Jumaat, 27 Mac 2009

Pandangan awal keputusan pemilihan Ketua Pemuda Umno Malaysia

Analisis ini saya akan buat seringkas mungkin.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah diistiharkan pemenang jawatan Ketua Pemuda Umno setelah mendapat undi sebanyak 304 berbanding Dato Seri khir Toyo yang merai undi sebanyak 252 undi.

Datuk Mukhriz Mahathir mendapat undi tercorot iaitu sebanyak 232.


Minggu lalu, Lembaga Disiplin Umno telah bersidang di atas beberapa tuduhan jenayah rasuah yang berlaku untuk menghadapi Perhimpunan Agung Umno tahun ini.

Antara yang dituduh ialah Khairy jamaluddin dan Datuk Seri Khir Toyo.

Khairy telah didapati bersalah melakukan jenayah rasuah oleh Lembaga Disiplin Umno tetapi cuma diberi amaran sahaja, manakala Datuk Seri Khir Toyo telah bebas dari tuduhan yang sama.


Jadi, jikalau di bandingkan diantara ketiga-tiga calon yang merebut jawatan Ketua Pemuda Umno itu, maka Datuk Mukhriz Mahathir lah yang dilihat paling bersih.

Setelah pengiraan undi [beberapa kali] telah dibuat, keputusan secara jelas menunjukkan, calon yang kelihatan paling bersih mendapat undi yang paling sedikit dan yang telah didapati bersalah, mendapat undi terbanyak.

Jadi, hal ini telah berlaku dan tidak hairanlah ada dikalangan bukan penyokong Khairy menjerit mengutuknya sebagai rasuah sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan. Tindakan ini menyebabkan pihak polis terpaksa masuk ke dalam dewan untuk campur tangan.

Didalam ucapan semasa meraikan kemenangannya, Khairy secara tersirat mengakui "Ketuanan Rakyat" yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat adalah lebih baik berbanding dengan "Ketuanan Melayu".

Bagaimana pun, saya menyerahkan kepada pembaca sekelian untuk menilai sendiri perkara ini dan soalan saya berdasarkan keputusan ini, adakah Umno akan bebas dari jenayah rasuah?

Di copy & paste dari :
http://lordazaab.wordpress.com/2009/03/26/analisis-ringkas-pemilihan-ketua-pemuda-umno-malaysia/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan