Isnin, 16 Mac 2009

Peralihan Kuasa PM Mac 2009

" Rakyat perlu tahu dan faham peralihan kuasa Presiden UMNO itu terpulang kepada seluruh ahli-ahli UMNO melalui pemilihan parti mereka. Tetapi jawatan Perdana Menteri bukan hak UMNO dan bukan juga UMNO yang pandai-pandai menunjuk bahawa si pulan bin si pulan atau Presiden UMNO menjadi syarat sebagai PM.

Selama ini UMNO seolah-olah menjadikan jawatan PM itu hak milik mutlak mereka. Sehingga calon lain bukan dari UMNO tidak layak jadi PM Malaysia.

Pada hal mengikut Perlembagaan Negara Raja Berpelembagaan hak melantik PM itu ialah Yang Di Pertuan Agong dan mesti melalui Parlimen atau parti yang mempunyai kuasa MAJORITI dalam Parlimen Malaysia. Bukan dalam persidangan UMNO. Kita pohon pakar Perlembagaan dan Undang-undang Negara kita menghurai dan menjelaskan perkara ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia diperbodohkan oleh UMNO/BN selama 50 tahun dengan seolah-olah jawatan PM itu konon atas nama Melayu demi survival bangsa Melayu UMNO semata-mata.

Semangat Demokrasi dan Perlembagaan Negara dalam makna Raja Berperlembagaan memang bangsa Melayu adalah syarat seorang PM Malaysia bukan orang UMNO. Ini bermakna Melayu dalam PAS dan PKR adalah layak menjadi PM sekiranya kedua-dua parti PAS dan PKR atau lain-lain parti yang dikuasai Melayu mempunyai sokongan majoriti dalam Parlimen sekarang.

Sudah diketahui rakyat rancangan peralihan kuasa versi UMNO ialah pada 2010 seperti yang telah diumumkan oleh DS Abdullah Badawi atas nama sebagai Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri. Tiba-tiba ia diundur cepatkan pada Mac 2009. Jelas ia bukan perancangan sebenar DS Abdullah Badawi.

Lihat apa yang berlaku di Perak, tiba-tiba MB Perak DS Ir. Nizar seorang yang diperkenan oleh DYMM Sultan Perak yang mendapat sokongan majoriti dalam DUN hari ini telah dirampas kuasa majoriti itu secara lanun bukan melalui pilihanraya atau perundangan. Kemudian UMNO/BN konon mendapat majoriti secara HARAM dam LANUN melantik Zambri sebagai MB, betulkah Zambri seorang Melayu seperti yang disyaratkan oleh Undang-undang dan Perlembagaan Negeri Perak? Kalau melihat susuk wajah dan warna kulit Zambri seperti bukan orang Melayu? Mohon maaf sekiranya tulisan ini menyentuh isu kaum.

Penulis tidak berniat untuk merendahkan mana-mana bangsa atau kaum. Sebab kaum dan bangsa itu cuma sekadar perbezaan untuk saling kenal-mengenali sesama manusia bukan untuk dibanggakan, sebab bangsa tidak menjadikan seseorang itu mulia atau berdarjat, tetapi mulia dan darjat sesuatu bangsa atau peribadi itu ialah diukur dari iman dan taqwanya. Itulah ajaran Islam yang terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Kesimpulannya, jawatan PM mengikut Perlembagaan Negara Raja Berperlembagaan ialah mesti seorang Melayu kerana negara ini bangsa Melayu adalah kaum majoriti, mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen dan diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong.

Seorang Presiden UMNO bukan syarat seorang PM Malaysia. Cuma secara kebetulan selama 50 tahun lalu Presiden UMNO masih mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen. Inilah yang mahu diekploit oleh UMNO sekarang dengan mengapi-apikan orang Melayu konon bila UMNO tidak lagi berkuasa Melayu akan hilang kuasa. Pada hal, hakikatnya lagi lama pimpinan UMNO yang rasuah, gila kuasa, gila projek dan gila bermacam gila terus diberikan kuasa politik, pasti kuasa orang Melayu sedikit demi sedikit akan terhakis bukti-bukti terlalu banyak. Orang Melayu perlu sedar perkara ini.

Rasuah begitu teruk merosakkan pemilihan pimpinan UMNO dari bawah hingga pimpinan tertinggi. Perkara itu diperakui majoriti orang UMN O sendiri, kalau tiada wang jangan cuba-cuba mahu masuk jadi calon walaupun sekadar ketua cawangan atau AJK UMNO.

Maka, pasti tidak ada harapan lagi untuk orang Melayu berharap dan berteduh dibawah pimpinan UMNO yang telah rosak kerana RASUAH, MORAL, JENAYAH DAN BERMACAM-MACAM LAGI SKANDAL. Orang Melayu perlu sekadar sebelum lagi terlambat.

Sekian dulu..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan