Isnin, 9 Mac 2009

Buli: Siapa salah sebenarnya..?

" Kes buli disekolah bukanlah isu baru, malah telah banyak kali di siarkan. Kes pelajar sinior membuli pelajar junior bukan lagi perkara baru di sekolah-sekolah berasrama, malah ianya kadangkala dianggap tradisi.

Sebentar tadi TV3 melalui Blutein Utama manayangkan satu kes yang berlaku di Sarawak yang melibatkan kes buli di sekolah.

Sebenarnya penulis tidak berhajat untuk memberi cadangan penyelesaian kepada isu ini, kerana pada penulis, ramai lagi tokoh-tokoh akademik, kaunseling malah pakar-pakar motivasi telah menerbitkan pelbagai makalah dan buku ilmiah sebagai penyelesaian kepada isu ini.

Apa yang penulis ingin perkatakan hanyalah. Salah siapa..? Disini penulis cuba untuk mempertontonkan beberapa kes 'buli' peringkat profesional.

1. Merampas wang royalti dari Kerajaan Terengganu.
2. Konspirasi terhadap DS Anwar Ibrahim.
3. Memukul rakyat yang menghadiri ceramah dan demontrasi aman.
4. Merampas, menyekat dan menghalang maklumat alternatif sampai kepada rakyat.
5. Kes-kes kematian suspek di dalam lokap.
6. Menahan tanpa bicara (ISA).
7. Menukarkan kakitangan kerajaan yang menyokong pembangkang.
8. Merampas kerajaan negeri Perak secara haram.
9. Mengugut pengundi.

Itu hanya segelintir kerja-kerja buli peringkat profesional yang dilakukan oleh golongan-golongan yang menganggap diri mereka elite. Oleh itu, penulis ingin bertanyakan kepada para pembaca diluar sana, siapakah sebenarnya yang mengajar pelajar-pelajar kita disekolah untuk membuli?


http://islamreturn.blogspot.com

"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan