Jumaat, 27 Mac 2009

Anak Kesayangan tewas ditangan orang yang paling dibenci

Khairy akhirnya memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO setelah cuba dihalang dengan pelbagai cara oleh tangan-tangan ghaib.

Dakwaan politik wang dan pengiraan semula undi sedikit sebanyak mendebarkan beliau.

Apa pulak kata Mahathir pula selepas ini, apabila menyaksikan anak kesayangannya tewas ditangan orang yang paling dibencinya.

Semua orang tahu betapa bencinya beliau kepada menantu Perdana Menteri. Sehingga dikatakan semasa berucap di perhimpunan dan sidang kemuncak peribumi perkasa baru-baru ini Mahathir beliau membelasah Khairy cukup-cukup.

Walaubagaimanapun ditakdirkan Khairy berjaya mengalahkan Mukhriz dan Khir yang memberi saingan sengit.

Pak Lah pula pastinya tersenyum selepas melihat benih yang diimport dari Oxford itu tidak berjaya dicantas. Mungkin selepas ini beliau boleh meninggalkan kerusi Presiden dengan tenang. (Kerusi PM belum tentu lagi).

Secara psikologinya juga Pak Lah berjaya membalas sedikit dendam kepada bekas ketuanya yang celupar itu.

Debaran Najib pula semakin kencang dan tidak akan tidur lena walaupun akan duduk di kerusi Presiden esok hari, kerana kerusi Perdana Menteri belum menjadi miliknya.

Selain itu, kejayaan orang yang paling dibenci oleh mentornya menjawat Ketua Pemuda UMNO akan sedikit menggugat kedudukannya, kerana sifat Khairy yang dilihat agresif berbanding penyandang sebelumnya yang pondan.

Walauapapun kita sama-sama menyaksikan watak-watak utama pada episod seterusnya. Najib? Pak Lah? Mahathir? Muhyidin? Mohamad Taib?...."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan