" Setiap kali Umno terdesak mereka akan memainkan isu perpecahan yang kononnya berlaku dikalangan orang Melayu. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mengapi-apikan kaum Melayu dengan menganggap kaum lain sebagai ancaman.
Bila sebut sahaja soal ekonomi, Melayu dikatakan terancam dengan kaum lain (Cina & India) walhal kedua-dua kaum itu berdiri dengan sendirinya tanpa subsidi dari Kerajaan.
Bila diperhalusi semula, rupanya bukan keseluruhan orang Melayu berpecah. Hanya kaum Melayu yang masih taat menyokong Umno sahaja berpecah. Mereka diasuh untuk menyokong pimpinan tertentu, khasnya pimpinan yang boleh menabur duit semasa sesi pemilihan atau pilihanraya.
Lihat sahaja krisis politik wang yang lebih tepat lagi adalah rasuah dalam Umno. Isa Samad, Ali Rustam, Norza, Khairy dan ramai lagi merupakan pimpinan Umno yang pernah disiasat, dan didakwa kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Pengikut-pengikut mereka mula membuat kacau dan menggangu ahli Umno lain. Bukan itu sahaja, sikap mereka ini bukan lagi mencerminkan semangat Umno yang kononnya pejuang Melayu tetapi telah membawa Umno itu dilihat sebagai Parti Rasuah, samseng dan juga berpuak-puak.
Jelas disitu bahawa orang Melayu jadi pecah belah dalam Umno.
Manakala sebahagian besar orang Melayu yang ada di Malaysia ini sudah beralih kepada Pas kerana disitu mereka melihat perpaduan kalangan kaum Melayu dan juga kaum-kaum lain.
Orang Melayu dalam Pas lebih dihormati berbanding Melayu Umno yang berpecah dan sangat taksub dengan ideologi Ketuanan Melayu yang sebenarnya adalah ideologi ketuanan Umno.
Lihatlah bagaimana orang Melayu dalam Pas tidak pernah menumbuk, memukul, memaki apa lagi merasuah sesama mereka untuk menjadi pemimpin.
Orang Melayu dalam Pas diasuh untuk:
1.
Taat pada perintah Allah dan Rasul
2.
Taat pada pemimpin tanpa mengira usia, kekayaan atau latar belakang asal sahaja pimpinan itu masih lagi mengikuti sunnah Rasulullah dan berjuang kerana Allah.
3.
Tidak bersikap tamak dan jangan lokek bersedekah atau beri sumbangan pada Islam.
4.
Menghormati setiap ahli dari yang kecil hingga yang sudah berusia.
5.
Menghormati mereka yang bukan Islam, bukan Melayu dan setiap makhluk yang ada dalam dunia.
6.
Berjuang bersungguh-sungguh untuk Islam, tanpa mengharap ganjaran dunia.
7.
Sentiasa memperbaiki diri dan dekatkan diri pada Allah
Maka dengan apa yang dianjurkan dalam Pas ini ahli dapat menjaga diri mereka dari dirosakkan atau merosakkan orang lain.
Pas tidak pernah menolak sesiapa pun untuk bersama. Mana yang dulunya bukannya orang-orang baik atau alim tetap akan diterima kerana disinilah mereka dididik dan mendidik diri menjadi orang yang lebih baik dari semalam.
Sebab itulah ke mana sahaja orang Pas pergi rakyat mudah memberikan kepercayaan. Orang bukan Melayu pun tidak ragu-ragu kerana semua orang Pas ini adalah 'Orang Sembahyang' kata mereka.
"kalau amanah Allah yang kita tidak nampak itu orang Pas boleh jaga, inikan pula dengan amanah-amanah yang kita beri secara terang-terangan pada mereka. Pasti mereka boleh jaga" Itu kata-kata yang sering dinyatakan oleh orang bukan Islam terhadap Pas.
Jadi, soal Melayu atau tidak bukanlah persoalan utama dalam Pas. Bagi kami kita semua adalah saudara bukannya musuh apalagi dalam saat ingin menjawat jawatan.
Umno dengan Pas umpama langit dan bumi maka orang-orang Umno yang ingin memperbaiki diri disaran untuk tinggalkan Umno dan bersatu dengan kami dalam Pas.
Semoga kaum Melayu bukan sahaja dilihat sebagai kaum Melayu sahaja. Kita mahu orang melayu dilihat sebagai insan iaitu Makhluk Allah yang paling mulia. Tidak kira Melayu, Cina, India atau apa sahaja kita ini semua adalah Insan yang menjadi hamba Allah bukan hamba pemimpin Umno-BN.
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan