Sabtu, 28 Februari 2009

Takhta kekal di tangan rakyat


" Elok kita memiliki buku ni yang disusun oleh Abu Bakar Hamzah

Petikan dari buku tersebut:
1. orang yang bertanggungjawab kepada allah di yaumil masyar nanti ialah alim ulamak yang tugasnya memberi nasihat kepada takhta dan istana. tetapi gagal menjalankan tugasnya dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya semata-mata kerana gaji dan kedudukan - sultan azlan shah.



2. ``...bagaimanapun kedudukan ini telah bertukar apabila kerajaan barisan nasional membuat pindaan perlembagaan yang menyenyuh tentang kuasa seri paduka baginda yang dipertuan agong dan duli2 yang maha mulia raja raja melayu. dalam usaha meminda perlembagaan itu pehak bn telah mengadakan pelbagai rapat umum diseluruh negara untuk mempengaruhi rakyat untuk menyokong pindaan tersebut ... - antara istana dan politik (watan 8.11/90/4)

3. "kalau rakyat yakin dan tahu apa yg diperkatakan mereka wajar berbuat demikian tanpa rasa bimbang dan takut. apa yg dilarang perlembagaan ialah jika seseorang cuba menghapuskan sistem raja berlembagaan yg diamalkan dinegara ini" - tidak salah tegur raja: (allahyarham tun ghafar baba (berita harian 10.11.91/1)

4. 4 resolusi mengenai istana - 10.11.91
* menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yg telah diluluskan kepada raja secara langsung atau melalui Kapitan Cina.
* meminta presiden umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana exco atau wakil rakyat yg hipokrit dan bermuka-muka yg terlibat menghasut raja-raja untuk kepentingan diri sendiri
* meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik menteri besar, ahli mesyuarat kerajaan negeri, setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah
* supaya perhimpunan agung umno memberi mandat penuh kepada datuk seri dr mahathir dalam menghadapi dan mengatasi isu raja-raja ini secara umumnya sama ada menerusi pindaan perlembagaan dan segala langkah yang perlu --- ms 99

5. sampai bila krisis dengan istana - utusan malaysia 17.2.92/1

6. istana kena terima nasihat pm, mb - utusan malaysia 18.2.92/1

(nak tahu lebih lanjut sila cari buku tersebut....nanti dapat apa yg tersurat dan tersirat)
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan