Sabtu, 28 Februari 2009
Pemuda UMNO tak boleh tahan kena provoke
" Pemuda UMNO tidak dapat mengawal kemarahan akibat diprovokasi oleh Karpal Singh dengan perkataan Karpal yang menghina Pemuda UMNO dengan memberi gelaran seperti "celaka", "gangster" dan "mafia" menurut Dato' Hishamudin mengenai peristiwa Karpal Singh diserang di perkarangan Parlimen semalam.
"Apa yg berlaku semalam membuktikan (apa yang boleh berlaku) bila emosi kemarahan tak dapat dibendung, dan dalam keadaan seperti itu lebih mudah untuk membakar semangat supaya semuanya huru hara, daripada membendung keadaan," katanya kepada kepada pemberita selepas mendengar ucapan bertajuk "Belia untuk Keamanan Dunia" oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah di Persidangan Belia Antarabangsa mengenai Keganasan di sini.
Semalam perkarangan bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan Pemuda Umno berhimpun untuk menuntut anggota Parlimen Bukit Gelugor itu memohon maaf kerana menggunakan perkataan "celaka" terhadap mereka pada satu perbahasan persidangan Dewan Rakyat, keadaan bertambah kecoh apabila beberapa orang Anggota Parlimen masuk campur, membawa kepada insiden tolak menolak sesama mereka.
Biasalah nama pun Pemuda, "tak boleh tahan". Bayangkan kalau pemuda dari PAS yang membuat begitu kepada Ahli Parlimen BN....confirm 15 minit pertama di Buletin Pertama TV3 beserta ulasan-ulasan hebat dari penganalisis politik dan menjadi headline di Berita Harian dan Utusan.
Sebelum ini Karpal Singh menuduh Pemuda UMNO bertanggungjawab terhadap surat ugutan bersama dua butir peluru yang ditujukan kepadanya. Karpal Singh ni pun jangan main tuduh-tuduh. Walau pun Pemuda UMNO yang menyokong kuat PPSMI akan tetapi mengikut juga perumpamaan Bahasa Melayu “Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan BINASA”.
Apakah Pemuda UMNO yang menyerang dengan fizikal yang akan diambil tindakan atau Karpal Singh yang lemah fizikal tetapi menyerang menggunakan mulut laser itu pula akan dikena tindakan?
Akibat tindakan Pemuda UMNO yang tidak dapat bertahan tersebut memberi kesan secara tidak langsung kepada BN. Tak pasal-pasal menambahkan lagi modal Pakatan Rakyat dalam kempen dan pilihanraya 2 bukit yang tak lama lagi.Huhu..
Politik Malaysia semakin huru hara, ibarat pilihanraya sepanjang tahun. Dah memang orang politik, kerjanya pun full time berpolitik. Hari ini orang belah sana cakap macam tu salah, esok lusa dia buat perkara yang sama. Begitu juga orang yang di sebelah sini. Jangan sampai sibuk berpolitik sampaikan masalah rakyat yang diwakili di letak prioriti no 11 dah la.
Untuk kita orang biasa ni, isu-isu hangat politik ni cukuplah sekadar lihat , dengar dan gelak-gelak dah la. Kerja macam biasa. Bak kata Melodi "tingkatkan produktiviti kurangkan kontroversi". Sekarang ni ekonomi tak menentu, kalau kena buang kerja sendrik tanggunglah. Diaorang sibuk berpolitik.
Jangan sampai jadi macam Thailand dah la. Orang ni menang yang lagi satu tunjuk perasaan, yang lagi sebelah menang yang lagi satu tunjuk perasaan. Semua kerja tak menjadi. Yang jadi mangsa - rakyat juga.
http://isuhangat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan