Rabu, 11 Mac 2009

Hapuskan PPSMI kecuali untuk.........

Melihat kesungguhan FRU dan Polis menghalang 100,000 rakyat yang berhimpun secara aman menuju Istana Negara untuk menyerahkan memorandum hapuskan PPSMI kepada Yang Dipertuan Agong, kita cadangkan agar PPSMI dikekalkan kepada semua anak-anak warga PDRM terutama anak FRU dan SB.

Biar anak-anak polis belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kerana ayah-ayah mereka begitu bersungguh sampai tembak gas pemedih api ke atas penentang PPSMI. Lebih malang lagi masjid, orang tua, wanita dan kanak-kanak kecil jadi mangsa.

Adakah sudah tiada lagi jauh di sudut hati FRU nilai-nilai kemanusiaan ? Cukuplah Tentera Yahudi sahaja tiada perasaan keperikemanusiaan. Jangan ditambah lagi.Seronokkah FRU dan SB membantai rakyat? Adakah mereka tidak fikirkan hari tua dan pencen mereka?

Hari ini anda seronok tembak, sembur dan bantai rakyat....mungkin hari tua anda nanti ada orang berkata kepada anda di saat kaki anda melangkah masuk masjid......."

Masjid inilah yang kamu tembak gas hingga pecah jam di dalamnya...." atau " Masjid inilah yang kamu tembak gas hingga anak kecil, orang tua dan wanita meraung kesakitan..."

Ingat ! Rakyat sedang memerhatikan gerak geri anda untuk dihakimi di masa depan !Posted by Tok Pepijat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan