Jumaat, 13 Mac 2009

Pertemuan Pak Lah-Anwar di Hulu Langat: Benarkah ia satu kebetulan?

" Semua orang tertanya-tanya, apa sebenarnya berlaku tengahari tadi, sejurus sebelum Najib membentangkan mini big bajet! Tiba-tiba saja laman-laman blog dan berita internet menyiarkan gossip yang jauh lebih panas dari peristiwa huru-hara politik di Perak. Esok sudah pasti akan timbul bermacam-macam cerita dan sekali lagi membuatkan semua orang tertanya-tanya.



Anwar, menyangkal dakwaan pertemuan itu telah dirancang terlebih dahulu. Semua itu berlaku secara kebetulan, ujar beliau dalam anwaribrahimblog.com. Apa yang pasti, tulisan beliau dalam blog tersebut mengundang lebih banyak persoalan.

Esok, tunggu media yang dikatakan arus perdana mengeluarkan kenyataan Pak Lah pula. Sudah pasti, jawapan yang hampir sama akan diulang berulang-ulang.

Penulis politik, MSO pula mengesahkan ada pertemuan empat mata kedua-dua tokoh yang mempunyai matlamat yang sama, tetapi berjuang dari platform yang berbeza.

Apa yang ditunggu-tunggu oleh pengejar berita maya ialah reaksi Najib sendiri. Apakah najib akan terus mendengar nasihat daripada penasihat politik beliau untuk terus membatukan diri. Menunggu waktu puncak reda baru bersuara! Atau Najib akan hilang sabar kali ini, belumpun lagi penat dan lelah mengatur huruf dan angka ada peristiwa besar yang dirancang untuk berlaku serentak.

Ketika najib berpeluh-peluh menguli tepung kek ekonomi, ada sandiwara berlaku nun jauh di hulu langat sana. Sudah pasti esok orang berpusu-pusu mencari dan meneliti butir-butir bajet yang dibentangkan oleh calon perdana menteri yang baru. Pada masa yang sama, cerita pertemuan bersejarah anwar dan abdullah turut terseret menjadi modal bual bicara.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Walau apapun, Pak Lah sebenarnya masih belum terlambat untuk menyusun semula skrip politik. Jangan biarkan pemilihan UMNO yang bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi mencatat sejarah betapa negara ini pernah memiliki perdana menteri yang sangat lemah.

Sedangkan hakikatnya sesudah reda sedikit tsunami politik, Pak Lah telah berjaya mengatur gerak sendiri yang tidak kurang hebatnya. Ayuh Pak Lah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Jangan biarkan sejarah terus menipu, PM ke 5 Malaysia tidak selemah yang disangka.

http://suarasa.com
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan