Pada peringkat ini , boleh lah dikatakan nasi sudah menjadi bubur. Malah sudah ada yang berani berkata , nasi sudah menjadi kerak dan hangit , dah tak boleh makan dah, bagi kat ayam pun tak dipatuknya.
Nak buat macam mana ???
Ini semua silap percaturan Khir Toyo dan Bahagian Perang Saraf UMNO belaka. Kena lah terima akibatnya.
Perancangan untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sudah hancur.
Siapa yang harus perlu dipersalahkan ?
Khir ?
Mat Taib ?
atau kedua – duanya ?
Imbasan
Ia nya tercetus pada 15hb febuari 2009 lepas. Disusuli dengan EXCO terbabit membuat laporan polis
Nampak macam pihak Polis agak cekap , kerana keesokan hari nya sudah ada kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed , iaitu Polis kenalpasti dalang di sebalik gambar bogel exco . itupun kalau betul suratkhabar ni.
Pada hari yang sama juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar , dari kerajaan umno telah membuat kenyataan berikut Biar polis siasat dulu kes gambar bogel exco
Katanya lagi , kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya PKR menyemak latar belakang setiap calon yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
“Saya fikir PKR dia banyak orang-orang yang bermasalah. Biar dia selesaikan masalah. Saya berpendapat dia layak membuat aduan (polis) dan kemudian polis akan siasat.
Anda mungkin fikir dalam rumah anda sendiri, gambar bogel atau apa saja, tapi anda pastikan orang ramai tidak mendapatnya,”
Nampaknya si Syed ini komen dan ulas dari sudut politik pulak. Sepatutnya dia ulas sebagai seorang menteri. Begitulah betapa tidak sabarnya puak – puak umno ni membuat satu – satu kerja.
Sementara itu kes ini dipindahkan dari Polis Selangor ke Polis Kuala Lumpur dengan dibantu oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Polis KL ambil alih siasatan gambar bogel
Tidaklah diketahui apa alasan yang munasabah dan justifikasi yang tepat mengenainya.
Hanya Ketua Polis Selangor , Ketua Polis Kuala Lumpur , Ketua Polis Negara dan juga mungkin Presiden UMNO , yang juga Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri yang tahu hal yang sebenarnya , niat yang tersirat disebalik yang tersurat.
Jangan sekali – kali membuat andai dan tanggapan yang salah mengenainya.
Menteri Besar Selangor
Sementera itu , Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berhubung isu peletakkan jawatan Elizabeth Wong sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Kerajaan Negeri berikutan tersebarnya gambar separuh bogel ADUN tersebut. Ada info lanjut dalam ini
Hasil dari pertemuan tersebut Sultan Selangor tolak campur tangan dan menyerahkan Kes Elizabeth kepada MB .
Berikut adalah kenyataan penuh DYMM Sultan Selangor
Sementara itu Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata , Sebarang keputusan untuk menerima tawaran Elizabeth Wong yang mahu melepaskan jawatan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan yang disandangnya hanya akan dibuat selepas pihak polis selesai membuat siasatan.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sehingga tempoh tersebut Elizabeth diberikan cuti
Di sinilah ‘kes’ ini memasuki fasa baru. Taktik , strategi dan modus operandi kedua – dua pihak serta percaturan – percaturan tersendiri yang akan memberikan satu pihak di hadapan dan pihak kedua terpaksa menurut saja lah.
Terbaru Polis menyatakan tidak pasti tempoh selesai siasatan kes ini .
Polis tidak dapat memastikan tempoh sebenar yang diperlukan bagi menyelesaikan siasatan kes Exco Selangor, Elizabeth Wong, kerana lelaki yang sedang dicari bagi membantu masih berada di luar negara, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
Kesilapan UMNO : Melantik Khir Toyo dan Mat Taib sebagai Pengarah Operasi Projek Eli
Kedua – dua orang ini , sekiranya benar ada desas – desus menyebut sebagai individu yang dipercayai terlibat secara langsung dalam ‘kes’ ini , tidak pun terbukti sebagai seorang pengurus atau pentadbir yang cekap , malah sebagai pakar strategi yang bagus.
Selangor , walaupun pernah diurus oleh kedua – duanya membangun dengan pesat , bukan kerana kecekapan mereka mentadbir negeri.
Malah ianya disebabkan oleh kedudukannya di Lembah Kelang , sudah tidak dapat dipilih tempat yang paling sesuai untuk kerajaan pusat menempatkan hampir 100% pelaburan asing , melainkan di situ.
Apa Sudahnya Selepas Ini
i]
Kecekapan team MB dan Pakatan Rakyat
Apa yang dapat direnung , seperti kata DSAI “semakin direnung , hati berdetik detak” , kes ini bukanlah kejadian biasa. Ianya amat luar biasa.
Mempunyai kepentingan yang bernilai tinggi kepada UMNO. Begitu juga untuk Pakatan Rakyat kini , khususnya di Selangor , ianya bagai “pucuk dicita , ulam mendatang” , mahupun juga betul seperti kata pujanga “orang mengantuk disorongkan bantal”.
Kejayaannya banyak bergantung kepada samada MB dan team Pakatan Rakyat dapat menangani nya dengan penuh berhemah atau tidak. Pokoknya di sini.
ii]
Polis dan Team UMNO
Kena lah pihak Polis menunjukkan tahap profesionalisma yang betul , sesuai dengan slogannya Cepat , Mesra dan Betul. Betul ke moto polis ni ???
Kalau selama ini , dalam hampir 100% kes , pihak polis diperalatkan sebegitu rupa oleh UMNO.
Now , sebarang keputusan yang dibuat akan memberikan implikasi yang besar kepada pihak Polis dan UMNO. MB Selangor , rakyat Selangor dan Pakatan Rakyat menunggu dengan penuh minat apa – apa saja percaturan yang sedang dibuat oleh Polis dan UMNO kini.
Kalau ada niat di hati polis , khususnya KPN untuk membersihkan nama polis , yang masih buruk dan semakin buruk ari hari ke hari , beliau boleh mengarahkan pegawai - pegawai bawahan nya mengendalikan 'kes' dengan dengan jujur , ikhlas dan penuh tanggungjawab.
Nota terakhir
Hari ini pihak polis membuat kenyataan ini pulak. Baca dalam ini
Now ia sudah dan sedang memasuki satu fasa baru. Bukan calang – calang yang boleh mengendalikannya.
Nampaknya makin menarik episode – episode berikutnya ini , kerana pihak polis mesti menyelesaikannya samada cepat atau lambat , keputusannya positif atau negative , memihak kepada umno & khir atau MB & Pakatan Rakyat , semuanya ditunggu dan dinanti dengan penuh minat
Akhirnya , ‘peristiwa’ ini yang telah dicetuskan oleh pihak – pihak tertentu ini sudah pasti akan memberikan satu impak yang sangat besar , khususnya kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor , dan juga salah satu ramuan penting yang tentu mempengaruhi kejayaan atau kegagalan untuk mengambil alih Putrajaya
Di mana Khir sekarang ni ???
Dah 3,4 hari tak nampak muka , bayang pun tak ada !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan