Rabu, 18 Februari 2009

Pimpinan Muslimat PAS Beri Sokongan Moral kepada Elizabeth Wong

Sementara itu Ustazah Nuridah Mohd Salleh menegaskan perkara yang menimpa Elizabeth itu menjelaskan, BN sebenarnya tidak mampu untuk menerima kekalahan mereka dalam pilihan raya di mana-mana negeri.

Beliau berkata, pimpinan BN akan cuba sedaya upaya mencari berbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana.

"Saya mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat berharap seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat akan terus bersiap sedia kerana mungkin banyak lagi akan mereka lakukan terhadap kita," katanya yang terharu dengan kejadian menimpa Elizabeth.

Beliau yang mengenali Elizabeth dan sama-sama berada dalam Gerakan Mansuhkan ISA amat menghormati keputusan dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti KeADILan untuk menentukan sikap seterusnya.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh memeluk erat Elizabeth Wong (gambar ehsan Siasahdaily)

"Saya berharap rakyat akan terus memberikan sokongan yang padu sehingga Umno-BN tumbang daripada menjadi pemerintah negara," tegasnya.

Tambah Nuridah, BN sudah terlalu lama dan mereka sebenarnya sudah tidak berupaya untuk meneruskan agenda rakyat sebab itu mereka melakukan apa cara bagi memastikan harapan berterusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan