Ahad, 1 Mac 2009

Perkataan ‘celaka’ adalah lembut terhadap pemuda UMNO

" Apabila gerombolan Pemuda UMNO menyerbu dan cuba mengugut Karpal Singh untuk meminta maaf atas label ‘celaka’ yang diberikan kepada mereka di dalam Parlimen, ia sebenarnya telah mengesahkan yang gelaran tersebut memang tepat bagi Pemuda UMNO.

Tindakan bodoh ala gangter kampung ini adalah sifat tipikal bagi Pemuda UMNO dan parti induknya, yang sering kali bertindak diluar norma kerana menganggap kuasa politik yang mereka pegang itu membuatkan mereka ‘kalis’ dari segala bentuk hukuman.

Mengambil tindakan ‘counter-attack’ secara fizikal terhadap Karpal di luar parlimen ekoran dari sesuatu isu dalam parlimen memperlihatkan kedangkalan dan kebebalan pemikiran Pemuda UMNO.

Sepatutnya serangan ‘verbal’ lebih-lebih yang dibuat dalam parlimen, perlulah dibalas secara verbal juga didalam venue yang sama. Tidak adakah wakil Pemuda UMNO dalam parlimen yang boleh ‘berdebat’ secara intelektual sedikit dalam menghadapi ‘provokasi’ dari Karpal Singh. Serangan dari musuh perlu ditangani dengan pemikiran yang bijaksana dan bukan dengan emosi ‘amuk’ yang melulu.

Semangat ‘amuk’ pendekar-pendekar Melayu zaman silam tidak lagi releven dalam menangani isu-isu zaman ICT ini yang mana percaturan akal dan inteletual lebih dominan dalam menjamin kemenangan dalam sesuatu isu itu.

Dalam konteks ‘serangan’ diluar lobi parlimen itu, adalah tidak menghairankan kerana ‘serangan’ tersebut khabarnya diketuai oleh seorang anak mahaguru silat yang terkenal dengan sejarah memukul orang terutamanya kes di lapangan terbang itu.

Lebih memualkan apabila tindakan provokatif tersebut disokong penuh dan dipertahankan oleh Hishamudin serta Khairy. Pemuda UMNO Penang dan Selangor juga tumpang semangkuk dalam memberikan sokongan terhadap tindakan itu.

Nampak benarlah Pemuda UMNO ini seolah-olah anak penghulu yang seringkali membuat onar dan kejahatan di kampong tapi dipertahankan oleh bapanya seperti yang sering dipaparkan dalam filem-filem Melayu lama.

Lebih memalukan, ialah ‘follow-up’ cabaran-cabaran oleh Khairy Jamaluddin terhadap Karpal Singh yang nampak sangat bodohnya dan kebudak-budakan yang kononnya mandatori bagi Karpal Singh menjawabnya dalam masa 24 jam.

Seperti yang diduga, Karpal Singh langsung tidak melayan kerenah kebudak-budakan Khairy Jamaluddin dan Pemuda UMNO itu. Ekoran dari itu bebagai tuduhan dan gelaran telah dilabelkan kepada Karpal Singh.Melihat kepada lebel-lebel yang diberi itu, sebenarnya ia nampak lebih sinonim dengan sifat-sifat Pemuda UMNO sendiri.

Mengimbau kembali akan sejarah kata-kata serta tindakan-tindakan Pemuda UMNO ini, perkataan yang digunakan oleh Karpal Singh itu sebenarnya adalah terlalu berdiplomasi dan lembut bagi Pemuda UMNO dan induknya.

Pemuda UMNO sebenarnya lebih ‘deserve’ perkataan-perkataan yang lebih tepat untuk menjustifikasikan sifat-sifat mereka, lebih-lebih lagi sejak Khairy Jamaludin menjadi dominan nombor dua dalam Pemuda UMNO….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan