"Assalamualaikum,,..
Politik negara semakin menarik dan melibatkan banyak pihak.SPR berpolitik, Polis berpolitik dan sultan juga berpolitik.Anehnya golongan ini dihalang dari terlibat dengan politik kepartian oleh undang undang dan perlembagaan negara namun oleh kerana penglibatan mereka menguntungkan parti pemerintah ianya dibenarkan.Seolah olah telah tercipta satu undang undang baru yang terlindung dan diizinkan pemerintah.Kerana itu Yang Dipertuan Agung menempelak pihak pihak ini ketika membuka sessi parlimen kelmarin.
Di tengah tengah kemelut mempertahankan kuasa parti pemerintah muncul pula isu moral seorang Exco PKR Selangor yang berkaitan gambar bogelnya yang diedarkan melalui internet.Kini isu yang konterversial ini menjadi bahan pihak pemerintah untuk mendapatkan kelebihan politik kerana gambar bogel seorang pemimpin merupakan satu kekurangan dari segi moral bagi memimpin negara atau negeri.
Oleh kerana negara kita masih merupakan negara yang mementingkan nilai kekeluargaan dan kehormatan peribadi yang tinggi maka kisah disebalik gambar bogel Elizabeth Wong ini kalau benar harus diakui sebagai kecacatan moral seorang pemimpin.Ertinya pemimpin yang cacat moral sebegini tidak layak memimpin dan membuat keputusan untuk rakyat.Untuk itu desakan agar beliau meletakkan jawatan adalah wajar.Tetapi kecacatan moral juga bukan hanya disebabkan gambar bogel dan kisah disebaliknya, kecacatan moral pemimpin juga boleh berlaku kerana tindakan meraba punggung perempuan, memeluk perempuan yang bukan mahram(bagi Muslim) dan bukan dari kalangan keluarga dari kalangan bukan Muslim, berdansa dikhalayak ramai, membiarkan isteri dipeluk cium oleh artis Bollywood dan banyak lagi perlakuan yang melanggar batas batas hukum bagi seorang Islam dan tidak senonoh bagi seorang yang bukan Islam.Kesemua kecacatan moral ini seharusnya menerima desakan yang sama seperti desakan Khir Toyol dan Azaharlina terhadap Elizabeth Wong.Oleh itu, PM, TPM dan beberapa wakil rakyat dari BN harus didesak untuk meletakkan jawatan masing masing kerana kesemua mereka terlibat dengan perlakuan yang menyebabkan kecatatan moral dan kecacatan moral sebegini tidak harus dilakukan oleh seorang yang memimpin rakyat.
Justeru, sekiranya pemimpin BN yang didapati cacat moralnya tidak mahu berundur, jangan salahkan Elizabeth Wong yang sebenarnya masih lagi mempunyai hujah mempertahankan gambar bogelnya itu sebagai pencerobohan peribadi walaupun dari sudut moral negara ianya tetap merupakan satu kecacatan moral kerana cerita disebalik gambar bogel yang diedarkan itu.Sedangkan MP yang meraba punggung langsung tidak ada hujah untuk mempertahankan tindakannya, begitu juga perlakuan memeluk perempuan oleh PM serta MB Johor(yang kebetulan juga MP).Tindakan TPM membiarkan hero hindustan mencium bininya juga tidak mampu dipertahankan dari sudut hukum agama dan moral.
Pendek kata kalau kesemua MP dan ADUN yang cacat moralnya ini diminta meletakkan jawatan bersama sama Elizabeth Wong, maka hampir pasti kerajaan BN di Pusat dan di kebanyakan negeri akan tumbang.Khir Toyol dan Azaharlina sendiri mungkin juga ada kecacatan moral yang memungkinkan pula mereka meletakkan jawatan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan