Memetik tulisan dari Blog Mahathir
“…pengerusi Lembaga Disiplin (Tengku Ahmad Rithaudeen) telah menyatakan yang beliau telah terima lebih 900 aduan berkenaan rasuah dalam pencalonan”
dan
“Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?”
Akhirnya kita boleh membuat kesimpulan bahawa ada sesuatu yang tidak kena kepada sistem pengurusan disiplin dalaman Umno. Memang pelik, dari 900 aduan tiada seorang pun calon yang bertanding didakwa dan didapati bersalah.
Seolah-olah ada kuasa eksklusif untuk melindungi mereka. Yang dihukum hanyalah juak-juak mereka yang bekerja dan melobi bagi pihak calon-calon ini.
Justeru itu, rakyat seharusnya sudah boleh melihat bahawa dari ratusan senarai yang menawarkan diri untuk merebut jawatan dalam Umno kali ini pastinya terselit orang-orang yang rasuah!.
Siapa mereka? pi la tanya Mahathir dan Tengku Rithaudeen!
Layakkah mereka ini diangkat jadi pemimpin. Layakkah mereka jadi wakil rakyat dan Menteri?
Umno bakal diwarisi oleh sekumpulan lanun darat jika orang-orang sedemikian tidak disingkirkan. Bukan setakat rasuah, salah laku jenayah pun ada.
Jika Pak Lah undur sekalipun masalah Umno tidak akan selesai. Memang ini masalah Umno. Mereka selalu takbur dan sebut bahawa orang Pas atau yang lain jangan masuk campur. Mereka nak masuk lubang najis pun lantaklah, itu bukan hal Pas atau parti lain. Itu hal Umno.
Malangnya mereka lupa. Yang dilantik menjadi pemimpin Umno itu jugalah yang akan jadi menteri. Bila jadi menteri dia sudah jadi hal rakyat, hal Pas dan seluruh negara. Jadi kami berhak untuk tahu dan tegur. Orang Umno nak terjun lubang najis pun kami tak peduli, tapi kami tak mahu pemimpin yang memimpin negara nanti seorang perasuah, penjenayah, pembunuh dan tidak bersih rekodnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan