Asalamualaikum warahmatullahiw abarakatuh, puan.
Saya mempunyai room-mate yang berkerja sebagai pegawai di bahagian IT di KPM. Sejak Jumaat lepas sehingga hari ini, dia bertugas memantau kerja-kerja jurutekniknya mencetak slip keputusan SPM yang akan keluar pada 12hb Mac nanti.
Dia menceritakan kepada saya, apabila dia melihat serba sedikit slip-slip keputusan SPM tahun ini, hatinya yakin bahawa perjuangan GMP memang bukan perjuangan yang bodoh dan dibuat-buat, kerana dia telah benar-benar melihat keputusan sains dan matematik di sekolah-sekolah (sekolah bukan bandar terutamanya), gred bagi sujek itu kebanyakannya hanya bergilir-gilir dengan 3 jenis angka sahaja, iaitu sama ada gred 7, 8, ataupun 9.
Mungkin markah mereka sebenarnya gagal terus, tetapi disebabkan ada gosip tersebar bahawa menteri mengarahkan supaya menaikkan graf peratusan keputusan, maka keputusan tersebut dapatlah juga bernyawa-nyawa ikan. Malah, pelajar-pelajar Cina dan India juga ada yang lebih kurang sama juga keputusannya. Kasihan anak-anak Malaysia!
Rakan saya itu mengajak saya mengikut perhimpunan GMP, tetapi saya tidak dapat menyertai. Beliau agak keras dan agresif, dan dia mengatakan saya penakut, tetapi saya tidak kisah.
Pekerja kerajaan seperti saya, sangat berisiko tinggi jika ditangkap. Namun, sokongan saya tetap jitu kepada GMP dan Pakatan Rakyat. Sumbangan saya akan diteruskan melalui kertas undi!
Selamat berjuang demi agama, bahasa, dan bangsa!
http://www.universitipts.com/ "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan