(Bulan Penuh 2012) - Puluhan Pemuda dari parti perkauman Thoghut UMNO menyambut bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dengan cara tersendiri di bangunan Parlimen. Yang pasti, kaedah ini tidak pernah dijumpai dalam sejarah semasa Abu Jahal dan Abu Lahab masih hidup.
Ketika Karpal Singh men'celaka'kan Pemuda Umno di Dewan Rakyat, saya tertunggu-tunggu juga untuk melihat golongan yang celaka itu muncul. Makbul juga harapan apabila sekonyong-konyong Karpal Singh dikepung oleh kira-kira 30 Pemuda Thoghut Umno yang mengaku 'CELAKA'. Yang paling celaka rupanya dari Gombak dan PJ.
Adakah ini bermaksud Pemuda-pemuda Thoghut Umno dari bahagian-bahagian lain di Malaysia tidak mengaku celaka? Harap semuanya keluar mencari Karpal Singh dan melaung-laungkan 'maruah diri' mereka. Senanglah rakyat nak mengenal golongan yang 'celaka' dalam politik Malaysia.
Saya orang lama, banyak sudah saya saksi dan dengar mengenai keganasan puak-puak celaka ini zaman-berzaman. Apakah selepas ini pemuda-pemuda celaka dari parti thoghut UMNO akan melakukan pembunuhan demi menyelamatkan kuasa politik yang sedang terlorot dari tangan mereka? Adakah mereka akan mengganas sebagaimana bapak-bapak dan datok-datok mereka dahulu atas nama gerak gempur? Satu pembunuhan akan berlaku di Parlimen?
Speaker Dewan Negara kata mereka ini BODOH dan TIDAK BERTAMADUN. - Anak Bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan