Jumaat, 27 Mac 2009

Gantung permit akhbar pembangkang, NGO Jangan lebih sudu dari kuah

KUALA LUMPUR 24 Mac - Tindakan membatalkan terus permit ke atas akhbar Harakah dan Suara Keadilan dilihat lebih tepat berbanding digantung selama tiga bulan.

Pengerusi Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, tindakan tegas itu mampu memberi kesan mendalam terhadap penerbitan kedua-dua akhbar tersebut setimpal dengan 'jenayah' yang dilakukan.

Sanggahan 1 < Memang memalukan apabila seorang yang bergelar graduan bercakap seperti seorang yang lulus Sijil Rendah Pelajaran -SRP (zaman aku dulu). Patut lah ramai graduan melayu terus layu dan tidak berdaya saing. Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) dimasa akan datang jangan lah pilih pengerusi yang bercakap tapi tidak menampak kan tahap intelek yang sepatut nya.

Apa kah satu 'jenayah' apabila mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh menteri dan ahli ahli politik dari parti pemerintah. Kebanyakan pendedahan pula diikuti dengan lapuran Polis. Habis nak suruh buat apa?. Nampak dan tahu 'mereka' membalun harta negara, maka kita mesti diam dan bersikap seperti lembu kenyang?. Itu kah sikap warganegara yang UMNO/BN/pemerintah mahu kan?. >

''Umum sudah mengetahui kedua-dua akhbar tersebut cenderung untuk menulis sesuatu isu yang menyentuh sensitiviti rakyat.

''Meskipun digantung selama tiga bulan, kami percaya perkara yang sama akan terus berulang, patut batalkan sahaja permit mereka,'' tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan dua akhbar tersebut berkuatkuasa semalam.

Sanggahan 2< Bagus lah kalau tulisan kedua-dua akhbar tersebut menyentuh sensitiviti rakyat, sebab banyak perkara yang didedahkan memang banyak yang berkaitan dengan rakyat. Bukan macam UMNO/BN/Pemerintah. Jawapan standard macam 'tape recorder' dan jawapan serta tindakan semua nya menguntung kan Kaum Kapitalis dan kroni. Ayat biasa yang selalu aku dan rakyat teramai dengar ' tidak membeban kan' apabila ada kenaikan harga. Begitu juga jika isu TOL. Apa yang diberi tahu ialah 'Kita sebagai kerajaan tak boleh buat apa-apa sebab sudah termaktub dalam perjanjian konsesi ' dan jika isu-isu sebegini dipertikai kan dan didedah dalam akhbar pembangkang, maka dicap lah pembangkang ini menghasut dan lain-lain.>

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, tindakan itu diambil kerana dua akhbar pembangkang itu didapati menyiarkan artikel-artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat.

Sanggahan 3 < Datuk Seri....walau pun aku tak belajar tinggi mana, jangan lah anggap aku dan ramai lagi rakyat Malaysia yang tak berpelajaran ini terlalu lah bodoh sangat. Kalau betul Harakah dan Suara Keadilan menyiarkan artikel-artikel berbaur fitnah, saman saja lah, biar kedua-dua akhbar pembangkang itu muflis @ bangkrup. Kan dah jadi serampang dua mata. Pertama, dapat hapuskan terus akhbar pembangkang dan kedua pula, apabila asyik kena saman dan kalah, sudah tentu kredibiliti PAS & KEADILAN sebagai tuan punya akbar tersebut akan tercalar teruk dan akan di cap sebagai pemfitnah,pembohong,penipu dan macam-macam. Bila dah begitu mesti rakyat tak sokong PAS & KEADILAN dan mereka berbondong bondong akan masuk UMNO dan parti komponen BN yang lain. 'Amy Search' pun apabila ada orang fitnah beliau, lalu beliau menyaman pihak berkaitan. Beliau menang dan dapat RM 1 juta lagi (kalau tak silap). Tak pasal-pasal Amy jadi jutawan >

Sanggahan 4


Timbalan Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM), Sobri Ahmad pula berpendapat, semua penerbitan akhbar terutama akhbar politik yang mendapat permit di bawah KDN seharusnya bertanggungjawab dan positif dalam mendidik masyarakat.

Beliau berkata, akhbar politik sewajarnya berperanan sebagai akhbar yang mampu memberikan pendidikan politik yang sihat dan bukannya merosakkan pembangunan bangsa dan negara dengan ideologi tertentu.

''Kita tidak mahu pembangunan dan kesejahteraan negara yang selama ini dijaga tergugat gara-gara ideologi songsang yang dibawa oleh pergerakan politik tertentu meracuni fikiran rakyat.

''MBM menyokong KDN, malah tindakan itu turut wajar dikenakan ke atas mana-mana media sama ada elektronik mahupun cetak yang didapati melaporkan berita bersifat propaganda," katanya.

Sanggahan 5 < Encik Sobri Ahmad, tolong jangan bercakap ikut sedap mulut tanpa fakta. Kamu kata ideologi songsang yang yang dibawa oleh pergerakan politik tertentu meracuni fikiran rakyat. Kamu tahu ke tidak makna songsang?. Pergerakan politik yang kamu tuduh itu adalah parti politik yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan. Bila berdaftar, makna nya ia parti politik yang sah. Kalau ideologi sesebuah parti@pertubuhan tidak betul,songsang atau apa saja yang menyalahi peraturan, maka pendaftar pertubuhan sudah tentu tidak meluluskan parti@pertubuhan tersebut. Contoh parti@pertubuhan tidak berdaftar iah HINDRAF.

Kalau kamu kata mereka meracuni fikiran rakyat, aku juga boleh kata bahawa pendapat kamu pun cuba meracuni fikiran rakyat supaya menyokong tindakan KDN itu sebagai betul, walau pun mungkin salah dan kamu punya pendapat ini bukan bersifat propaganda jugak ke? >

Sumber: www.utusan.com.my/utusan/info.asp

http://ahmadtarmizi.blogspot.com/2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan