Jumaat, 27 Februari 2009
Terkini: UMNO aniayai staff dan pelajar UIA pulak
" UMNO sememangnya cukup benci kepada UIA (Universiti Islam Malaysia) memandangkan universiti ini terkenal dengan sikap kebanyakan pensyarah dan pelajarnya yang pro-Islam, pro-parti Islam dan anti kezaliman. Lihat saja kelantangan Prof.Aziz Bari (pensyarah UIA) dan Ustaz Asri (bekas Mufti Perlis/bekas pelajar UIA) . UMNO cukup berharap pelajar dan pensyarah UIA akan menjadi seperti kebanyakan pelajar UiTM yang cukup bersosial dan boleh dipergunakan/diperkudakan oleh UMNO seperti yang berlaku dari masa ke masa. Terkini, akhbar mendedahkan betapa 4,000 kakitangan UIA dinafikan hak untuk menikmati skim pencen! Mari kita lihat masalah-masalah yang ditimbulkan oleh UMNO di UIA.
"Berita Harian, 25 Februari 2009- SINTOK: Cuepacs akan mengemukakan memorandum kepada Majlis Lembaga Universiti Islam Antabangsa Malaysia(UIAM) berhubung isu 4,000 kakitangan universiti itu yang dinafikan hak untuk menukar skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada skim pencen seperti dinikmati kakitangan awam lain.
Presidennya, Omar Osman, berkata daripada 66,000 kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara, hanya kakitangan awam UIAM saja yang menghadapi masalah itu atas alasan ia didaftar mengikut pertubuhan syarikat."
1. Persatuan pelajar yang pro-Islam selalu diberi pelbagai tekanan oleh kerajaan/UMNO sekalipun persatuan pelajar ini mendapat undi majoriti dari pelajar-pelajar.
2. Pensyarah yang berkebolehan disekat dan dihalang dari meneruskan PhD. Sebagai contoh mudah, Ustaz Zaharudin yang merupakan pakar kewangan Islam yang cukup dihormati dan terkenal juga asalnya dihalang daripada meneruskan pengajian PhDnya diluar negara kerana menegur sikap pegawai Biro Tatanegara yang jelas melanggar ajaran Islam. Pengajian PhD saya tidak dihalang kerana saya mengambil langkah selamat dengan berpura-pura pro-UMNO sewaktu di Biro Tatanegara tetapi golongan ulamak sejati seperti Ustaz Zaharuddin takkan berbuat begitu.
3. Biro tatanegara juga dari masa ke masa sentiasa cuba untuk membrain-wash pelajar dan pensyarah UIA agar pro-UMNO sekalipun usaha keji ini tidak pernah berjaya pun. Pelajar yang menyertai PAS dan aktif politik akan dikenakan tindakan tetapi pelajar yang aktif Pemuda UMNO pula tidak mengapa. Mujurlah tidak ramai pelajar yang aktif UMNO.
4. UMNO dan BN selalu menyerang UIA yang mewajibkan pemakaian sopan yang menutup aurat. Di Parlimen pun pernah dibawa isu ini. Mungkin harapan UMNO ialah agar lebih ramai muslimat UIA berpakaian seksi seperti sebahagian pelajar UiTM.
Sebelum ini, kumpulan pro-Mahasiswa dan Bebas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempertahankan penguasaan mereka dalam pilihan raya kampus dengan memenangi hampir keseluruhan 29 kerusi yang dipertandingkan.
Kumpulan pro-Aspirasi hanya memenangi satu kerusi.
Dahulu, sewaktu zaman gandingan Mahathir-Anwar, muncul juga Universiti Islam, Bank Islam, Takaful Islam, Abim, pembudayaan bertudung dan sebagainya. Zaman Pak Lah-Najib pula, hanya muncul pergaduhan, Sister-Anti-Islam dan Islam Hadhari..
Macammana la agaknya bila Najib pulak jadi PM. Saya berdoa Allah selamatkan kita semua dari kepimpinan zalim manusia munafik yang zalim.. Bak kata Ustaz Hadi:"Belum dapat kuasa dia dah tunjuk jahat! ." Eloknya kita sambut pertabalan dia jadi PM dengan demonstrasi sejuta rakyat!
Wassalam
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan