Isnin, 23 Februari 2009

Baiah

" Apabila terbaca berita dalam Harakahdaily bertarikh 2009-02-23 10:22:06 yang dilaporkan oleh saudara Mohd Sabri Said yang bertajuk 'PAS ada Baiah elak lompat parti' agak terpanggil untuk merencanakan lanjut tentang pembaiatan ini. Ini disebabkan bahawa 'Baiah' adalah senjata utama yang akan meruntuhkan atau menjatuhkan sesebuah kerajaan.

Pihak PAS khususnya para alim ulama wajib menyebar luaskan pengetahuan mereka tentang baiah ini. Sesungguhnya sejarah telah mengajar kita tentang kejatuhan dan keruntuhan sesebuah kerajaan. Baiah adalah perkara yang wajib diamalkan oleh umat islam samada di peringkat pengikut dan pimpinan dalam memilih kerajaan yang memerintah.

Aspek ini perlu diterjemahkan di dalam konteks yang lebih luas kerana Pakatan Rakyat kini telah melebarkan lagi jalur pemerintahan ke lima buah negeri selepas pilihanraya ke 12 yang lalu. Jika aspek ini ditinggalkan oleh umat islam maka apa yang terjadi di Perak telahpun dapat disaksikan pada hari ini. Lebih mendukacitakan lagi ahli parlimen Pasir Mas yang mewakili PAS dalam pilihanraya yang lepas juga telah menampakan belang sebenar apabila telah menampakan rupanya yang sebenar dalam Dewan Parlimen. Sudah tentu perkara ini melibatkan baiahnya yang dibuat kepada pimpinan PAS negeri Kelantan terutamanya.

Adakah orang sebegini benar-benar berpegang pada baiahnya kepada pimpinan PAS atau sebaliknya tetapi daripada tingkahlaku dan perbuatan yang ditunjukkan menunjukkan apa yang dapat dinilai oleh ahli dan pendokong Pas khususnya. Marilah sama-sama kita mengingatkan dan menasihati semula YB Pasir Mas agar kembali berpegang kepada janjinya agar janji yang dibuat sebelum pilihanraya dapat dilaksanakan dengan penuh amanah rakyat Pasir Mas. Jika kemungkiran juga yang mewakili dirinya, jadilah apa yang telah disabdakan oleh Rasululullah SAW terhadap mereka yang suka melanggar janji. Luahan munafik yang dilisankan akan tercampak ke muka sendiri apabila apa yang diucapkan tidak disusuli dengan amalan atau perbuatan.

Kepada YB2 yang memegang amanah, berhati-hatilah dalam melakukan gerak kerja dan memimpin akhlak kerana roh dan jasad ada tuannya. Sudah pasti yang menjadi pilihan adalah mereka yang menjadi abdi kepada Tuhan Rabbul Jalil. Amin"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan