Umno tidak dilihat perjuangkan Islam
Oleh Abdul Rahim Sabri
Umno gagal membentuk persepsi di kalangan rakyat mengenai apakah yang sebenarnya diperjuangkan oleh parti tersebut, kata wakil Pemuda Umno, Ustaz Syahrin Jamaluddin.
Beliau yang juga pengerusi Forum Perdana Islam di RTM berkata, maklum balas tersebut diperolehi melalui forum berkenaan.
Berucap membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, Syahrin berkata, maklum balas menunjukkan Umno tidak dilihat memperjuangkan Islam.
"Kita tewas untuk membentuk persepsi di kalangan akar umbi mengenai apa yang kita perjuangkan.
"Sebagai contoh, pelajar Malaysia di Jordan, Mesir dan di Universiti Islam Malaysia (UIA) - walaupun belajar agama - tetapi dikatakan sia-sia kerana masuk Umno.
"Persepsi ini amat bahaya kepada Umno," katanya sambi menambah bahawa orang agama yang menyertai Umno dipandang sepi dan diperlekehkan.
"Sedangkan (bagi) pembangkang, tak payah belajar, yang belajar sains pertanian pun dipanggil ustaz.
Imej agama
"Mereka ini dipandang lebih tinggi berbanding dengan tokoh-tokoh agama dalam umno," tambahnya.
Sehubungan itu, Syahrin menyarankan supaya Presiden baru Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan imej agama dalam Umno.
Untuk tujuan itu, katanya, media massa perlu memainkan peranan penting untuk merealisasikan matlamat tersebut.
"Program dalam saluran-saluran di televisyen tidak mencerminkan perjuangan agama yang hendak kita bawa.
"(Manakala) program-program ilmu yang berteraska agama adalah banyak dan mendapat pengikut yang ramai.
Panel syariah
"Tetapi rancangan itu disiarkan pada waktu yang tidak sesuai...tengah malam, (masa) orang tengah mengantuk," tambahnya.
Menurut Syahrin, ini berlaku disebabkan oleh kekurangan tajaan untuk menayangnya pada waktu perdana.
Oleh itu, beliau menyarankan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Tabung Haji menaja program berkenaan untuk ditayangkan pada waktu perdana.
Beliau juga menyarankan supaya ditubuhka panel syariah di stesen televisyen swasta kerana kebelakangan ini "banyak cerita-cerita Indon yang pelik-pelik disiarkan".
Selain itu, katanya, penubuhan panel itu juga menjadi pelaburan dalam usaha untuk memulihkan semula imej Umno dan untuk pembangunan modal insan Islam.
Herman-Akhirnya mereka mengaku juga bahawa Pas diterima rakyat sebagai pejuang Islam. Inilah yang membezakan Pas dengan Umno, walaupun mereka mempunyai segala kuasa dan juga media untuk menonjolkan kehebatan mereka namun rakyat lebih kenal siapa perjuang Islam yang sebenarnya.
Pemimpin Pas yang tidak pernah dipanggil menyertai Forum dikaca TV RTM atau Stesen TV milik media Prima ternyata lebih diminati dan dihormati. Mana-mana penceramah yang digam kerana sertai Pas seperti Dr. Harun Din, Ismail Kamus dan ramai lagi begitu mendapat sambutan dalam masyarakat.
Selain itu Pas juga berjaya melahirkan ramai penceramah agama dari kalangan Jurutera, Peguam, Doktor, Guru, Artis dan sebagainya. Inilah yang paling menarik perhatian rakyat kerana Pas sudah berjaya membuktikan bahawa penceramah agama itu bukan sahaja orang yang belajar di bidang Pengajian Islam sahaja.
Mereka yang belajar dibidang lain juga boleh asal sahaja mereka juga sudi meluangkan masa membuat kajian dalam bidang agama disamping mengabung jalinkan ilmu dunia dan akhirat dalam akal yang dikurniakan Allah.
Kalau dalam Umno, nak bercakap tentang agama kena ada surat kebenaran, kena ada sijil Pengajian Islam dan sebagainya, walhal ilmu Islam itu luas tidak semestinya kena belajar Pengajian Islam dan dapat Sijil. Ramai diluar sana yang belajar tentang Islam dan hafal al-Quran tapi tiada sijil. Sijil itu hanya keperluan dunia walhal orang yang berilmu itu tidak perlukan sijil untuk dia curahkan ilmu.
Umno buatlah apa yang mereka nak buat, tapi Allah tetap akan mengangkat orang yang memperjuangan Islam dengan Ikhlas bukannya kerana inginkan kuasa dan tamakkan dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan