Isnin, 16 Mac 2009

Kerajaan PR Selangor dah nak mula...Kerajaan BN Malaysia bila lagi?????

"Assalamualaikum.
kita sudah pun terbaca tentang permintaan Sultan Selangor agar semua exco dan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor agar mengistiharkan jumlah harta yang dimiliki oleh mereka, permintaan itu telah pun diberikan tindakan yang segera oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bahkan beliau telah mencadangkan setiap rakyat Selangor khususnya dan amnya seluruh rakyat Malaysia boleh mengetahuinya dengan hanya melayari website yang bakal di wujudkan nanti. Disini kita melihat satu ketelusan daripada pemimpin pakatan rakyat untuk dinilai sendiri oleh rakyat yang memilih mereka. Disamping itu juga, pada pandangan mas bahwa kewujudan website ini juga dapat mengelakkan mereka daripada terjerbak daripada perkara yang menyalahi undang undang dalam memiliki harta mereka kelak.

Persoalannya sekarang, bilakah pula menteri menteri dari kalangan BN untuk membuat tindakan yang sama seperti apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Jika tindakan ini baik, rasanya tidak perlulah mereka menunggu sehingga Yang Di Pertuan Agung pula akan mengeluarkan titah agar dilaksanakan begitu. Apakah perkara atau cadangan ini merupakan salah satu agenda maupun perubahan yang bakal dilakukan oleh Dato Najib bilamana beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia kelak. Kita tunggu dan lihat seterusnya, jika perkara ini tidak berlaku, kita minta MP dari pakatan Rakyat yang ada di dalam Parlimen agar mengusulkan perkara ini untuk dilaksanakan dengan segera.

Dari rakyat untuk rakyat.....rakyat sejahtera negara berkat...

kota raja"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan