Rabu, 25 Februari 2009

Perhimpunan Agung UMNO 09; Haram, UMNO diharamkan


Jang,
Tajuk di atas sepertinya tidak masuk akal anda ?

Inilah yang akan berlaku kelak, apabila kumpulan yang kalah akan membuat laporan polis dengan dakwaan ada cawangan sekian-sekian menjalankan mesyuarat agungnya tidak mencukupi korum, atau apa-apa kesalahan ikut perlembagaan parti, tapi dijalankan juga. Orang ini berani menjalankan mesyuarat cawangan, sobab dio tahu tak ado sapo yang berani dengan umno.


Dan, mereka telah menjadi perwakilan haram di bahagian, yang dengan sendirinya mesyuarat agung bahagian menjadi haram. Seterusnya, bahagian haram berkenaan telah menghantar perwakilannya ke perhimpunan agung, dan dengan sendirinya perhimpunan agung umno 2009 akan datang, terbatal dengan sendirinya, MAKO HARAMLAH UMNO (BARU).

Senario di atas sebiji macam yang telah pernah berlaku tahun ’88, di mana laporan telah dibuat oleh kumpulan sebelas, dan mahkamah mendapati ia ada prima facie, maka terbatallah umno (lamo) ketika itu, selanjutnya semua tahu dah apa yang berlaku, den ngingatkan kau jo Jang, kok lah, kok lupo kau,sobab dah lamo amek, dah 20 tahun

Sepengetahuan saya, sebahagian besar mesyuarat cawangan pemuda/puteri tak cukup korum di nogori Jang, di tempat lain sudah tentu lebih, sobab kek nogori karat de dah lopeh ka dalam, tak maun nak riper-riper laie, nak jual bosi burukpun orang tak nak boli.

Apakah yang akan berlaku jika umno haram ?, agak-agak den lah Jang, cam nie senario de :

1 Keputusan mahkamah diumumkan sudah hampir-hampir pukul 5. 00 ptg, hari Jumaat.

2 Polis keluarkan amaran melalui seluruh saluran media, dan diulang-ulang bahawa semua perhimpunan-perhimpunan (umno) diharamkan. Mako menikuih lah bekas-bekas orang umno, sobab somo de penakut Jang, lagipun dio tahu tak boleh nak cari makan laie. Semua yang mengaku-ngaku pejuang agama, bangsa dan negara selama ini, duduk diam-diam di rumah, takut kono cokup.

3 Najib, maso tu nak ikut arahan polis, tapi rosmah cakap “bangang koh apo, kok tak kau jadi pm, berarak kito masuk jel, kau nak ka dalam koh apo ?”, mako menikuih lah Najib. Beliau cuba mengerahkan massa yang ramai berada di rumahnya untuk demo (macam nuar kono pocek marenlah Jang, kan ramai orang kek umah nuar). Ketua dia Korih Telanjang, tapi polis maso tu dah tak takut kek umno dah, sobab Agung dah warning. Lagipun dalam dunio nie mano ado orang takut kek bangkai Jang, botul tak. Tapi, najib cubo gak sobab takut dengan rosmah, mako dengan itu ka dalamlah Najib dan Hishamudin.

3 Bermula pukul 5.00 ptg tu, semua YB umno adalah YB bebas. Maka, berpusu-pusulah YB-YB Bebas ni beratur di rumah DSAI dan rumah TG Hadi, nak masuk PKR dan PAS. Kau tahu tak Jang, KJ Boruk paling dopan sekali beratur de kek umah Nuar, lopeh tu Brahim Ali lak, sodang atur-atur orang beratur kek umah TG Hadi, yang lain tu kau fikirlah sendiri Jang.

4 Pukul 9.00 mlm Sabtu tu, Pakatan Rakyat telah balebih-lebih MP untuk tubuh kerajaan baru. Majlis Kepresidenan PR menghadap Agung malam tu juga. Pukul 10.00 mlm, Agung bertitah yang disiarkan oleh semua saluran tv bahawa baginda telah memberi kepercayaan kepada DSAI untuk menubuhkan kerajaan baru. Di awal ucapan baginda, baginda bertitah bahawa yang ditunggu selama ini telah tiba, dan rakyat diminta bertenang. Somo lombu-lombu bokeh umno dinasihatkan untuk tidak meruntuntali (buek kecoh lah), duduk ontok-ontok kek kandang masing-masing.

5. Begitulah lebih kurang senario yang akan terjadi selepas perhimpunan agung umno akan datang, setuju tak Jang ???. Kok tak setuju, kau buek lah pulak sendiri, nak den donga lak Jang.

TUTUH SAMPAI MONANG JANG.

"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan