" Ustaz dan ustazah di sekolah agama rakyat harus menyedari peranan mereka sangat penting disekolah agama rakyat kerana sekolah agama rakyat mendapat tempat dihati masyarkat bukan kerana pencapaian akademik tetapi dari akhlak para pelajarnya. Umum mengetahi bahawa sekolah agama rakyat masa kini tidak lagi ketinggalan dari arus perdana dunia pendidikan samada dari segi pencapaian akademik mahupun aktiviti kokurikulum.
Walaupun dari aspek fizikal sekolah,sekolah agama rakyat mungkin tidak dapat menandingi sekolah sekolah kementerian, Maktab Mahmud ataupun sekolah agama bantuan kerajaan(SABK) namun dari aspek spiritual ataupun pengisian di sekolah agama masih utuh dan jitu.
Apa yang mahu ditekankan disini ialah peranan guru agama disekolah agama rakyat harus diperkasakan kerana merekalah tunjang dan nadi bagi sesebuah sekolah agama rakyat.Merekalah yang memberi tambah nilai kepada sekolah agama rakyat.Kepada merekalah diharapkan dapat menggalas tanggujawab membentuk sahsiah pelajar dan membimbing mereka berada di jalan yang betul dan benar.Era masa kini menyaksikan masalah social yang cukup jenuh diperkatakan dan diperdebatkan.
Suatu ketika dahulu peranan guru agama hanya dilihat terbatas kepada mengajar di kelas-kelas rutin,mengadakan kuliah-kuliah agama disurau ataupun ceramah-ceramah namun pada era kini guru agama di sekolah –sekolah agama rakyat haruslah mengorak langkah lebih kehadapan dan memperkasakan diri dalam peranan mereka di sekolah agama rakyat.Ini adalah kerana pelajar-pelajar yang ada disekolah agama rakyat waktu kini amat mencabar peranan guru –guru agama.Mereka boleh dikatogerikan pelajar-pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang.Ada dikalangan mereka dari kalangan keluarga yang berada yang memilih sekolah agama rakyat yang agak mahal daripada sekolah kementerian dengan tujuan untuk memperolehi tambah nilai dari sudut didikan akhlak dan ilmu agama.Ada juga dari keluarga miskin namun memilih sekolah agama rakyat oleh kerana para ilmuan agama dan didikan akhlak yang dipercayai dapat memberi tambah nilai.Ada juga pelajar yang memilih sekolah agama rakyat sebagai pilihan terakhir kerana tidak dapat memasuki SMKA ataupun sekolah agama yang bertaraf kementerian ataupun lembaga seperti maktab Mahmud.Ada juga disebabkan kelonggaran pihak sekolah agama rakyat menerima para pelajar dari pelbagai latarbelakang ini dengan tujuan untuk menambah kuantiti penuntut, mereka menerima para pelajar yang bermasaalah displin dan ahklak.Kepelbagaian latar belakang pelajar ini adalah cabaran kepada para guru agama di sekolah agama rakyat.Apa yang pasti masalah akhlak dan disiplin dewasa ini bukan sahaja melibatkan sekolah menengah biasa namun ianya menjadi perbincasngan dan isu di sekolah agama rakyat.
1. Ustaz dan ustazah di sekolah agama rakyat jangan terbatas peranan mereka mengajar didalam kelas sahaja.
1. Ustaz dan ustazah adalah ilmuan Islam.Mereka pasti sedar Nabi Muhammad tidak sekadar mengajar umatnya melalui percakapan dan bahasa bahkan melangkaui melalui tauladan,beramal,mendidik ,membentuk dan membimbing ummat.
1. Mereka harus mengolah dan menghurai pelajaran sesuai dengan konteks semasa.jangan mengikut cara lama kerana zaman sudah berubah.Para pelajar sangat sensetif,agresif .Zaman dahulu pelajar boleh dipaksa dan dirotan untuk pandai dan berakhlak namun masa kini pendekatan kreatif dan sikologi adalah cara terbaik mendidik para pelajar.Minat mereka harus dibentuk ke arah yang betul.ini kerana para pelajar sekarang sangat terdedah kepada minat –minat luar kelas yang sangat merosakkan akhlak.minat mereka harus dipandu dan di bimbing.
1. Ustaz dan ustazah haruslah turun padang mengetahui apakah sebenarnya watak dan akhlak para pelajar disebalik pakaian baju putih kopiah putih tudung labuh para pelajarnya.Ini penting untuk membentuk dan mendidik mereka dengan akhlak islam.Ramai pelajar yang ada kenalan untuk bercinta bahkan melangkaui kepada maksiat melalui penggunaan handphone.Banyak kes yang didapati handphone yang dimiliki pelajar mengandugi video lucah,gambar lucah,sms lucah dan sebagainya.
1. Ustaz dan ustazah haruslah mementingkan isu akidah, halal dan haram dan akhirat kepada para pelajarnya.inilah jati diri yang utuh yang harus disemai dan dibaja.
1. Ustaz dan ustazah mesti mengkaderkan para pelajarnya menjadi pebimbing masyarakat : Boleh menjadi khalifah bacaan surah Yasin,Tahlil,doa selamat ,solat jenazah,membaca khutbah jumaat,memandikan jenazah,menyembelih binatang,berucap dihadapan khalayak dan sebagainya.Jika peranan kita tidak melangkaui luar kelas bagaimana perkara ini hendak diwujudkan? Mereka harus membentuk usrah, bekerjasama dengan warden dan para guru menagdakan program-program pembentukan sahsiah dan melatih dan mengkaderkan mereka menjadi pembimbing masyarakat.Jangan lepaskan tanggugjawab ini kepada pelajar senior sahaja kerana ustaz dan ustzahlah murabbi dan mursyid terbaik yang boleh jadi ikutan.Mereka adalah rujukan utama sedangkan pelajar senior terbatas pengetahuanya.Jika para ustaz dan ustazah bersungguh hati mendidik maka para pelajar akan bersungguh jiwa membentuk peribadi mulia.
http://siddiqiah.blogspot.com/ KESIMPULANYA USTAZ DAN USTAZAH JANGAN MENGIKUT RENTAK TARI SEMASA MENGUMPUL HARTA MENGEJAR DUNIA.ALLAH SELALU MENGUJI ORANG BERIMAN DENGAN KESUSAHAN.RISAULAH HATI ORANG BERIMAN JIKA TIDAK DIUJI DAN SENTIASA SENANG LENANG.JADILAH PENDIDIK BUKAN SETAKAT MENGAJAR DIKELAS BAHKAN MEMBIMBING,MENDIDIK DAN MENTARBIAH PARA PELAJAR MENJADI PELAJAR YANG BERPERIBADI MUSLIM SEJATI
http://siddiqiah.blogspot.com/"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan