Isnin, 2 Mac 2009
Lembu oh lembu!
" Mengikut kalendar orang Cina, tahun ini tahun lembu. Bagi masyarakat beragama Hindu, lembu membawa pengertian tersendiri. Untuk masyarakat Islam, lembu merupakan binatang yang boleh digunakan untuk mendekatkan diri dengan Allah menerusi ibadah korban, aqiqah, kenduri dan zakat.
Bagi masayarakat Malaysia, pada tahun lembu ini, lembu menjadi isu. Yang pasti lembu tidak menjadi korban, tetapi lembu dijadikan isu untuk menjadikan pihak lain sebagai korban. Cuma yang diharapkan ialah masyarakat Malaysia biarlah menjadi manusia, jangan jadi lembu.
Lembu oh lembu! Melihat kepada isu penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, isu lembu diketengahkan disamping isu Lexus. Lembu lagi! Tahun ini lembu jadi megah. Masuk akhbar masuk mahkamah. Lembu sudah boleh menjatuhkan manusia. Lembu sudah boleh mendakwa manusia. Siasatan SPRM terhadap Tan Sri Khalid berkemungkinan ada asasnya untuk menjadi kes. Cuma yang menghairankan ialah kemana perginya segala laporan terhadap bekas MB Selangor dulu? Tiada siasatan atau tiada kes? Atau salahguna bekas MB dulu tidak melibatkan lembu? Lembu lagi! Ke mana perginya kertas pendakwaan terhadap ahli parlimen Kuala Kangsar? Atau telah diberakkan oleh lembu-lembu? Atau telah dikencing oleh lembu-lembu? Akhirnya rakyat telah dikencing lembu.
Melihat kepada senario politik hari ini, pelbagai isu dan agensi kerajaan telah digunakan atas satu tujuan; menjatuhkan PKR. Segala-galanya dihalakan kepada PKR daripada rasuah, lompat hinggalah ke isu bogel. Media perdana cukup bernafsu menjadi tunggangan sang penguasa; lembu tunggangan. Sedangkan pelbagai isu lain yang sepatutnya diketengahkan diabaikan begitu saja. Yang penting, isu mestilah sesuai dengan nafsu bukannya kepentingan atau keperluan. Lembu oh lembu! PAS dan DAP jangan duduk sedap. Kena ingat kedudukan samalah seperti di hujung tanduk lembu. Lembu lagi! Sampai masanya, tunggu dan rasa. Begitulah Malaysia. Yang baru naik jadi macam lembu baru tumbuh tanduk. Gatal! Habis disondol pokok pisang dan apa yang ada. PAS dan DAP beringat!
Tak larat nak taip! Pergolakan politik hari ini memualkan, menjijikkan dan menyesakkan nafas. Cuma nak diingatkan ialah rakyat jangan jadi lembu. Jadi tuan lembu. Cukup umur, kita aqiqahkan, kita korbankan. Cukup nisab dan haul, lembu kita zakatkan. Jangan jadi lembu ...... dia jadi korban pahala dapat kepada tuannya. Lembu dapat sakit. Dari hidup sampai ke mati. Dah mati, kulit dibuat gendang, kena pukul lagi. Jangan jadi lembu! Jadilah tuan lembu yang mengenal lembu-lembunya. Kalau tidak, tak boleh dijadikan ibadat. Siapa lembu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan