Jumaat, 27 Februari 2009

Karpal Diserang, Pemuda UMNO Macam Orang Utan!


" Macam Orang Utan yang tak menghormati Undang2. Selain dari memijak Perlembagaan Negeri Perak, Umno melakukan satu lagi perbuatan celaka menyerang Ahli Parlimen di Bangunan Parlimen yang merupakan simbol demokrasi Rakyat Malaysia.

Bangunan Parlimen adalah tempat Ahli Parlimen berbahas dan berhujah. Bukanya gelanggang gusti. Nyata disini Umno “Dok Ghok Chetong”. Dah tak mampu berhujah menegakkan benang2 yang dah basah. Jadi ini sahaja cara nak menunjukkan mereka masih bertenaga.

Saya bukannya nak membela Karpal dengan ucapannya terhadap Pemuda Umno, tetapi berkelakuan seperti itu di Bangunan Parlimen tidak boleh diterima.

Lepas ni kalau ada serangan jahat di Parlimen saya nak rakyat Malaysia ingat, inilah kerja jahat yang diajar oleh Umno selain daripada menjadi pembunuh syuhada’ Memali.

012290086

Umno yang dah hilang akal selepas dari kehilangan sokongan rakyat sememangnya dah tak keruan dan menjadi gila ekoran penolakkan rakyat dalam PRU 12 dan PRK yang lepas.

Oleh itu rakyat Malaysia harus berhati-hati apabila terserempak pemuda yang mengenakan logo Umno dipakaian mereka kerana mereka boleh juga bertindak kepada anda.

Anda masih ingat Samad Gul Pemuda Pas yang dikapak dikepala? haa itu angkara UMNO.

Anda masih ingat Anak dara orang yang dirogol oleh Ketua Menteri Melaka dulu? itu juga angkara Umno.

Anda masih ingat Menteri Besar yang memikul dan melarikan duit rakyat ke luar negara dan “I’m not talking English”? itu pun Umno juga dan hati2 mungkin dia akan jadi Timb Presiden Umno.

Jadi hati-hati bila anda berjalan di Pasar atau membeli belah di Pasaraya, sebab kalau bangunan Parlimen pun diceroboh oleh orang gila ini, tak pelik tempat2 biasa anda mungkin juga akan diserang.

http://www.siasahdaily.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan