Ahad, 22 Mac 2009

Muhammad Bercakap Ikut Sedap Mulut

" Bernama telah menemuramah Muhammad Muhd Taib berkaitan pelbagai perkara, termasuk misi dan visinya bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Saya benar-benar kecewa apabila membaca semua soalan dan jawapan yang diberikannya. Itu sahajakah tahappemikiran pemimpin UMNO yang dikategorikan sebagai veteran itu?

Pada bahagian-bahagian tertentu, lain yang ditanya, lain yang dijawab. Bila bercakap ikut sedap mulut, banyaklah tembelang yang pecah. Sehubungan itu, terserlah imej tidak cerdik yang memalukan dirinya sendiri. Anda perlu membaca teks penuh wawancara itu untuk melihat sendiri semua perkara yang diulas dalam artikel ini. Lihat http://www.malaysiakini.com

Soalan:
Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh UMNO untuk menarik kembali sokongan rakyat terhadap parti ini selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu?

Dia ada sebut tentang UMNO kena ada proses restorasi. Ini bukan cabaran. Ini termasuk dalam projek yang hendak dilaksanakan. Calon Timbalan Presiden UMNO pun tidak tahu membezakan antara cabaran dengan projek. Semua yang dicecehkan dalam jawapan seterusnya tidak berkaitan langsung dengan soalan. Hentamlah labu!!!

Apakah 20 tahun cukup untuk bangunkan satu kaum yang begitu lama ketinggalan kerana dipetisejukkan di tepi sungai dan pantai dengan mentaliti yang terperangkap?

Pertanyaan di atas dihamburkan semasa mengulas tentang DEB. Sebelumnya dia menganggap pencapaian 18% ekuiti Bumiputera sebagai satu kejayaan. Memang betullah kata orang, Melayu mudah puas hati. Di sana sini rakyat mengkritik kegagalan DEB, Muhammad puas hati. Jika beginilah sikapnya, bala menanti orang Melayu jika dia jadi TPM.

Satu tanda tanya timbul berikutan fakta sebenar kegagalan DEB yang langsung tidak disentuh oleh Muhammad. Dia membutakan mata tentang hal itu. Apa muslihat dia? Mengapa memilih jalan mengabui mata orang lain yang celik? Tidakkah perbuatan itu cuba menyembunyikan sesuatu?

Pemimpin UMNO sendiri yang mengeluarkan kenyataan tentang kegagalan DEB disebabkan oleh ketirisan, kebocoran, salah guna kuasa, dan kronisme. Sebab itulah dia langsung tidak jawab soalan di bawah ini:

Soalan:
Tapi Tan Sri, ada persepsi bahawa UMNO itu tidak memperjuangkan kepentingan orang Melayu tapi UMNO memperjuangkan kelompok tertentu, perjuangan untuk kroni?

Jawapan yang diberikannya tiada kaitan langsung dengan soalan. Dari sudut psikologi, orang yang bertutur itu sedang menghadapi tekanan hebat sehingga gagal mengawal diri. Sebab itu pemikirannya mendongkol.

Kaji track record sebagai pemimpin. Bagaimana saya wujudkan bandar Melayu di Shah Alam, Bangi, dan Damansara.

Ini kenyataan masuk bakul naik bas. Mengapa tak sebut tentang bawa duit juta-juta dan kena tangkap di Australia? Kenapa tak cakap tentang larikan Ku Yah hingga sultan murka? Track record itu bukankah lebih hebat? Tak terpecahkan oleh sesiapa pun di Malaysia!!!

Kalau parti lemah dan bertelagah ... orang Melayu akan lemah dan orang Melayu berpecah.

Inilah generalisasi paling tidak masuk akal yang selalu keluar dari mulut cabul pemimpin UMNO. Apa kena mengena orang Melayu keseluruhannya dengan perpecahan orang Melayu yang menjadi ahli UMNO? Orang Melayu UMNO nak bergaduh, nak berparang, nak pecah kepala, atau apa-apa pun lantak dialah. Janganlah seret orang Melayu di luar UMNO. Mereka tidak bersalah dan tiada hak untuk masuk campur.

Adakah Muhammad sudah hilang akal dan hendak memberitahu orang Melayu; jika UMNO berkubur, orang Melayu akan terjun lubuk juga? NO WAY!!! Orang Melayu akan terus hidup sekalipun tanpa kehadiran UMNO. Sampai satu ketika nanti, UMNO hanya dianggap menyemak dalam politik Malaysia kerana tidak dipedulikan oleh orang Melayu lagi.

UMNO harus incorporate falsafah dan idea orang muda. Orang muda nak ketelusan dan sesuatu yang adil, dan UMNO perlu ada pendekatan baru yang sesuai.

Orang muda akan tersenyum sumbing bila membaca penjelasan ini. Teluskah UMNO membenarkan perasuah terus memegang jawatan Ketua Menteri Melaka? Adilkah UMNO membentuk kerajaan haram di Perak? Pendekatan baru yang paling sesuai dilaksanakan untuk menarik orang muda menyertai UMNO ialah meniru cara licik Khairy merasuah perwakilan sehingga tidak hilang kelayakan untuk bertanding apa-apa juga jawatan setiap kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan.

UMNO tak sorok hukuman, terbuka dan boleh dikritik, dasar terbuka yang menyebabkan rakyat boleh bersuara dan mengkritik dan memperbetulkan kesalahan yang ada.

Rakyat Malaysia amat berbangga mempunyai seorang pemimpin yang bernama Tan Sri Muhammad Muhd Taib jika pernyataan di atas keluar dari hati yang tulus ikhlas. Malangnya, pelbagai pihak mengkritik rampasan kuasa di Perak tidak bermoral, salah, dan perlukan pembubaran DUN untuk membetulkan kesalahan itu. Apa reaksi UMNO terhadap gesaan itu? Jawapannya: UMNO terus memekakkan telinga, sanggup turun naik mahkamah, mempergunakan institusi raja yang selalu mereka derhakai, dan mencabul kedaulatan undang-undang serta keluhuran perlembagaan. Anehnya, tiada penguatkuasa yang ambil peduli tentang pemerkosaan UMNO terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara yang berkenaan.

Oleh sebab itu, rakyat yang akan mengundi di Bukir Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai perlu menolak UMNO/BN dalam PRK yang akan dijalankan pada 7 April 2009 nanti. Gunakan undi anda untuk menguburkan UMNO/BN. Berikan undi anda kepada PAS dan PKR!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan