Rabu, 11 Mac 2009
Oleh kerana ketakutan, “Pokok Demokrasi” pasti ditebang BN
Pokok Demokrasi” yang kini telah menjadi simbol perjuangan rakyat Perak mempertahankan demokrasi pasti akan ditebang oleh kerajaan Barisan Nasional tidak lama lagi.
Menurut seorang teman aktivis mahasiswa tahun 1974, sebuah pokok dihadapan Perpustakaan Universiti Malaya tempat dimana “Sudut Pidato” mahasiswa dijalankan telah ditebang selepas gerakan mahasiswa dipukul oleh pemerintah Barisan Nasional yang dikepalai oleh Tun Razak pada ketika itu.
Kini, “Pokok Demokrasi” menunggu masa untuk ditebang oleh pemerintah Barisan Nasional yang akan dikepalai oleh anak Tun Razak tidak lama lagi.
Ketakutan pada bayang-bayang sendiri akan menjadi faktor utama diatas tindakan ini. Tunggu dan lihat sahajalah. Kepada rakyat Perak, jika pokok tersebut ditebang nanti, ambillah gambar dan videokanlah agar generasi akan datang akan dapat lihat bagaimana pokok juga turut ditakuti oleh pemerintah BN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan