Isnin, 30 Mac 2009

Pak Lah minta penyokong Najib bersabar tunggu peralihan kuasa

Laporan Berita Harian hari ini memetik kata-kata Pak lah tentang isu tarikh peralihan kuasa sebagai respon kepada pengikut Najib;

"Tunggulah, jangan minta saya cakap apa-apa pasal ni. Sabarlah...ia (peralihan kuasa) akan berlaku pada masanya," katanya pada sidang media selepas melancarkan projek Puncak Baru sempena pembangunan semula tapak pasar minggu Kampung Baru, di sini, pagi tadi.

Semua orang tahu bahawa Pak Lah kini ditekan untuk menyegerakan perletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri untuk diberikan pada Najib.

Tiada orang yang tekan Pak Lah untuk letak jawatan pada masa. Hatta pihak Pembangkang pun desak agar Pak Lah tak letak jawatan jika Najib penggantinya.

Apa yang pasti, mereka yang tak sabar untuk melihat Pak Lah letak jawatan adalah orang-orang Najib. Mereka mahu Najib segera jadi PM agar mereka juga boleh berkuasa.

Begitulah nasib Pak Lah yang kini bagai telur dihujung tanduk, habis madu sepah dibuang.

Sewaktu Mahathir umumkan akan meletak jawatan dulu, pemimpin Umno melompat naik ke pentas untuk pujuk beliau. Tetapi bila Pak lah Umum peralihan kuasa, para perwakilan dan pimpinan Umno bertepuk sekuat hati. Mereka tak sabar melihat Abdullah turun dari segala jawatannya.

Nampaknya Pak Lah bakal menerima masa depan yang gelap dalam dunia persaraannya. Umno pasti akan lupa padanya dan mungkin Pak Lah akan memilih untuk menghabiskan masa dirumah beliau di Australia selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan