Isnin, 9 Mac 2009

Betulkah UMNO/BN menghormati Mufti Perak???

"Assalamualaikum....
Mas tak nak mengulas panjang tentang soalan diatas cuma.......mas nak tanya soalan itu kepada kita semua, apakah kita lupa kepada saranan atau ucapan daripada mufti Perak ini yang mengatakan "Sure Heboh" dulu sekarang dah jadi 'Jom Heboh' adalah satu program yang patut diharamkan.

Mengapa mereka tak nak menyokong kenyataan mufti tersebut serta bertindak dengan segera untuk melaksanakan arahan tersebut, tetapi bila ada sahaja kepentingan untuk mereka, disitulah baru mereka nak mencari mufti untuk menguatkan apa jua tindakan yang mereka lakukan, akhirnya tindakan mereka itu telah mencemarkankan institusi mufti sebenarnya. Bahkan banyak sudah kenyataan ataupun fatwa yang telah dikeluarkan oleh golongan mufti ini, tapi............setakat manakah pelaksanaan diatas segala yang telah dikeluarkan itu. Hari ini mereka tampil untuk membela mufti kononnya.

Cukuplah mereka mengunakan segala macam golongan yang ada di Malaysia ini untuk menghalalkan segala tindakan mereka. Janganlah dibabitkan mufti pula dalam krisis politik di Perak masa kini. Bertaubatlah dan kembalilah kepada sistem ISLAM yang syumul lagi menjamin kesejateraan umat manusia dari dulu kini dan selama lamanya.

kota raja"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan