Khamis, 19 Mac 2009
Mahathir Akan Jatuhkan Najib
" Tidak lama selepas PakLah ambil alih jawatan PM, Mahathir mula meluahkan kekesalan kerana memilih PakLah. Pengakuan Mahathir bahawa pada masa itu, Najib yang lebih dikehendaki ahli UMNO tetapi dia tetap memilih PakLah. Mungkin pada masa itu Mahathir melihat PakLah agak lembut dan senang mengikut telunjuk bila dia berada di belakang tabir. Mahathir meletak jawatan dengan terpaksa. Dia memang ingin kekal selamanya duduk atas singgahsana pemerintahan negara tetapi rakyat yang memaksa. Ahli UMNO juga memaksa. 'Serigala serigala lapar' UMNO yang siap menanti hendak membaham harta negara tidak sabar untuk melihat Mahathir turun dari takhta.
Mahathir tidak memilih Najib mungkin pada pandangan Mahathir Najib agak cerdik dan susah ikut telunjuk. Takut nanti 'lawan tauke'. Rupa rupanya PakLah pun sama. PakLah tidak mengambil masa yang lama untuk menghentikan projek projek Mahathir. Bila sahaja projek jambatan bengkok dihentikan maka bermulalah episod peperangan Mahathir Paklah hingga ke hari ini. Hari ini Mahathir menanti PakLah berhenti dan diganti oleh Najib. Tetapi persiapan kali ini agak berlainan. Mahathir sudah bagi amaran awal awal lagi akan menjatuhkan Najib dalam perjumpaan dengan MUBARAK baru baru ini.
Mahathir mungkin memberi alasan 'kalau', 'kalau' Najib pilih orang rasuah Mahathir akan jatuhkan, 'kalau' Najib lemah dia akan jatuhkan, 'kalau' Najib biarkan Rosmah masuk campur urusan negara dia akan jatuhkan dan seberapa banyak kalau. 'Kalau' ini cuma sekadar alasan yang akan dicari oleh Mahathir. Yang lebih utama bagi Mahathir adalah sesiapa sahaja yang tidak ikut telunjuknya akan dijatuhkan. Mahathir masih ingin menjadi orang yang utama mencorakkan negara. Dia hendak mengawal semuanya. Dia masih bermimpi bahawa dialah segala galanya bagi Malaysia. Jadi mimpinya ini hanya akan bertambah indah bila Mukhriz berada ditampuk utama negara. Jadi satu jalan ringkas perlu dicari supaya Mukhriz cepat berada di sana. Jadi tidak mustahil PM selepas ini hanya memerintah sepenggal atau mungkin tidak sampai setengah penggal.
Jadi jalan terbaik bagi puak puak Najib kenalah berjaga jaga dari awal. Pengaruh Mukhriz perlu dibenam sejak dari awal. Jangan biarkan Mukhriz jadi Ketua Pemuda.
Jika ahli UMNO puak Najib sudah nampak perkara ini, tidak mustahil Khir Toyo akan menang jawatan Ketua Pemuda.
Selamat bercakaran sesama sendiri diucapkan kepada UMNO. Negara memang lubuk harta bagi kamu dari dulu lagi. Tidak heranlah kaji selidik yang dilakukan Merdeka Centre merumuskan hanya 16% sahaja orang melayu yang masih mahu UMNO mentadbir negara. 84% sudah tidak percaya kepada UMNO lagi.
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan