Jumaat, 20 Mac 2009

PAKATAN RAKYAT PARLIMEN GELANG PATAH

"Tanggal 17 Mac 2009 bertempat di Dewan Ar Radzi (Pejabat PAS Bhgn Gelang Patah), Taman Universiti, Skudai, Johor adalah detik bersejarah bagi PKR, PAS dan DAP dimana terbentuknya organisasi bagi memantap dan mengeratkan lagi kerjasama dalam Pakatan Rakyat

Bermula dari cetusan idea Sdr. Nazri yang mahukan kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat di Gelang Patah dipereratkan dan susulan pertemuan pada 06 Mac 2009 lalu, maka satu mesyuarat telah diadakan pada malam tersebut. PKR Bahagian Gelang Patah diwakili oleh En. Abdul Manan Othman (Pemangku Ketua Bahagian), Sdr. Mohd Nazri Ismail (Pen. Setiausaha), Sdr. Ramli b. Ahmad (Naib Ketua AMK), Sdri. Dewi (Wakil Wanita), Sdr. Zainalhelmi (Pengerusi Tetap AMK) dan beberapa pimpinan yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut.
PAS Gelang Patah pula diwakili oleh Tn. Hj. Md Shah bin Lamat (Yang Dipertua), Tn. Hj. Dzulkifli Ahmad (Timbalan Yang Dipertua), Sdr. Musa bin Abdul Wahab (Setiausaha), Utz. Zaifiddin Isa (Ketua Pemuda), Pn. Sabariah bt Mohd Amin (Ketua Muslimat) dan Sdr. Ayob bin Embong (Ketua Penerangan) manakala DAP di wakili oleh Sdr. Low (Ketua Pemuda), Puan. Ng (Ketua Wanita) dan Pn. Tan (Ketua Penerangan). YB Dr. Boo (ADUN Skudai) tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut berikutan beliau dijemput sebagai Penceramah Jemputan di Kempas, Johor.
Dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan bahawa 2 organisasi dibentuk iaitu :-

1. Majlis Pengerusi Pakatan Rakyat Gelang Patah
2. Saketeriat Pakatan Rakyat Gelang Patah

Pada mesyuarat tersebut, semua telah bersetuju untuk memperkemaskan dan menyelaraskan program/aktiviti serta gerak kerja bagi memperkukuhkan lagi semangat kerjasama. Keputusan pilihanraya umum ke-12 adalah sebagai rujukan untuk memperkuatkan dan memperkemas lagi gerak kerja. Memperbanyakan perjumpaan dengan masyarakat setempat dan beberapa program bersama telah juga telah diusulkan untuk diperbincangkan dengan lebih lanjut.

Harapan dengan terbentuknya Majlis Pengerusi Pakatan Rakyat Gelang Patah dan Saketeriat Pakatan Rakyat Gelang Patah agar jentera setiap parti bergabung bagi menumbangkan Umno/Bn di Gelang Patah serta mengekalkan kemenangan di DUN Skudai.


--
Posted By Suara AMK Gelang Patah to Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan