PM Pak Lah menyatakan tarikh penyerahan kuasa kepada Najib sudah ada dalam fikirannya. Yg pasti UMNO akan bersidang pada 24-28 mac ini. Ada lagi 8 hari dari tarikh posting ini ditulis.Banyak tafsiran boleh dibuat sebelum pemilihan UMNO ini berlangsung.
PM Pak Lah menyatakan tarikh penyerahan kuasa kepada Najib sudah ada dalam fikirannya. Yg pasti UMNO akan bersidang pada 24-28 mac ini. Ada lagi 8 hari dari tarikh posting ini ditulis.
Banyak tafsiran boleh dibuat sebelum pemilihan UMNO ini berlangsung.
1. Pertemuan Pak Lah & Anwar Ibrahim di madrasah di Madrasah Zuwiyah Nurul Iman, mengundang 1001 persoalan dan rumusan. Di fahamkan satu perbincangan tertutup telah diadakan diantara mereka. Apa yang diperbincangkan?
2. Tun Mahathir terus menerus menyerang Pak Lah. Dalam blognya, Tun meragui Pak Lah dengan mudah akan menyerahkan kuasanya kepada Najib Razak. Dibangkitkan persoalan pengaruh kuasa 'Tingkat Empat'. Tun juga memberi amaran agar Najib tidak melantik kabinet yg 'korupsi' bila berkuasa kelak. Adakah ini reverse psikologi dari Tun ? Untuk memastikan pak lah letak jawatan dan legasinya diteruskan oleh Najib bila menjadi PM nanti.
3. Penentuan calon di PRK parlimen Bukit Gantang. Difahamkan calon umno, Ismail Saffian bukanlah dari kalangan org2 Najib. Ismail Saffian sebelum ini kalah bertanding sebagi ketua umno cwgn Bukit Gantang. Beliau dikatakan akan mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai presiden jika menang dicawangannya. Namun beliau kalah, kerana hanya bermodalkan lidah dan gusi berbanding calon lain yg menggunakan wang. Adakah penentuan calon ini dipengaruhi oleh Pak Lah dan geng2 'tingkat empat' ?
4. Paklah melantik Datuk Dr Abdullah Md Zin sebagai penasihat agama bagi Perdana Menteri yg baru pada 2 mac lepas. Menggantikan Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001. Untuk apa perlantikan ini dibuat? Bukankah Pak Lah bakal melepaskan kuasanya tak sampai sebulan dari tarikh tersebut?
5. Kes Politik wang Dato' Norza dan Azalina. Kedua2 kes berlaku sebelum 24 mac ini. Umum ketahui kedua2 tokoh ini ialah org2 khairy dan Pak Lah. Adakah ini permbersihan 'etnik' dari team Najib? untuk pastikan Pak Lah memang tidak boleh bernafas lagi selepas pemilihan umno nanti.
6. Isu mansuhkan PPSMI. Paklah cepat mengeluarkan arahan agar kementerian pendidikan segera membuat keputusan mengenainya. Menterinya, Hishamudin Onn menyatakan sebaliknya. Jelas, calon Naib Presiden ini pun berada di pihak team Najib. Adakah Pak Lah hanya akan berdiam diri terhadap tindakan Hishamudin yg melawan arahannya ini?
7. Ingat kembali sewaktu proses peralihan kuasa dari Tun Mahathir kpd Pak Lah dahulu. Sebulan sebelum peralihan tersebut berlaku, media perdana sudah mempromosikan 'terima kasih & penghargaan' kepada Tun. Saban hari ada promo dan iklan 'selamat tinggal' kpd Mahathir. Ini adalah teknik reverse psikologi dari team Paklah yg menguasai media. Agar Mahathir mengcomfirmkan perletakkan jawatannya pada waktu itu.
Lihat pada media sekarang.. Lagi 8 hari. Tiada langsung promosi 'penghargaan & selamat tinggal' kepada Pak Lah. Media seolah-olah tidak diarahkan untuk 'meraikan' bakal PM yang baru, Najib Razak. Apa maknanya semua ini? Team mana yg menguasai media?
Ingat, tiada langsung hitam putih dokumen dalam perlembagaan Malaysia yang mengatakan Presiden Umno secara automatik menjadi PM Malaysia.
Yess.. ianya menjanjikan 8 HARI CUKUP YANG PANJANG dalam politik malaysia. Kita tunggu dan lihat. Boleh jadi jadi, boleh jadi tak jadi.
http://pasakkaki.blogspot.com/
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan