“Perbezaan bonus dan gaji pokok antara yang bergaji besar dengan golongan berpendapatan rendah dalam industri perkhidmatan kewangan sekarang amat besar dan tidak bermoral.
“Ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan ia tidak mengambil kira sumbangan golongan berpendapatan rendah kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi Malaysia,” tegas Solomon. – Bernama

Sebulan terakhir jika PAS nak menang PRU 13

Oleh : Tulahan
Ramai yang jangka PRU 13 akan berlaku antara April hingga Jun tahun depan. Jika Najib adakan PRU 13 tahun depan maknanya pilihanraya Sarawak akan dibuat serentak.
Sekiranya pilihanraya Sarawak tidak dibuat serentak dengan PRU 13 tahun depan . Penulis tak jangka Najib akan buat PRU 13 tahun depan.

Memandangkan keadaan politik dan ekonomi yang dikatakan memihak kepada BN, Najib tak akan buang masa untuk buat pilihanraya kerana jika ditunggu tidak akan ada peluang besar seperti ini.
Walaupun tidak dapat majoriti dua pertiga pun tak pa macam ramalan Tun M, kerana yang penting bagi Najib adalah kekal berkuasa sebagai PM. Lebih baik menang walau bukan dua pertiga daripada kalah terus tak dapat jadi PM.
Jika benar PRU 13 tahun depan , sudah bersiapkah Pakatan untuk menghadapinya?. Penulis tidak akan fokus kepada PKR dan DAP tetapi kepada persiapan PAS untuk hadapi PRU 13.

Presiden dah rumuskan tiga penekanan penting untuk PAS mengantikan Umno iaitu Tarbiyah, Organisasi dan Strategi.
Penulis dah ada sentuh persoalan tarbiyah , organisasi dan Strategi dalam tulisan yang lalu. Namun mungkin itu untuk jangka masa panjang . Penulis akan sentuh lebih kepada tumpuan segera jamaah bagi menghadapi PRU 13 tahun depan.
Sebelum berlangsung PRU 13, tumpuan paling penting untuk mendapatkan undi adalah pengundi muda di kalangan anak-anak ahli dan penyokong. Banyak kawasan yang dah laksanakan tugas ini dan sebelum ini pun penulis pun ada bincang bab daftar pemilih.
Namun bagi penulis, usaha ini masih lemah kerana tiada kesungguhan dari jamaah kawasan terlibat. Masa hanya tinggal sebulan sebelum masuk tahun depan. Jika pilihanraya tahun depan , pemilih yang didaftar tahun ini sahaja layak mengundi. Sudah ramaikah yang sudah didaftarkan?
Penulis harap pendekatan turun rumah ke rumah ahli dan penyokong jamaah di cawangan dipraktikkan dalam masa sebulan terakhir ini. Gabungkan pimpinan kawasan, pemuda dan muslimat kawasan untuk sama2 turun cawangan .
Kepakaran muslimat menjadi perayu undi rumah ke rumah gunakan sepenuhnya untuk program ini. Sebulan terakhir ini jika ada program lain tangguh sementara untuk buat program ini. Inilah peluang terakhir menambah pengundi jika PRU 13 berlangsung tahun depan seperti diramal.
Jangan tuduh penulis tak sokong program tarbiyah untuk menang kerana turun rumah ke rumah ahli jamaah inilah praktikal kepada tarbiyah yang kita terima. Mengapa penulis kata begitu? Kerana ramai yang segan, malas, pentingkan kerja lain walaupun dah dapat tarbiyah.
Jangan tuduh penulis tak sokong program kebajikan untuk menang kerana turun ke rumah ahli dan penyokong pun adalah ziarah kebajikan. Berapa ramai ahli yang sakit, yang susah, yang perlu sumbangan tetapi jamaah kawasan tak ambil tahu kerana alasan tidak tahu atau tidak ada peruntukan. Inilah masanya kita bantu ahli dan penyokong yang memerlukan sumbangan.
Jangan tuduh penulis tak sokong pemantapan cawangan untuk menang kerana program sebeginilah yang akan mengaktifkan cawangan. Cawangan yang jarang buat mesyuarat pun jadi aktif sama2 cari rumah ahli dan penyokong untuk pimpinan kawasan turun. Ini lebih baik daripada bercakap nak aktif cawangan tapi cawangan mesyuarat hanya sekali setahun.
Jamaah kawasan yang belum buat program ini tentu akan mendapat jawapan dari cawangan, bila minta cawangan cari pengundi baru. “ Dah cari dah, habis semua dah daftar”
Tapi bila buat program ini, jamaah kawasan akan dapat jawapan bahawa itu hanya alasan cawangan melepaskan diri.
Sebulan terakhir ini bukan masa nak berkempen nak jadi calon atau berkempen nak jadi Yang Dipertua. Daripada buat perangai buruk Umno itu, baik tambah pahala bantu kawasan turun cari pengundi baru.
Turunkan semua ego sebagai pimpinan besar di pusat ka, negeri ka atau kawasan untuk bersama2 ke rumah ahli. Ahli akan seronok rasa berbangga jika YDP, TYDP , NYDP, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat naik ke rumah mereka yang sebelum ini tak biasa2 naik.
Semua ini perlukan kesungguhan dan keikhlasan pimpinan kawasan. Penulis sungguh rasa terharu dengan kesungguhan dan keikhlasan seorang pimpinan tinggi dalam kawasan penulis.

Walaupun tahu tidak dipilih sebagai calon , langsung tidak lemahkan semangat untuk ketuai usaha turun ke rumah ahli.
Apabila ditanya berkenaan calon. Jawapannya “ Tak da nama pun tak pa. yang penting adalah kemenangan dan bagaimana nak urus kemenangan”.
Dia tidak ada rasa kecewa seperti sesetengah pimpinan yang tidak dicalonkan. Ada pimpinan yang tidak dicalonkan mula tuduh orang dengki dekat dia dan macam2.
Penulis harap sebulan terakhir ini , jamaah di kawasan dapat laksanakan usaha ini kerana sudah terbukti jamaah kawasan yang laksanakan program ini mendapat pengundi baru anak ahli dan penyokong berlipat kali ganda.
Wassalam

Anwar Utusan Dari Neraka?.. Kurang Ajarnya Perempuan ini..

Oleh: AnakSgDerhaka

"Semalam kalau korang baca di ( SINI, ) YB Yusmadi Yusoff telah menyifatkan tindakan Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah yang mengatakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai "pelacur politik." Sebagai Kurang Ajar..

Kalau macam tu.. Ketua Wanita PERKASA ni nampaknya lebih Kurang Ajar dari Arman tu.. Ketua Wanita PERKASA Zaira Jaafar ini berkata Anwar bukanlah dihantar oleh Allah tapi oleh Syaitan untuk memusnahkan Melayu..

Sedikit terjemahan..

Ketika Presiden PKR DS Wan Azizah menganggap bahawa suaminya itu sebagai pemimpin yang dianugerahkan Allah untuk membebaskan rakyat Malaysia dari cengkaman kuasa jahat UMNO, Ketua Wanita PERKASA Zaira Jaafar pula mengatakan Anwar adalah utusan dari Neraka untuk memusnahkan Melayu..

Oleh sebab itu Zaira mahu darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri dan segala darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan dilucutkan dari Anwar kerana mempertikaikan ketuanan Melayu..

'God-sent' Anwar is Satan himself, says PerkasaBy Teoh El Sen

KUALA LUMPUR: Just days after his wife described him as God-sent, hardline Malay group Perkasa has placed Anwar Ibrahim on less hallowed ground, calling him Satan himself.

Artikel penuh sila baca di SINI
"

Tangguh pemilihan: Najib perlu masa selesai ‘konflik’ dalaman Umno, dakwa Pakatan


Mengikut dakwaan pemimpin Pakatan, Najib khuatir akan dikhianati oleh timbalannya, Muhyiddin (kiri). — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 2 Dis — Pakatan Rakyat mendakwa langkah penangguhan pemilihan Umno walaupun dilihat satu proses lazim dilakukan menjelang pilihan raya umum, tetapi dipercayai menunjukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak masih berhadapan dengan “konflik” dalaman parti teras Barisan Nasional (BN) itu. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib  mungkin takut hilang sokongan sebagai Presiden Umno sekiranya pemilihan secara langsung dilaksanakan seperti yang dijadualkan awal tahun depan.
Ini kerana menurut beliau, dasar liberalisasi politik dan ekonomi yang diperkenalkan Najib sejak menjadi Perdana Menteri April tahun lalu seakan menggamit protes senyap daripada akar umbi Umno sendiri.
“Najib sebenarnya nak pastikan bahawa selepas pilihan raya umum ke-13 nanti, beliau kekal sebagai Perdana Menteri.
“Mungkin selepas beberapa dasar liberalisasi ekonomi dan politik yang dilaksanakannya sebelum ini dia (Najib berasa) sedang menerima protes dalaman Umno sendiri.
Ditambah dengan karisme Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno yang dilihat tegar mempertahan kepentingan Melayu serta pernah mempersoal hala tuju gagasan “1 Malaysia” Najib sebelum ini, Mahfuz yakin bahawa pertimbangan politik Najib kian mencemaskan sekarang.
“Najib mungkin bertambah cemas apabila akar umbi Umno melihat Muhyiddin sekarang lebih ‘Umno’ daripada Najib.
Mahfuz berkata pendirian Muhyiddin bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia Najib.
“Najib menghitung semua ini sekarang kerana jika diadakan juga pemilihan (agung Umno) juga boleh menyebabkan beliau (Najib) hilang jawatan dalam parti (presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional) dan dalam kerajaan (perdana menteri),” katanya. Tambah Mahfuz, Najib sendiri mungkin yakin bahawa BN kekal mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum depan berdasarkan beberapa perubahan politik yang ditempuhi oleh PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Disebabkan itu, Mahfuz berkata, Najib tidak mahu dikhianati oleh Muhyiddin pada ketika rakyat menyokong Umno dan BN.
“Kalau Barisan Nasional kekal memerintah selepas pilihan raya umum nanti, mungkin Najib mempunyai kekuatan politik untuk mempertahankan jawatannya (presiden Umno) dari dikhianati oleh kem Muhyiddin, bagaimana kalau Najib kalah (jika pemilihan agung Umno 2011 diadakan) sekarang.
Pun begitu, sekiranya Umno dan BN ditolak rakyat nanti, mungkin Najib sendiri pasrah sekiranya akar umbi parti menolaknya pada pemilihan tersebut.
“Kalau Barisan Nasional kalah pada pilihan raya umum depan, mungkin tidak masalah bagi Najib (jika hilang kepercayaan sebagai Presiden Umno),” ujar Mahfuz ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Justeru, Mahfuz menegaskan bahawa penangguhan pemilihan agung Umno 2011 demi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka awal tahun depan, bukanlah untuk membuat persiapan jentera Umno dan BN.
Naib Presiden PKR Chua Tian Chang yang lebih dikenali sebagai Tian Chua turut berpendapat bahawa Najib takut untuk menghadapi Pakatan Rakyat, khususnya PKR yang kononnya kian kecoh lagi lemah pascapemilihan peringkat cabang dan pusat baru-baru ini.
“Kalau pentadbiran Najib cukup kuat, kenapa takut nak menghadapi pilihan raya umum ke-13 dalam senario mereka (Barisan Nasional) menganggap Pakatan Rakyat semakin lemah dan PKR hilang kepercayaan rakyat.
“Walaupun Muhyiddin menafikan bahawa penangguhan itu tiada kaitan dengan pilihan raya umum, tafsiran yang paling kuat begitulah kerana Najib takut,” ujar Tian Chua yang juga Pengarah Strategi PKR.
Kata Ahli Parlimen Batu ini, penangguhan pemilihan agung Umno 2011 tersebut mungkin disebabkan Najib tidak berupaya lagi menangani konflik dalaman antara Umno dan parti-parti komponen BN yang lain.
“Ketakutan kali ini ketara apabila Najib tidak lagi berupaya selesaikan konflik dalaman dalam Barisan Nasional serta memenuhi tuntutan rasis dari pertubuhan-pertubuhan tertentu, yang sebenarnya adalah daripada kalangan mereka (penyokong Umno).
“Najib masih Perdana Menteri, mengetuai sebuah kerajaan yang sudah tentu mempunyai kuasa politik dalam kerajaan serta boleh menggunakan semua media arus perdana, tetapi Najib tetap takut kerana masalah dalaman Umno dan Barisan Nasional tidak diselesaikan lagi,” ujar beliau.
Tian Chua turut tidak menolak kemungkinan bahawa Najib takut dikhianati oleh akar umbi parti termasuk Muhyiddin sendiri jika pemilihan agung Umno 2011 diteruskan juga pada awal tahun depan.
“Najib tak mahu teruskan (pemilihan agung Umno 2011) seoalah-olah memperlihatkan dia cukup takut dan tidak yakin dengan kesetiaan ahli-ahli Umno khususnya mereka yang menyokong Muhyiddin akan berpaling tadah,” beliau menambah.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. Kulasegaran pula (kanan) berkata, penangguhan pemilihan agung Umno 2011 itu merupakan “titik kelemahan” yang cuba diselesaikan oleh Najib.
“Ini menunjukkan Perdana Menteri mengambil kesempatan pada ‘titik kelemahan’ yang dihadapi oleh Umno dan Barisan Nasional ketika ramai orang mempertikai pentadbiran beliau di (peringkat) pusat dan negeri-negeri yang ditadbir Barisan Nasional seperti Perak.
“Beliau berasa tidak senang hati dengan membuat penangguhan (pemilihan agung Umno 2011) ini yang sekali gus menyebabkan beliau tidak mahu menghadapi musuh-musuh partinya (Pakatan Rakyat).
“Waktu menjadi Perdana Menteri popularitinya 40 peratus, sepatutnya sekarang beliau lebih yakin kerana popularitinya dikatkan 80 peratus... mengapa perlu takut pada pembangkang,” ujar Kulasegaran ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut Ahli Parlimen Ipoh Barat itu lagi, perasaan takut itu sekali gus menggambarkan bahawa Najib sendiri tidak percaya dengan ramalan Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu BN mampu merampas satu atau dua negeri daripada Pakatan Rakyat tetapi gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum depan.
“Dr Mahathir yang macam bomoh itu kata Barisan Nasional akan bertambah baik dan mampu menang, Najib nampaknya ada masalah untuk mempercayai perkara karut itu,” ujarnya lagi.
Jelas Kulasegaran, Najib mungkin tidak yakin dengan sokongan pengundi atas pagar yang pernah menyokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 akan kembali semula kepada BN kelak.
Kali pertama Majlis Tertinggi Umno menunda pemilihan parti ialah pada 1999 sebelum pilihan raya umum tahun itu.
Untuk menghadapi pilihan raya umum lalu, Umno turut menangguhkan pemilihan agung parti itu.