Khamis, 26 Februari 2009

SPRM hina institusi DUN


Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar berkata, beliau melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasatnya walaupun segala tindakannya sebagai Speaker Dewan dibuat secara sah.


"Saya amat kecewa dengan tindakan SPRM ini. Saya rasa tindakan mereka ini adalah satu penghinaan kepada institusi DUN dan sememangnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku," katanya selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai SPRM di Kediaman Rasmi Menteri Besar semalam.

Jumaat lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata Suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN berkuatkuasa serta merta.

Sivakumar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh berkata sebagai Speaker, beliau cuma menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada, dan menurutnya "tetapi nampaknya saya pula yang disoal siasat".

Bagaimanapun menurutnya beliau yakin telah memberi kerjasama penuh dengan memberi keterangan kepada dua pegawai SPRM dari Ibupejabat di Putrajaya selama kira-kira dua jam, bermula dari pukul 6 petang.

Sivakumar seterusnya berkata siasatan itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam negara dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman - http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/ [sumber BERNAMA]

[PANGLIMA HITAM: Jika begini lagaknya kaedah digunapakai SPRM, maka tidak hairanlah agensi pencegahan akan terus dipandang hina dikalangan rakyat jelata walaupun ia sudah bertukar nama dan peranannya semakin besar. Cuma yang menjadi kemusykilan sekarang, berapa banyak aduan berhubung kes rasuah melibatkan ahli-ahli politik BN dan status siasatan yang dijalankan oleh SPRM misalnya kes seorang Datuk yang ditahan sebuah bandar di Pahang padahal jika sesuatu kes itu menyentuh pemimpin Pakatan, sesuatu siasatan terus dilakukan segera dan menghebahkan kepada orang ramai tanpa memberi ruang kepada yang dituduh membuat pembelaan. Ingatlah...Allah s.w.t sentiasa melihat segala tindakan kita di muka bumi ini]
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan