"Peristiwa Perang Uhud di zaman Nabi saw mengajar umat Islam, bila segelintir tentera Islam tidak patuhi perintah ketua lalu meninggalkan Bukit Uhud yang sepatutnya tidak boleh ditinggalkan, disebabkan sifat tamak merebut harta telah menyebabkan tentera Islam diserang kembali sehingga Nabi sendiri cedera.
Pengajar dari Gazza, Palestin bila kuasa HAMAS yang menang di Palestin dirampas oleh FATAH. Maka di Perak walaupun tidak sama, tapi situasi kejadian itu ada persamaan.
Kerajaan Pakatan Rakyat tidak hilang. Cuma para pimpinan PR Perak yang diketuai oleh MB DS Ir Nizar dan EXCOnya sekadar berundur selangkah demi meredakan situasi tidak menentu di Perak sebaik UMNO/BN Perak diketuai oleh anak lelaki Razak merampas secara remote control dari Kuala Lumpur, kemudian masuk istana dari pintu belakang...
Berlakulah apa yang sedang disaksikan oleh rakyat Malaysia. Amat hodohnya perlakuan politik rakus dan kejam yang dilakukan oleh UMNO/BN di Perak itu. Amat tidak bertamadunnya para pimpinan UMNO/BN Perak yang dikepalai oleh anak lelaki Razak itu merompak disiang hari ke dalam rumah yang ada tuan dan penghuni yang sah berkuasa di Perak.
Amat tidak beradabnya UMNO/BN Perak merampas kuasa rakyat Perak yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Ketika rakyat Perak sedang bergembira merayakan Hari Keputeraan Sultan Perak. Tiba-tiba para pimpinan UMNO/BN Perak merompak dan merampas kuasa rakyat dan memalukan Sultan.
Amat tidak tahu malunya para pimpinan UMNO/BN Perak ketika merompak dan merampas kuasa disiang hari.
Benarlah, kuasa rakyat Perak dirampas oleh pimpinan UMNO/BN yang diibaratkan seperti gerombolan lanun ditengah laut merompak kapal.
Kenapa semua itu dilakukan oleh UMNO/BN Perak. Kalau mereka jenis bangsa yang bertamadun, beradab, berhati perut, berakhlak, tahu undang-undang dan perlembagaan, tahu erti malu dan sopan. Mereka tidak akan lakukan.
Tapi, itulah jenis spesis lanun yang rakus, gila harta, gila kuasa dan gila projek...
Mereka tidak mengerti undang-undang dan perlembagaan. Jauh sekali untuk meletakkan adab, akhlak dan sikap hormati sesama manusia sebagai asas kerukunan dalam masyarakat.
Akhirnya, sebagai rakyat yang bermaruah dan berdaulat Rakyat Perak pelbagai kaum dan agama wajar bersabar menempuh situasi kritikal dan krisis politik yang dimulai oleh 3 ekor katak yang tidak bermaruah. Mungkin makhluk katak ciptaan Allah yang tidak berakal yang hidup dimuka bumi lebih mulia daripada 3 ekor katak jadi-jadian itu.
Rakyat Perak khasnya para penyokong Pakatan Rakyat hendaklah banyakkan doa, solat hajat dan minta pertolongan Allah mudah-mudahan terbuka hati Sultan untuk kembali kepada kebenaran dengan membatalkan perlantikan MB Perak kedua dan EXCOnya dan mengembalikan kuasa MB Perak kepada DS Ir Nizar dan EXCOnya.
Itulah harapan seluruh umat dan rakyat Perak untuk melihat keadilan tertegak kembali di bumi Perak Darul Ridhuan.
Hakikatnya, kerajaan rakyat Pakatan Rakyat tidak hilang dengan rampasan itu.
Pakatan Rakyat akan menang dengan izin Allah.
ALLAHU AKBAR!!!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan