Jumaat, 13 Mac 2009

PPSMI : Hishamudin tak faham bahasa Melayu, sibuk cakap soal dalang

"hishamuddin husseinSeperti yang dijangkakan, sebaik sahaja Himpunan 100 Ribu Rakyat Membantah PPSMI berjaya menghantar memorandumnya ke Istana Negara, Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein akan terus bercakap soal dalang dan mempolitikkan isu PPSMI.

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dianggotai oleh Sasterawan, Pejuang Bahasa, NGOs dan ahli Politik dari semua kaum. Ianya adalah satu pergerakkan bebas yang memfokuskan isu PPSMI dan Hishamuddin harus menjawab tuntutan yang dikemukakan.

Tindakannya yang berdolah-dalih hanyalah menyerlahkan sikap lembap beliau dalam menguruskan isu ini berbanding arahan segera Perdana Menteri, Abdullah Badawi yang mahukan isu ini diselesaikan segera.

PPSMI adalah isu semua orang kerana ia melibatkan soal pendidikan pewaris negara ini. Ianya bukan sekadar isu anak-anak anggota GMP, tetapi ia juga soal masa depan anak-anak ahli Pas, Umno, Keadilan, DAP dan sebagainya.

Jadi apa yang dilakukan oleh Hisham pada masa ini menunjukan bahawa beliau sendiri gagal memahami Bahasa Melayu kerana tidak faham apa yang menjadi perkara pokok dan dituntut oleh GMP.

GMP tidak pernah menolak Bahasa Inggeris tetapi pengunaan Bahasa itu bagi pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains adalah tidak praktikal.

Apa yang perlu bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris adalah dengan mempertingkatkan kualiti guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris khususnya diluar bandar yang sebelum ini banyak mengunakan khidmat guru-guru sandaran tidak terlatih.

Subjek Matematik & Sains perlu diajar dalam bahasa Kebangsaan atau bahasa ibunda bagi membantu pelajar memahami subjek itu bukannya menggunakan Bahasa Inggeris.

Penggunaan Bahasa Inggeris menyebabkan pelajar hilang tumpuan dalam memahami subjek Matematik dan Sains kerana sibuk merujuk kamus untuk memahami maksud frasa yang digunakan. Dalam peperiksaan pula, pelajar sibuk untuk menterjemahkan soalan bukannya menjawab soalan dan ini membuang masa mereka.

Seharusnya sistem pendidikan kita memudahkan pelajar memahami apa yang diajar bukannya menyusahkan mereka untuk memahami apa yang diajar.

Kenapa perlu menjadikan subjek Matematik & Sains sebagai korban untuk menutup kegagalan Kementerian mengasuh anak-anak kita berbahasa Inggeris melalui subjek Bahasa Inggeris.

Kerana kejar penguasaan Bahasa Inggeris anak-anak kita ketinggalan dalam subjek Matematik dan Sains.

Jika selepas ini anak-anak kita tidak pandai Matematik & Sains adakah Kementerian ingin pula perkenalkan Bahasa Matematik & Sains dalam Subjek Geografi dan sebagainya bagi memperkasakan subjek yang lemah itu. Setiap subjek mempunyai Bahasa sendiri yang sesuai dengan frasa Bahasa Melayu atau frasa yang telah di Melayukan, jadi tindakan Kementerian sekarang umpama memandang kebelakang.

Hisham perlu akur dengan saranan Pak Lah agar isu ini diselesaikan segera dan menerima tuntutan GMP bukannya sibuk bercakap soal dalang serta mempolitikan isu ini.
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan