"Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..
Kejadian kejadian muktakhir ini sedang menuju ke satu arah.Kebangkitan rakyat di sana sini sepatutnya diambil sebagai satu peringatan serius oleh pemimpin dan penyokong UMNO/BN betapa sokongan kepada kepimpinan mereka sudah semakin berkurangan.
Negara berada di bawah sisitem demokrasi berpelembagaan di mana suara rakyat akan menentukan masa depan pemerintahan negara.Hakikat ini samaada suka atau tidak mesti diterima oleh pemimpin dan penyokong UMNO/BN.Tidak ada gunanya lagi untuk mereka memutar belit kejadian kejadian yang berlaku semata mata untuk meraih sokongan rakyat.Keputusan PRU ke 12 sudah jelas menjadi "beginning of the end" pemerintahan rakus UMNO/BN selama lebih 50 tahun di negara kita.UMNO/BN mesti menerima perubahan minda rakyat dengan lebih terbuka dan sesuai dengan kehendak sistem demokrasi negara.UMNO/BN mesti mengakui bahawa usia mereka sudah sampai ke penghujung.
Perhimpunan rakyat di balai polis Brickfield merupakan kesinambungan kepada kebangkitan rakyat sebelum ini.Tidak perlu dihebohkan bahawa perhimpunan ini telah menimbulkan suasana tidak selesa rakyat kerana kekecohan yang dilakukan bukan berpunca dari rakyat yang berhimpun.Gangguan yang dicanangkan dari perhimpunan ini kalau dibandingkan hanyalah sedikit dengan gangguan "state of police" satu ketika dulu, jadi tidak perlu dicanangkan keseluruh negara betapa perhimpunan rakyat secara aman ini merupakan ancaman besar kepada negara.UMNO/BN juga tidak perlu lagi menggunakan polis bagi menakutkan rakyat kerana kebangkitan rakyat sudah menjadi semakin besar hari demi hari.UMNO/BN mesti menerima hakikat bahawa suara rakyat tidak lagi boleh dihalang.
Kenyataan Najib bahawa DUN Perak tidak boleh bersidang selagi dua kes mahkamah tidak diputuskan juga mengandungi unsur unsur yang double standard.Di satu pihak Najib mengakui bahawa kedudukan kerajaan haram Perak masih lagi tergantung dan tidak dapat disahkan selagi keputusan mahkamah tidak diperolehi sedangkan di satu pihak lain Najib menuduh tindakan speaker DUN Perak adalah usaha untuk menjatuhkan kerajaan haram BN Perak.Ini merupakan kenyataan yang mengelabah dari seorang pemimpin UMNO/BN yang bertanggungjawab merampas kuasa di Perak dengan cara yang tidak bijak dan terlepas pandang kedudukan dan kuasa yang diberikan oleh undang undang kepada speaker.Ini pula menjelaskan lagi kedudukan goyah UMNO/BN dan kata orang Najib sedang buang tabiat diambang kejatuhannya.
Najib sebelum ini, juga menyatakan lapuran cubaan rasuah RM20 juta dua ADUN PKR kepada SPRM sebagai lapuran palsu dan beliau tidak tahu menahu mengenainya.Najib seterusnya cuba menunjukkan "kejantanan"nya dengan mengugut untuk mendakwa pihak yang membuat lapuran palsu tersebut.Ini merupakan satu lagi petunjuk kepada penghunjung usia UMNO/BN kerana semua rakyat yang waras mampu berfikir betapa Najib sudah tidak dapat mengawal rasa takutnya dengan kebangkitan yang semakin kuat dari rakyat.
Rakyat sudah tidak lagi membiarkan diri mereka diperbodohkan oleh kalangan pemimpin politik yang berperangai semaca Najib dan pemimpin pemimpin UMNO/BN lainnya.Syed Hamid Alba, umpamanya telah menarik balik pewartaan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang orang kristian kerana kononya berlaku kesilapan yang kalau diperhatikan tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang beragama Islam seperti beliau.Hisyamudin pula bebal dengan Penggunaan bahasa Inggerisnya dalam pembelajaran mathematik dan sain serta "pondan" dengan kenyataan beliau untuk mempertahankan sultan hingga titisan darah terakhir, sedang rakyat boleh meramalkan bahawa kalau berlaku rusuhan terhadap sultan,Hisyamudin adalah antara yang terawal lari.
Benarlah kata A Samad Said bahawa orang politik(semacam pemimpin UMNO/BN) mempunyai satu teliga dan dua lidah.Sudah tidak dapat disangkal lagi kehadiran dua lidah pada pemimpin pemimpin UMNO/BN hari ini.terlalu banyak kenyatan yang bercanggah dari mereka, bermula dari pemimpin tertinggi sehinggalah kepada pemimpin paling rendah.Mereka telah terbukti menyembunyikan kebenaran serta terus memutarbelitkan kejadian mengikut apa yang boleh memberi faedah kepada mereka.Pemimpin pemimpin UMNO juga telah terbukti mempunyai satu telinga apabila mereka enggan mendengar kebenaran khususnya dalam kes rampasan kuasa di Perak dan dalam kes PPMSI.
Hari ini, pemimpin pemimpin UMNO/BN semakin buang tabiat dan hari ini juga kebangkitan rakyat semakin sukar dibendung oleh mereka.Maka tunggulah hari dan saat UMNO/BN ditalkinkan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan