Khamis, 5 Mac 2009

Malaysia Sudah Jadi Negara KUKU BESI, Pakatan Ucap Terima Kasih Pada BN


Nampaknya suasana politik Malaysia sudah mencapai tahap terburuknya semalam bilamana sidang DUN Perak yang sepatutnya berlangsung di dalam dewan terpaksa dibuat di bawah pokok lantaran tindakan jahil SUK Perak yang mengunci Pintu Masuk Utamanya.

Seluruh dunia menjadi saksi bahawa Barisan Nasional yang merampas Perak dari Kerajaan pilihan Rakyat kini mempergunakan segala jentera Kerajaan untuk menghalang kebangkitan rakyat.


Penglibatan Polis, SPRM, SPR, Mahkamah dan juga SUK Perak bagi menghalang persidangan itu jelas melampaui batas politik dan perundangan negara.

BN yang menjadikan intitusi beraja di negara ini sebagai perisai menghadapi rakyat harus melihat kembali pendekatan mereka ini. Mereka seharusnya belajar dari kekalahan teruk pada 8 Mac tahun lalu.

Malangnya segala tindakan mereka akhir-akhirnya telah menyebabkan jurang antara mereka dan rakyat semakin jauh. Peningkatan undi dan simpatis kepada Pakatan Rakyat begitu ketara sekarang.

Setiap petang kalau kita melihat siaran berita NTV7 jam 7 malam kita akan menyaksikan undian SMS yang melibatkan isu-isu Perak atau berkaitan dengan tindakan Kerajaan BN pastinya semua menjurus kepada pemikiran dan sokongan kepada pandangan Pakatan.

Secara tidak langsung walaupun kehilangan Perak, Pakatan masih lagi boleh tersenyum dan mengucapkan salam terima kasih kepada BN kerana segala tindakan mereka sekarang amat menguntungkan pihak Pakatan.

Jika sebelum ini Pakatan terpaksa berhempas pulas menyakinkan rakyat akan kebobrokan dan juga sikap rakus pemimpin BN, sekarang ianya tidak begitu perlu kerana BN sendiri telah mendedahkan diri mereka yang sebenarnya.

Pakatan tidak melihat kehilangan Perak adalah untuk selamanya. Pastinya Perak bukan seperti Terengganu, kerana disana BN masih mahu menggunakan saluran pilihanraya untuk rampas Kerajaan dan ini sekaligus menjadikan rakyat tertarik untuk mempercayai BN seketika waktu lagi.

Namun, peluang itu sudah tiada di Perak. Malah harapan itu semakin hangus bilamana BN terus meneruskan memainkan isu tanah dan kuasa perkauman Cina vs Melayu dalam soal urus tadbir negeri.

BN lupa bahawa negara kita mengamalkan urusatadbir bercorak demokrasi dan dalam masa yang sama hak Melayu sentiasa terpelihara di Perak melalui kuasa Sultan dan Menteri Besar.

Jadi istilah Kerajaan KUKU BESI yang mulai menjalar dalam mulut masyarakat kini akan terus menerus memperingatkan rakyat akan kezaliman BN ini. Pastinya kuasa tirani ini akan runtuh dengan bangkitnya rakyat selepas ini. Samada melalui proses pilihanraya atau jalanraya, rakyat kini sudah melihat banyak ruang dan peluang ke arah perubahan itu.

Hatta dalam organisasi Polis, Tentera dan penguatkuasa yang lain, masih ramai lagi mereka yang berhati mulia dan tahu apa itu kerajaan halal dan apa itu kerajaan haram. Mereka hanya menanti saat dan peluang untuk meraikan kebebasan diri mereka walaupun kini mereka masih dirantai dengan akujanji dalam perkhidmatan.

Hakikatnya aku janji itu hanyalah pada Allah, ketaatan dan juga segala tindakan itu haruslah kerana Allah kerana sesiapa yang tunduk dan takut pada selain dari Allah maka kufurlah dia dengan sendirinya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan