Isnin, 16 Mac 2009

Kembalikan Kekuasaaan Agong

Firman Allah SWT :

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Surah Al-'Alaq Ayat (1 - 5)


Kembalikan Sistem Agong Di Malaysia

Topik ini saya bangkitkan kerana melihat kelemahan sistem beraja di Malaysia. Agong walaupun ia di katakan berkuasa tetapi taringnya masih diragui kerana kekacuaan dalam negara sekarang ni tidak dapat dilindungi oleh Agong. Agong adalah lambang kekuatan ketaatan rakyat pada negara. Seharusnya di beri Kuasa lebih dalam soalan Keselamatan Negara iaitu Dalam atau luar.

Sistem Agong harus dikuatkan lagi dengan Memberikan kuasa ke atas Undang-undang keselamatan dari segi Ketenteraan,Polis, badan pencegah rasuah dan pelindung kepada sistem syariah/perundangan islam negara. Sistem Agong tidak nampak taringnya kerana kekuatan sistem Agung dikekang oleh badan yang memerintah. Memanglah betul Raja-raja perlu juga dikekang seperti mana yang dilakukan umno sekarang. Tetapi hendaklah diberi kuasa lebih kepada Agong supaya negara boleh di lindungi oleh manusia dan demokrasi korup. Agong silih berganti dan bertukar setiap 5 tahun. dan Kerajaan harus dibawah kuasa Agung bagi melindungi dan mengekang kuasa kerajaan. ini menjadikan sesuatu kerajaan lebih dinamik dan berjaya.



Agong hanya memerlukan kekuatan dan kekuasaan dalam hal diraja. seperti Polis, tentera dan badan pencegah rasuah. dan agung tiada kuasa dalam bidang pentakbiran kerajaan yang lain. dan agung juga akan dikawal oleh badan pencegah rasuah rakyat. bagi mengelakkan salah guna kuasa. Sekarang ini menampakkan kekuasaan kerajaan yang melampau. sepatutnya setiap kerajaan yang dipilih harus memberikan cukai pelindungan atau zakat kepada Agong(bukan sultan negeri) yang memerintah negara bagi menjadi kekuatan negara dan menjadikan Agong malaysia lebih dihormati dunia. Kementerian keselamatan dan pertahanan dibawah Agong yang memerintah.. Alah 5 tahun jer bukan boleh kaya pun. Agong yang akan menguruskan hal pembelian peralatan dan pemodenan Angkatan tentera Malaysia tetapi kesemua ini di laksanakan secara jujur dan berhikmah(jangan buat business beli alatan ketenteraan cukup). Sebab itu saya berikan idear Agong dipantau oleh badan pencegah rasuah rakyat. Dalam era pemerintahannya selama 5 tahun. 5 tahun tidaklah lama. kalau sesuatu kerajaan seperti BN memerintah 50 tahun maka banyak masalah dan korup belaku.



Agong boleh memantau kerajaan memerintah dan wajib mengawal hal berkaitan Islam dan perkembangan islam juga harus diletakkan dibawahnya dengan ini ketua mufti dilantik sebagai penasihat Agong(dengan ini secara automatic Makamah Syariah mendapat kedudukan lebih tinggi dari makamah sivil). Kerajaan sekarang atau yang bakal menjadi kerajaan harus membayar cukai/Zakat kepada Agong di Malaysia bagi memberi kuasa kepada Agong dan tanda setia kerajaan kepada Agong.. Ini barulah dinamakan ketaatan kerajaan kepada pemerintah. Bukan dengan menjadikan Agong sebagai patung. Sistem beraja tak patut dibuang dan tidak boleh dibuang kerana Adat melayu di semenanjung ni memang taat pada rajanya. sifat ini sudah sebati dalam diri. Jangan sesekali rakyat menjatuhkan sistem beraja di malaysia ini. Kerana Di Malaysia Terdapat Bangsa lain yang ada bukanlah beragama Islam.

Jadi...dalam erti kata Pasarnya Aku jaga engkau buat silap kau bg tahu aku kalau aku buat silap k..



Esok kalau PR naik..buat lah sistem mcm ni baru lah Agong/Raja2 boleh sokong korang.. jangan naik p hentam lak raja-raja ni... k.<--mereka merupakan tulang belakang kepada kita dan sejarah Bangsa Melayu.. (dan hati2 Kapal sing janganlah bermulut celupar sangat..banyakkan bersabar k) walauapa pun kesilapan mereka betulkan mereka bukan dengan membuangnya (kalau kamu membuangnya Yahudi akan bersorak gembira dengan berita ini). Dan jika ini dilaksanakan maka sesiapa pun boleh memerintah malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau, entahlah banyak...malaysia sangat unik. Jadikan Malaysia lebih baik dari Amerika yang diperintah oleh orang kulit hitan. Jadikan Malaysia lebih baik dari China yang kita tahu mengamalkan komunis. jadikan Malaysia tempat semua bangsa mencari rezeki yang halal. Dengan cara ini negara dapat diselamatkan dari anasir luar(dan agen yahudi juga boleh di pantau oleh agong.. cara ini akan menyukarkan orang yahudi menguasai negara). ambil contoh Turki... sistem sultan ini hancur di tangan kamal altatuk. yang kita tahu beliau adalah agen israil/us. yang sememangnya di wujudkan untuk memusnahkan kerajaan islam dari dalam. Sebagai rakyat kita harus peka pada sesiapa yang bakal dilantik kepada menjadi PM/President. Musuh utama sistem raja Adalah anak didik israil/us ini. Sebab itu China tidak mengiktifat democrasi kerana takut israil/us menyusun orangnya dan menguasai china.

kerana semua bangsa akan dilindungi oleh Agong(tak perlulah ketuanan Melayu Agong dah cukup Melayu dah.) dan ini akan mengangkat sistem kita yang lebih baik dari sistem yang terdapat di dunia ini. Kepada Semua rakyat Malaysia. hanya kamu dan rakyat sahaja boleh berubah... sama ada menjadi baik atau tidak baik...Masa depan kamu di tangan kamu sendiri.

firman Allah SWT: Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri"

pls:Disebalik kekacauan yang berlaku ada hikmahnya... lihat betapa susahnya rakyat yang ingin bertemu Agong. Betapa sukarnya rakyat mengadap Agong untuk mengadu masalah yang mereka lalui. bila kerajaan menguasai tentera dan polis. mereka menyalah gunakan kuasa dalam dan mengunakan kekerasan dalam membenteras tujuk perasaan secara aman. Jadi kembalikan kuasa Agong di Malaysia. Kerajaan Harus berada dalam kuasa Agong.. bukan menjadi patung di atas. Saya Masih sayangkan Malaysia.

KEMBALIKAN KUASA AGONG!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan