Belajar Bahasa Arab
Belajar Bahasa Arab
Adik Najib C4 dilantik Profesor Adjung UiTM
Dilulus terbit pada Saturday, March 07 @ 10:23:12 MYT oleh TokPenghulu
Respon @ Ulasan Oleh Salmah A
Malaysia ke arah regim Najib C4 Pol Pot Khemer Rough + Zimbabwe.
Setelah regim Najib Pol Pot menguasai Tentera, Polis, Hakim, BPR, SPR, JPA dll kini cancer jahat mereka merebak ke dalam universiti pula.
Kehancuran dan kebinasaan Malaysia yang dahsyat !!!
Kalah regim Pol Pot dan Mugabe !!!
Naib Chancellor UiTM mahu pastikan dia dalam senarai teratas Najib C4, sebelum jadi PM ke 6.
Anwar Ibrahim hampir pasti akan dihumban ke Sungai Buloh sekali lagi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0306&pub=utusan_malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm&arc=hive
Ahmad Johari dilantik Profesor Adjung UiTM
KUALA LUMPUR 5 Mac - Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah bersetuju untuk melantik Datuk Ahmad Johari Tun Abdul Razak (adik Najib TPM) selaku Profesor Adjung Fakulti Undang-Undang untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jun tahun lalu hingga 31 Mei 2010.
Dekan Fakulti Undang-Undang, UiTM, Profesor Madya Saudah Sulaiman berkata, pihak fakulti berbesar hati kerana Ahmad Johari bersetuju untuk menerima pelantikan itu.
Menurutnya, ini adalah julung kali seorang pengamal guaman di sebuah firma guaman swasta tertua di negara (Tetuan Shearn Delamore & Co.) dilantik menjadi Profesor Adjung di fakulti tersebut.
''Ahmad Johari akan mengadakan syarahannya buat pertama kali esok bertempat di Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Saudah, antara tugas Profesor Adjung ialah memberi kuliah dan seminar kepada fakulti, menjadi tenaga pengajar dan kakitangan pengurusan serta pentadbiran dalam bidang undang-undang.
Selain itu, katanya, Profesor Adjung juga memainkan peranan untuk memberi nasihat dan bimbingan terhadap perkembangan kurikulum di samping pembangunan akademik Fakulti Undang-Undang.
''Memberi sumbangan dalam meningkatkan imej dan keunggulan UiTM dan fakulti sebagai institusi yang terkenal juga peranan yang perlu dimainkan Profesor Adjung.
''Apa yang penting adalah menjadi sumber rujuk kepada Fakulti Undang-Undang dan membuat penyelidikan bersama dengan pensyarah fakulti,'' katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan