Laporan hak asasi Amerika sahkan wujud ketelusan, saksama
KUALA LUMPUR: Laporan tahunan Amalan Hak Asasi Manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat mengiktiraf Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu sebagai penuh dengan ketelusan, membuktikan pilihan raya negara ini diadakan secara adil dan saksama.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pengiktirafan itu juga mengangkat martabat pilihan raya negara ini sebagai antara yang terbaik pernah wujud di dunia ketika banyak negara masih menghadapi konflik demokrasi.
Beliau yang gembira dengan laporan itu menganggap ia sebagai sesuatu yang mengejutkan kerana jarang proses pilihan raya di Malaysia mendapat pengiktirafan dan perhatian sewajarnya daripada pertubuhan hak asasi antarabangsa.
"Walaupun saya baru dua bulan menjadi Pengerusi SPR, laporan itu menunjukkan pilihan raya umum di Malaysia dilaksanakan mengikut peraturan dan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan.
"Ia satu pengiktirafan kepada SPR dan semua petugasnya kerana mampu menjalankan pilihan raya umum secara kemas, teratur, adil dan saksama," katanya ketika dihubungi semalam.
haih,,den xphm btol la pe kene nga spr ni,,usah la korg dok tipu rakyat weyh,,rakyat skang ni lebih pandai menilai,,boooo spr,,,
laporan asal,,drpd akhbar yg xde idea,,
wananwar@bharian.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan