" Pada saat ini banyak isu hangat yang mempengaruhi ketenteraman dan keadamaian orang awam. Antaranya rasuah, penyalahgunaan kuasa, hubungan antara kaum dan agama, keadilan mahkamah, pilihan raya dan kemelesetan ekonomi. Sehubungan itu, saya percaya beberapa peringatan Allah yang diperturunkan ini, boleh dijadikan panduan bagi menangangi isu-isu tersebut dengan cekap, adil dan berkesan.
Berkenaan dengan hubungan antara rakyat dan pemimpin, Allah mengingatkan sebagaimana firman-Nya dalam Surah An-Nisaa, Ayat 58, yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasullullah dan kepada "Uli'l-Amri', iaitu orang yang berkuasa daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Al-Quran dan Sunnah -- jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu, lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya."
Berkenaan dengan usaha melaksanakan tugas yang diamanahkan, Allah mengingatkan sebagaimana firman-Nya dalam Surah An-Nisaa, Ayat 58, yang bermaksud; "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat."
Berkenaan dengan rasuah, Allah mengingatkan kita sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Baqarah, Ayat 188, yang bermaksud, "Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang lain di anatara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya."
Berkenaan dengan tindak tanduk melaksanakan tugas kehakiman dan kesaksian, Allah mengingatkan sebagaimana firman-Nya dalam Surah An-Nisaa, Ayat 135, yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi yang menerangkan kebenaran kerana Allah, sekalipun terhadap diri sendiri atau ibu bapa dan kamum kerabat kamu. Kalaulah orang yang didakwa itu kaya atau miskin maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa kepada dua pihak berkenaan. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng daripada keadilan. Dan jika kamu memutarbelitkan keterangan ataupun enggan daripada menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam terhadap apa yang kamu lakukan."
Tentang usaha menegakkan keadilan ini, Allah seterusnya berfirman dalam Surah Al-Maidah, Ayat 8, yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menengakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa sahaja kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam terhadap apa yang kamu lakukan."
Namun begitu, Allah mengingatkan kita dalam hal berkawan dengan golongan munafik atau golongan kafir. Allah berfirman dalam Surah An-Nisaa, Ayat 142, yang bermaksud: "Sesungguhnya orangmunafik itu melakukan tipu daya terhadap agama Allah dengan perbuatan pura-pura beriman sedangkan mereka kafir pada batinnya, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka hanya bertujuan ria' kepada manusia supaya disangka mereka orang yang beriman, dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali atau jarang-jarang."
Tentang persahabatan dengan orang kafir, Allah mengingatkan kita sebagaimana firman-Nya dalam Surah An-Nisaa, Ayat 143, yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk menyeksa kamu?"
Dalam hal mengeluarkan kata-kata pula, Allah mengengatkan sebagaimana firman-Nya dalam syarh An-Nisaa, ayat 148, yang bermaksud: "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang untuk mendedahkan kejahatan orang, kecuali oleh orang yang dianiayakan (kerana orang yang dianiayakan tidaklah salah jika dia mendedahkan kejahatan orang yang berlaku zalim terhadapnya untuk mendapat pembelaan). Dan ingatlah, Allah sentiasa Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Wallahuaklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan