" Adalah sangat menyedihkan bila kita sebagai pemegang amanah menyalahgunakan amanah atasa nama agama..kita menjadikan agama sebagai lubuk duit..banyak fitnah tercalit pada sekolah agama rakyat berhubung isu amanah,duit,zakat dan sbgnya.
Kita mengakui bahawa terdapat banyak kelemahan dalam SAR namun sebenarnya kelemahan itulah menjadi jati yang utuh dan kelebihan pada SAR..bila kita dipandang lemah kita akan terus tabah tapi bila kita dipandang gah kita khuatir akan kealpaan..
Sekolah haruslah dibentuk atas dasar tanggungjawab,amanah,kejujuran dan keikhlasan..perjalanan dan pentadbiran sekolah haruslah telus dibawah permuafakatan syura didalam mesyuarat bukan dengan keputusan individu yang dipengaruhi oleh nafsu dan akal semata2 apatah lagi disaluti dengan warna ketakburan dan kegoaan,menggunakan kuasa veto menentukan dasar sekolah dan susun atur guru dan murid .
Apakah layak kita digelar sebagai pemimpin sedangkan kita tidak dapat menerima pandangan khalayak dan menganggap pandangan kita yang patut dipatuhi?
Apakah layak kita digelar sebagai pimpinan jika kita selalu menyalahkan orang lain tapa usul periksa?
Apakah wajar kita dimuliakan sebagai seorang pemimpin jika kita tidak menjaga hati anak buah dan menjatuhkan maruah mereka?
Kritikan sinis ini adalah sebagai muhasabah agar kita kembali berpegang dasar Al-Quran dan Hadis agar AMANAH yang kita tanggung dapat dilaksanakan dengan cara diredhai Allah..
MEMPERJUANGANKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT adalah suatu usaha yang murni yang haru didukung oleh semua pihak..SAR tidak lagi patut dilihat terpinggir dari arus perdana dunia pendidikan..apatah lagi SAR diKedah yang berbaki lebih kurang 12 buah sahaja..adakah kita mampu menyediakan yang terbaik untuk anak -anak bangsa kita yang terpinggir itu?
CUKUPLAH dengan isu penyalahgunaan WANG DERMA DAN ZAKAT.duit itu harus digunakan dengan penuh amanah walupun sesen.Pastikan yang berhak mendapatkan haknya..kita menerima bantuan zakat dan derma tetapi masih ada anak- anak yang merungut kekurangan..
Kita ada wang tetapi perlaksanaan program terbantut dek kerana tiada peruntukan..
Kita ada idea dan gagasan tetapi terbeku dek kerana TERHALANG OLEH KUASA VETO ATAU kuasa yang disalahguna..
Kita ada kakitangan yang patut dijaga perasaanya kerana mereka ada HATI dan PERASAAN..
MUNGKIN TULISAN DIATAS AGAK SAMAR DAN TIDAK NAMPAK OBJEKTIF DAN SASARAN..TETAPI INILAH LUAHAN ISI HATI SEORANG YANG KERDIL BERADA DI SAR...
YA -ALLAH KAMI INSAN YANG LEMAH DAN ENGKAU MAHA BERKUASA..KAMI JAHIL DAN ENGKAU MAHA MENGETAHUI..BERIKANLAH KAMI HIDAYAH DAN KEKUATAN..MEMPERTAHANKAN MADARASAH ISLAMIAH DIATAS MUKA BUMIMU..
http://seridihati.blogspot.com/"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan