Isnin, 9 Mac 2009

Ada golongan dalam UMNO mengharapkan kepulangan Anwar

Tempoh tidak sampai sebulan lagi Abdullah akan menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada timbalannya iaitu Dato Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun isu peralihan kuasa yang akan berlaku ini mempunyai cerita manarik disebaliknya dikalangakan pemimpin-pemimpin UMNO, peringkat cawangan seterusnya ahli UMNO bawahan.


Terhadapat pro dan kontra mengenai isu peralihan kuasa ini.Ada yang beria-ria menyokong Najib sabagai Presiden UMNO yang baru namun ada pula yang tidak menyokong dengan mengatakan bahawa Najib tiada ketokohan dan wibawa untuk diangkat sebagai presiden UMNO kerana terlalu banyak dikaitkan dengan tuduhan rasuah,jenayah dan penyelewengan.

Apa yang menarik mengenai isu pembunuhan altantuya yang menjadi tanda tanya umum.Kita tidak hairan jika ia dibangkit atau diperkatakan oleh pihak pembangkang kerana ia memang sudah semestinya tetapi pelik lagi menghairankan ia juga turut diperkata dan dipersoalkan oleh orang dalam UMNO sendiri.Ada golongan dalam UMNO yang percaya mengenai isu tersebut.

Pelik tapi benar.Yang paling menarik ada yang mengharapkan supaya Anwar kembali ke dalam UMNO untuk memimpin semula parti tertua Melayu yang kian hilang arah dalam hala tuju perjuangan terhadap Islam dan bangsa Melayu.Mereka menganggap tiada tokoh lain yang layak dalam UMNO untuk memimpin serta memperbaiki imej UMNO selain Anwar.Golongan minoriti dalam UMNO ini mengakui bahawa UMNO memang berada pada tahap yang parah kerana dikuasai golongan yang berkepentingan.

Mereka memberi alasan dan mengakui bahawa ketokohan yang ada pada Anwar menjadi faktor terpenting dalam usaha pemulihan terhadap UMNO demi memulihkan kembali kekuatan parti serta kepercayaan rakyat terhadap UMNO khususnya orang Melayu.Walaupun mereka memusuhi Anwar dari segi politik namun mereka tetap mengakui ketokohan yang ada pada bekas timbalan PM dan juga bekas timbalan presiden UMNO itu dengan melahirkan harapan terhadap Anwar.

Selain itu juga sebahagian orang UMNO berpandangan bahawa kekuatan sokongan orang Melayu terhadap UMNO hilang separuh kerana separuhnya ada pada Anwar.Oleh itu separuh kekuatan parti yang pada Anwar itu perlu dikembalikan semula dengan kembalinya Anwar ke dalam UMNO.Sungguh tidak masuk akal langsung pendapat segolongan orang UMNO dalam usaha memulihkan imej parti tersebut.

Namun golongan inilah sebenarnya yang benar-benar ikhlas serta sayangkan UMNO terhadap perjuangan bangsa dan agama kerana berani mengutarakan pendangan yang sedemikian kerana meletakkan kepentingan serta keutamaan bangsa dan agama dari kepentingan individu dan mahupun parti.

Malangnya golongan yang benar-benar mahukan perubahan UMNO secara total dan drastik dari segala aspek adalah golongan minoriti.Apapun kita menjangkakan dalam keadaan UMNO yang kini dikuasai oleh golongan yang bermasalah dan berkenpentingan sama sekali tidak akan membenarkan perkara tersebut berlaku demi kepentingan politik peribadi dan kroni.

Oleh itu apa yang boleh dirumuskan dalam perkara ini jelas bahawa tidak semua yang ada di dalam UMNO itu sama sahaja.Anwar sememangnya masih mempunyai penyokong serta pengikutnya dalam UMNO cuma bezanya mereka ini masih duduk lagi setia dalam UMNO dengan mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku diantara UMNO dengan Anwar. Jadi benarlah bahawa dakwaan sebilangan orang UMNO bahawa kekuatan UMNO itu separuhnya ada pada Anwar .

Inilah hakikat yang berlaku disebalik tabir dalam UNMO.Tetapi apakan daya golongan minoriti ini tidak mampu berbuat apa-apa kerana UMNO telah dipagari oleh puak anti Anwar yang extrim.
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan