Khamis, 26 Februari 2009

Orang Asli Gopeng Kembali Kecoh..

Gopeng:-Setelah berlakunya Rampasan Kuasa ke atas Pakatan Rakyat,maka segala projek yang mementingkan taukeh-taikeh besar dulunya di berhentikan oleh kerajaan PR akan diteruskan semula.

Perkara ini berlaku apabila kawasan pembalakan di sekitar Gopeng sejumlah 200 hektar yang penebangan balaknya diberhentikan oleh kerajaan PR kerana merosakkan penempatan orang asli dan pencemaran sungai yang teruk suatu ketika dulu telah mula menampakkan kehadiran semula taukeh-taukeh besar melawat dan memerhatikan kawasan-kawasan sekitar tempat mereka
tinggal, keadaan ini menyebabkan penduduk Asli kembali kecoh dan tidak berpuashati dengan situasi baru yang telah dijadualkan oleh Kerajaan Haram BN. petikan dari blog - http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

Mungkin Teymolli Subramaniam tv3 boleh datang kembali meredah hutan di Gopeng dan melihat sendiri kenyataan diatas kerana beliau pernah membuat laporan yang tersiar di buletin utama tidak lama dulu. Atau tidak mahu terlibat kerana takutkan umno.
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan