Rabu, 18 Februari 2009

Kronologi Peristiwa Besar 2009 hingga 2020!

" Artikel ini meramalkan senario politik Malaysia dari tahun 2009 hingga PRU berikutnya dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti reaksi balas UMNO apabila kalah pilihanraya dan ancaman-ancaman yang akan dihadapi oleh Pakatan Rakyat. Bukan meramal nasib tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Setiap tahun disertakan dengan kejadian besar tahun tersebut.

2009: Najib menjadi PM pertama di Malaysia yang perlantikannya disambut dengan demontrasi lebih 500,000 rakyat yang membantah perlantikannya! Sebahagian kepimpinan DAP dimasukkan ke dalam ISA diketuai oleh Karpal dan familinya. Ekonomi Perak lumpuh sepanjang tahun berikutan krisis politik yang berterusan. Kemuncak krisis ialah apabila majoriti pegawai enggan bekerja sebagai tanda protes ke atas kerajaan haram Perak. Berikutan ekonomi Perak yang lumpuh sepenuhnya, pilihanraya DUN akhirnya terpaksa diadakan juga untuk memulihkan keadaan. Calon-calon UMNO hilang wang pertaruhan. KJ menjadi Ketua Pemuda UMNO.

2010: Usaha Pakatan Rakyat untuk memujuk UMNO agar bersama-sama membincangkan kaedah mengatasi kesan kemelut ekonomi global gagal untuk kesekian kalinya. Ekonomi Malaysia semakin lumpuh kerana projek-projek terus diberikan kepada syarikat kroni yang tidak layak. Demontrasi jalanan berleluasa berikutan pemberhentian ramai pekerja. Dalam usaha terdesak menyelamatkan ekonomi, Pakatan Rakyat membuat Think Tanks yang terdiri dari cerdik pandai ekonomi dari seluruh negara dan mengumumkan Belanjawan Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang menggariskan kaedah-kaedah dan perancangan negeri-negeri Pakatan. UMNO enggan menirunya kerana berkeras hendak mempertahankan kroni.

2011: Utusan dan akhbar-akhbar UMNO terus memainkan isu perkauman secara melampau. Karpal yang berada di dalam ISA dibebaskan secara tiba-tiba lalu mengetuai MIC. DAP dibawah Lim Guan Eng pula semakin kuat.

2012: UMNO cuba mencetuskan provokasi lagi di Kedah dengan menangkap ADUN-ADUN. Ramai ADUN yang letak jawatan berikutan ancaman bunuh dan culik berterusan oleh UMNO. Pilihanraya ditangguhkan berikutan huru-hara.

2013: Pilihanraya. UMNO menang besar dan calon-calon Pakatan Rakyat hampir kesemuanya hilang wang pertaruhan. Dakwaan berlakunya penipuan oleh SPR yang disertai dengan bukti-bukti kukuh khususnya rakaman klip panas Skandal SPR membawa kepada demontrasi terbesar dalam sejarah. Rakaman tersebut mengandungi klip video yang menunjukkan perancangan SPR dan UMNO untuk menipu pilihanraya. Rusuhan berdarah berterusan.

Pilihanraya semula dibuat dan Pakatan Rakyat menang besar.

2014: KJ, Pak Lah, Najib, Zombie, dan ketua-ketua UMNO lain dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai skandal dan korupsi. Anwar yang menjadi PM mengumumkan usul untuk mengehadkan tempoh masa menjadi PM kepada dua penggal sahaja seperti di Eropah untuk mengelakkan mana-mana pemimpin dari menjadi terlalu berkuasa.

2015: Tun Mahathir meminta maaf kepada Anwar kerana memfitnahnya dan Anwar memaafkan Tun Mahathir. Tun Mahathir masuk PAS atas ajakan Tok Guru Nik Aziz.

2016: UMNO diistiharkan sebagai pertubuhan haram buat kali kedua apabila mahkamah dapati wujud anasir-anasir dalam UMNO yang cuba menumbangkan kerajaan secara militan dan dengan menggunakan tentera. Ekonomi Malaysia berkembang pesat dibawah Pakatan Rakyat.

2020: Wawasan 2020 tercapai dan Malaysia berjaya mengatasi Singapura dan negara-negara Asia lain dalam ekonomi dan bidang-bidang lain. UMNO secara rasminya sudah berada dalam muzium...

Heh. sekadar ramalan... jangan marahhh...."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan