Isnin, 23 Februari 2009

Pakatan Rakyat Perlu Ambil Posisi Penyerang

" Realiti yang perlu diakui , keadaan umno yang sangat lemah kini ,selepas ditolak rakyat dalam PRU12 , PRK P44 dan PRK 36 , menjadi bertambah lemah hari ini selepas rampasan kuasa di Perak. Ia bertentangan dengan harapan najib , dengan cita – citanya moral dan imejnya kembali pulih hanyalah satu mimpi ngeri sahaja.

Apa Yang Najib Buat Di Sarawak ?

Ada teman prof yang menjadi pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi di sana memaklumkan ada desas desus di kalangan ahli politik dan professional , yang cepat menghidu tujuan najib di sana. Menurutnya lagi , ini mengikut cerapan beliau di sekitar Kuching , dan beberapa lokasii lain , terdapat khabar berita menyatakan , besar kemungkinan pilihanraya PRU 13 akan terpaksa diadakan lebih awal , bersama – sama dengan negeri Sarawak tahun 2010 , dari tarikh sepatutnya 2011.

Ini berikutan terdapatnya sambutan hebat rakyat bumi kenyalang terhadap kempen Pakatan Rakyat di hampir seluruh Sarawak sekarang ini.

Kunjungan najib minggu lepas lebih kepada untuk mendapatkan laporan tepat sentiment rakyat Sarawak , ekoran dari gerak kerja DSAI yang dilantik memimpin negeri , dalam usaha menawannya tahun hadapan.
Najib Boleh Sivarasah & Gobalakrishnan Tidak Boleh

Najib , walaupun bukan bermastautin Sarawak dibenarkan bebas keluar masuk , tetapi Sivarasah dan Gobalakrishnan tidak dibenarkan masuk

Apa – apa pun , ianya banyak bergantung kepada PRK P59 dan N25 pada 7hb April nanti. Tetapi kalau mengikut laporan siasatan di peringkat bawah, laproan cawangan khas cukup menggusarkan sekalian pemimpin umno. Tewas sudah tentu. Ini adalah kepercayaan umno kini.

Dengan ikhtiar terakhir , sebelum menyerah kalah , bagi masa untuk PRK P59/N25 yang telah diperpanjangkan hingga ke saat akhir , iaitu kira – kira 3 , 4 hari sebelum tamat tempoh masa dikehendaki , hanyalah sebuah harapan kosong sahaja.
Inilah Peluang Terakhir !!!

Tidak lah diketahui secara tepat apa yang umno akan buat dalam tempoh yang panjang ini. Namun kebiasaannya , yang sudah dapat diteka oleh rakyat ialah , masa ini sedang dan akan diisi dengan merancang pelbagai bentuk penipuan , atau boleh juga dikatakan ‘strategi’ untuk menang , itupun sekiranya masih ada bisanya.

Cuma , yang banyak diperkatakan ialah , umno akan menang dengan kaedah memasukkan pengundi hantu. Inilah kepercayaan rakyat Malaysia kini. Jadi tempoh 2 bulan ini , JPN dan SPR mungkin akan beroperasi 24 jam sehari , kalau di P36 dulu , JPN dibuka sehingga jam 12 tengah malam , bagi menyusun , memasukkan dan mendaftar pengundi – pengundi hantu , yang akan turut serta pada 7hb April.

Bagaimana untuk menangani pengundi hantu , prof ada satu artikel untuknya.
Gunakan Taktik Dan Strategi Ampuh

Ini lah sedikit sebanyak gambaran yang dapat ditelaah , bersumberkan kepada beberapa punca , benar sekali keadaan umno begitu kritikal dan acute.

Kalau benar lah seperti dikatakan TGHH , TGNA , DSAI , LGE , LKS dan lain – lain , iaitu musuh bersama Pakatan Rakyat ialah umno , iaitu ‘tunjang’ kepada BN , maka dengan struktur utama yang sudah uzur benar , inilah saat keemasan untuk umno direhatkan dari arus politik tanahair , sudah penat rupa umno menabur jasa , biarlah dia berehat untuk seketika , atau pun selama – lamanya terpulang dan bergantung kepada rakyat semua.
Bagaimanakah Caranya ?

Ramai percaya , hanya rakyat yang berkuasa menentukan umno akan terus dibenarkan hidup atau dimatikan , paling awalnya dalam PRU13 nanti , selain dari ianya bertepatan dengan takdir Ilahi.

Sangat jelas bagaimana rakyat memanfaatkan kuasa SATU undi yang ada pada setiap rakyat yang layak , terbukti dengan seluruh jentera dan kekuatan umno/bn , terutama yang paling ditakuti iaitu 3M – MONEY , MEDIA & MACHINERY , begitu mudah ditewaskan dalam PRK P36 lalu.
Posisi Penyerang

Inilah masa terbaik untuk Pakatan Rakyat mengambil posisi penyerang bagi menambahkan sebanyak gol.

Bagaimana dalam satu pasukan bola sepak , posisi penyerang menjadi rebutan , bukan saja harga yang ditawarkan kepada seorang pemain cukup lumayan , malah no pemain tersebut adalah menajdi rebutan. Lihat saja kepada Kaka , penyerang Intermilan ditawarkan dengan harga $100 juta , kurang lebih RM600 juta oleh Manchester City. Lumayan sekali.

Watak seorang penyerang , seperti Christian Ronaldo , Kaka , Ronaldinho , David Beckham Berjaya mewujudkan satu pasukan yang hebat , menarik sokongan padu peminat – peminat dan wewujudkan satu industry yang besar.

Begitu jugalah dengan peluang terhidang kepada Pakatan Rakyat kini. Inilah peuang terbaik yang telah dirintis oleh DSAI sejak 10 tahun lalu , bermula 1998 dengan era reformasi , rakyat sudah dibukakan minda , diisi dengan ilmu dan maklumat , rasanya sudah cukup untuk pemimpin – pemimpin utama mengambil posisi penyerang , menghargai sokongan padu rakyat selama ini
Apa Yang Perlu Dilakukan ?

i.
Dedahkan Dokumen – Dokumen Rasmi Penyelewengan

Rakyat harus perlu diberitahu secara hitam putih segala bukti penyelewengan kerajaan terdahulu , seperti di Kelantan , Pulau Pinang , Kedah dan Selangor , kecuali Perak sudah terlepas

Semua dokumen – dokumen ini hendaklah dicetak dan diedarkan ke seluruh Negara , setelah dibuang klasifikasi ‘SULIT’


ii.
Kes Rasuah

Semua salinan laporan polis bagi kes – kes rasuah yang melibatkan pemimpin – pemimpin umno khususnya dan bn amnya perlu di‘compile’ , edit , cetak dan edar. Rakyat , kebanyakannya hanya tahu melalui tajuk , atau kulit sahaja , tetapi tidak isinya. Elok sangat dan menjadi kewajipan , kerana sudah sampai ke peringkat yang amat parah , mendedahkan secara terperinci segala butiran satu persatu.
iii.
Blog Pemimpin


Ada baiknya kalau pemimpin – pemimpin utama Pakatan Rakyat , di peringkat pusat dan negeri membuat sesuatu dengan blog – blog peribadi masing – masing.

Alangkah eloknya kalau dapat di’up date’kan , setiap hari , paling teruk pun seminggu sekali. Tak baik kalau dibiarkan berabuk dan berdebu macam tu

Kalau belum ada lagi blog , disyorkan supaya segera develop , kalau dapat set up sendiri lagi bagus , kalau tidak tu intai – intai lah orang sekeliling

Prof perhatikan , blog Anwar antara yang paling aktif , kata orang ‘daily up date’ , ada saja isu walaupun ‘half page’ saja , tak perlu banyak dan panjang berjela – jela , rakyat Cuma nak tau pemimpin – pemimpin ni ‘aware’ dan ‘up date’ tak minda dan ‘knowledge’ serta ambil tahu tak isu – isu semasa dalam dan luar negeri , mencakupi semua disiplin.

Pemimpin – pemimpin harus maklum , tidak semua rakyat dapat menghadirkan diri dalam setiap ceramah , dan kadang kala tu tertinggal info dan maklumat juga. Jadi dengan adanya blog ni , liputannya tidak terhad , maka at least boleh lah dapat dilayari ‘at any time’ dan ‘any where’.

Atau , pemimpin – pemimpin Pakatan Rakyat dok sibuk tengah kejar projek juga , sama dan serupa dengan kawan – kawan daripada umno. Tak ada masa nak pikir hal dan masaalah semasa yang berlingkar membelit rakyat.


Sebenarnya semua kaedah , strategi , ramuan , formula dan pendekatan sudah ada dalam fikrian setiap pemimpin Pakatan Rakyat. Cuma ternampak seolah – olah semuanya terlalu berhati – hati dan menyimpannya terlalu lama sebelum digunakan.

Masa separuh masa pertama sudah hampir tamat , tenaga setiap pemain sudah , Cuma dikhuatiri separuh masa kedua menjelang PRU13 nanti , team Pakatan Rakyat akan hilang tenaga bagi mengejar Najib yang akan mengambil alih teraju
Tolong Bantu Pulihkan Umno

Sebaliknya , sekiranya rakyat masih ada rasa ihsan dan simpati kepada umno , maka pendekatan untuk memulihkannya perlu disegerakan. Mungkin ada diantara kita yang masih berfikiran positif , kenapa harus dibiarkan umno terus lemah , dan akhirnya mati ?

Tidak adakah sedikit kah jasa umno kepada rakyat , agama , bangsa dan Negara ?

Tidak bolehkah dimaafkan segala kesilapan , kesalahan dan salah laku umno selama ini ?

Bukankah tidak harus dipersalahkan kepada umno sepenuhnya , wal hal dalam masa yang sama pemimpin – pemimpinnya tidak dipertanggungjawabkan langsung ?
Rumusan

Ini adalah peluang terbaik untuk Pakatan Rakyat.

Rakyat sudah tidak mahu mendengar apa – apa alasan lagi dari pemimpin – pemimpin Pakatan Rakyat untuk masih berbaik sangka dengan umno/bn , sesudah jelas kes di Perak , bagaimana politk menghalakan caranya tidak memungkinkannya mahu berubah.

Dan sudah sangat jelas , kaedah dan pendekatan umno/bn ini tidak perlu mengenal erti budi , bahasa dan budaya serta akal budi , semuanya berprinsipkan nafsu dan hawa sahaja.

Ambil lah peluang , rebutlah saat umno sudah cukup parah ini , untuk nanti menyediakan politik baru yang lebih adil , demokratik dan bertamadun
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan