Ahad, 1 Mac 2009
Apakah Blogspot.com akan diharamkan?
Terfikirkah kita semua tentang perkara ini. Apakah satu hari nanti Blogspot.com akan diharamkan. Macamana reaksi anda. Kemungkinan ini tidak boleh dipandang remeh. Sekiranya ia berlaku tanpa amaran bagai malaikat maut mencabut nyawa, apa yang dapat anda lakukan! Protes?
Macam tidak percaya sebab pendapatan tersekat? Menyalahkah broadband? Menyalahkah pihak Kerajaan? Atau macam-macam andaian.
Pada pembukaan Parlimen mesyuarat pertama, penggal kedua, Parlimen kedua belas (2009) Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan titah ucapan ketika merasmikan penggal pertama Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat bertitah:
“Beta juga memandang berat kecenderungan sesetengah pihak yang mudah mempercayai fitnah dan berita-berita palsu yang disebar oleh pihak-pihak tertentu termasuk melalui laman-laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat. Sesungguhnya, kita harus belajar dari sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca dari fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat. Sehubungan ini, rakyat hendaklah berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar. Pengamal-pengamal media termasuk penulis-penulis blog hendaklah lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat”.
Tahun 2007 seperti mana kita ketahui, gerakkan memerangi bloggers terutamanya yang tidak sehaluan dengan Kerajaan dan yang memberi ancaman berkaitan maklumat telah dilancarkan. Ini adalah salah satu kemungkinan.
Pilihanraya ke 11, para bloggers memainkan peranan yang besar bagi menyalurkan maklumat kepada pengundi-pengundi. Juga salah satu kemungkinan
Para blogger selama ini bergerak secara independent dan masing-masing punyai hala tuju serta matlamat yang berbeza. Sama ada mereka bekerja untuk parti pembangkang atau tidak itu bukanlah persoalannya. Dunia bloggers menjemput semua individu yang punyai capaian internet untuk tampil mewajahkan pemikiran mereka di alam siber ini secara bebas. Bagi menghalang untuk terus semua bercakaran dalam dunia siber samada bloggers menyokong pemerintah maupun pembangkang, langkah pengharaman mungkin akan berlaku. Jadi…sekiranya tiada lagi Blogspot.com di Malaysia, apa perasaan anda? Sudahkah anda bersedia kemungkinan ini?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan