udah terkesan dengan penderitaan orang lain kadang-kadang membawa bencana, tetapi biasanya menjadi kelebihan dalam berdakwah dan membawa agama Islam. Sifat semulajadi ini, atau mungkin dipupuk oleh ibubapa yang sentiasa menjadi tempat meluah dan menyelesai masalah masyarakat setempat, membuatkan diri sentiasa peka dan mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling.
Kasihan melihat anak-anak kecil yang terpaksa bekerja, simpati dengan bayi setinggan yang dirobohkan tempat berteduh, dan mengambil berat terhadap umat yang berkehendakkan kepada Islam tetapi tidak menjumpai jalan menuju pedoman, menolak diri untuk terus memberi.
Setiap masalah yang melanda rakyat, setiap perkara yang berlaku, setiap isu yang tercetus, politik, sosial, ekonomi, dan apa sahaja mempunyai kaitan dengan Islam dan adalah isu Islam. Ini didasarkan atas sifat syumul aqidah islam, yang disandarkan atas tiga tiang;
1. Aqidah Islam bersumber daripada zat yang kamil
2. Aqidah Islam adalah penyelesai kepada semua masalah
3. Aqidah Islam tidak boleh berdiri atas perpecahan
Justeru saya tidak putus mengikuti perkembangan tanahair dalam segenap bidang. Satu isu yang menggamit perhatian tentu sekali isu di negeri Perak. Tidak perlu saya mengulas panjang apa yang berlaku di sana memandangkan komuniti bloggers adalah komuniti yang celik isu. Yang ingin saya tonjolkan ialah apa yang berlaku tanggal 5 Februari 2009 di Kuala Kangsar, Perak. Selama ini keganasan polis tidaklah sesuatu yang asing. Saya sendiri pernah digasak polis tanggal suatu tarikh dahulu. Apa yang berlaku lewat setiap perhimpunan yang dianjurkan oleh rakyat, apa yang berlaku di Berembang, apa yang berlaku di Kuala Kangsar, Batu Burok dan sebagainya adalah sesuatu yang cukup menjengkelkan dan menjejaskan integriti 'peace-keepers' ini. Tidak hairan FRU digelar sebagai Zionis Malaysia. Suatu hari nanti anak-anak kita tidak lagi berlari melihat lelaki asing bertopeng, tetapi lebih cenderung lari ketika melihat polis! Atau mungkin, mereka akan mengambil pengajaran daripada saudara mereka di Palestin dan belajar melontar batu kepada pengganas-pengganas ini..
Kita menanti adegan-adegan hangat daripada rejim pemerintahan Najib Altantuya. Mana tahu mungkin suatu hari nanti umat Islam di Malaysia dibuka peluang berjuang seperti pejuang Islam di Palestin!
Ini adalah link video insiden 5 Februari di Kuala Kangsar, untuk tontotan umum, sesuai ditonton oleh semua rakyat yang tanah tumpah darahnya ialah Malaysia tercinta![http://www.youtube.com/watch?v=QJf9ZBpBe1U]
Politik UMNO menjijikkan dan meloya,
Mengugut, menculik sini dan sana.
Kalau tak tunduk pada Najib Altantuya,
Silap-silap diletupkan saja!
http://nurilhakim.blogspot.com/
Daulat Tuanku, selagi Islam Tuanku Daulatkan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan